Harga roadtax kereta vios berapa ?

Harga roadtax kereta vios. Adakah terdapat beza harga roadtax kereta untuk beberapa buah model keluaran toyota vios yang telah dipasang dan diimport masuk ke dalam Malaysia ?

Sehingga model terkini, ia masih menjadi pilihan orang ramai dek kerana dari segi reka cipta atau design, karakter dan juga keselesaan yang diberikan.

Paling best pembeli dan pengguna kereta vios pastinya berpengalaman merasai begitu jimatnya minyak kereta ini.

Walaupun enjin keluaran berkapasiti hanya 1500cc sahaja, ia sangat sesuai dan agak berkuasa dengan keadaan muka bumi di negara ini.

Semestinya bila nak jalan jauh tu, untuk kereta vios ini sesuai dengan keluarga yang sederhana. Ditambah pula kapasiti bonet belakang yang luas dan besar tentunya antara pilihan sesiapa yang membeli.

Adakah harga lesen kenderaan motor (LKM) kereta vios ini mahal ?

Harga road tax kereta vios adalah bergantung kepada kuasa enjin iaitu 1.5cc . Jika kita lihat adakah harga cukai jalan kereta vios ini lebih mahal dibandingkan kereta tempatan kerana ia dalam kategori kereta import?

Tempoh Roadtax6 Bulan12 Bulan
Harga Roadtax Vios 1.5ccRM45RM90
Jadual 1

Jadual di atas merupakan harga roadtax kereta vios. Dari model pertama sehingga model paling terbaru ia masih pada harga yang sama iaitu rm45 untuk 6 bulan manakala rm90 untuk 1 tahun.

Ini hanyalah harga roadtax atau LKM atau cukai jalan sahaja ya. Belum termasuk lagi untuk harga insurans kereta toyota vios ini.

Mengapakah harga cukai jalan pada cc enjin yang sama untuk kereta tempatan dan import adalah sama ?

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah menetapkan harga roadtax mengikut cc enjin. Namun, bukanlah mengikut pada kereta itu import atau buatan tempatan.

Terma dan syarat itu hanyalah untuk buat masa ini, kita tidak tahu pada masa akan datang bagaimana. Adakah pihak JPJ akan membuat perubahan.

Jadi, kepada anda yang ingin memiliki atau telah memiliki kereta import contohnya toyota vios ini sangat berpatutan dari segi harga cukai jalan yang dikenakan.

Apakah langkah mudah untuk buat sendiri roadtax kereta vios ini?

1. Buat roadtax kereta vios di JPJ

  • Anda wajib menghidupkan insurans kereta vios terlebih dahulu pada branch insurans atau agent-agent insurans berdaftar.
  • Dapatkan polisi insurans tanda sudah hidupkan insurans.
  • Datang ke JPJ bersama polisi insuran yang telah dikeluarkan pihak syarikat insurans tadi.
  • Bila tiba giliran di kaunter JPJ, berikan kad pengenalan dan polisi insurans untuk rujukan buat roadtax kereta vios anda.
  • Dapatkan kertas roadtax dan buat semakan pada tarikh dan nombor plat kereta vios anda.
  • Selesai.

2. Buat cukai jalan kereta vios di pejabat pos

  • Hadirkan diri ke pejabat pos dengan membawa geran salinan kereta vios anda.
  • Atau boleh bawa polisi insurans tahun sebelumnya.
  • Beri kad pengenalan dan polisi insurans atau geran salinan tersebut kepada kaunter di pejabat pos.
  • Anda boleh membuat insurans kereta vios di pejabat pos sekali gus print roadtax di situ.
  • Dapatkan quotation harga sebelum anda bersetuju di kaunter.
  • Selesai hidupkan insurans, boleh proceed buat roadtax kereta vios anda.
  • Siap.
harga roadtax kereta vios

Kedua langkah di atas merupakan antara cara untuk anda buat roadtax kereta vios anda. Namun, terdapat sedikit beza harga roadtax kereta vios di JPJ dan pejabat pos dari segi cas servis perkhidmatan yang dikenakan.

Cas tersebut tidak mahal. Jika anda telah buat kedua cara di atas, anda dapat bandingkan harga mana yang lebih murah dan sedikit murah dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta vios berapa ?”

  1. […] insurans vios ini tidak termasuk harga roadtax kereta vios. Manakala, tiada sebarang tambahan insurans seperti windscreen atau insurans bencana alam di […]

  2. […] mana-mana kereta yang berkuasa 1.5cc ini tentu harga roadtax kereta vios adalah sama dengan kereta jenama […]

Leave a Reply