Tukar insurans third party ke first party

Tukar insurans third party ke first party. Kadang-kadang ramai yang tersepit dengan kehidupan harian. Lebih-lebih lagi diwaktu tengah bulan roadtax dan insurans pula sudah tamat.

Nak buat 1st party atau insurans 3rd party? Boleh ke nak buat insurans 3rd party, tahun depan ada budget lebih baru tukar insurans kepada 1st party semula?

Budget pun kurang nak buat harga insuran kereta first party. Kereta pula guna untuk kegunaan harian pergi balik kerja.

Jawapannya ialah boleh. Anda boleh saja buat insurans mengikut budget minima anda.

tukar insurans third party ke first party
Tukar insurans third party ke first party

Ia juga adalah mengikut tawaran yang diberikan oleh syarikat insurans itu sendiri.

Contohnya Takaful Malaysia Car Insurance tahun lepas boleh buat 3rd party untuk kereta baru, tapi tahun ini disebaliknya.

Yang penting buat survey 1st party dan 3rd party sebelum rancang nak tukar insurans tahun depannya

Namun, perlu diingatkan, segala tawaran adalah mengikut nilai dan jenis cover insurans itu sendiri. Memang betul harga insurans kereta 3rd party sangat murah.

Jika anda berani membuat 3rd party untuk kereta baru, segala tanggungjawab dibawah anda sepenuhnya. Pihak syarikat tidak menanggung segala kerugian jika berlaku apa-apa terhadap kereta anda.

Anda juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan kepada pihak syarikat insurans. Ini adalah risiko yang perlu ditanggung oleh anda yang membuat insurans kereta 3rd party.

Jika kekurangan budget, anda juga boleh memilih untuk membuat roadtax first party Cover Undervalue.

Guna cover undervalue 1st party tanpa perlu anda tukar insurans seterusnya

Cover undervalue adalah perlindungan insurans (car insurance) yang tidak mengikut harga market semasa (tahunan) sesebuah kenderaan.

Ia adalah perlindungan market value insurance yang lebih rendah tetapi masih dalam insurans komprehensif (1st party).

Namun, semasa ingin membuat tuntutan (claim) insurans, limit adalah mengikut nilai perlindungan yang dibuat sahaja.

Ini bermaksud, jika undervalue itu bernilai RM10,000 , manakala jumlah harga pembaikan (repair) adalah rm15,000 , maka pemilik kenderaan perlu menambah baki RM5,000 tersebut.

Cover undervalue bagi harga insurans kereta first party ini lebih berbaloi berbanding anda membuat insurans 3rd party.

Ia juga dikenali sebagai undervalue sum insured insurans kereta 1st party.

Sebelum proceed kepada insurans 3rd party, anda digalakkan survey mengikut jenis syarikat dahulu harga quotation insurans anda antara 3rd party dan 1st party Cover Undervalue.

Walaupun tak semurah 3rd party tetapi ia akan lebih membantu semasa dalam keadaan sukar nanti.

Macam mana nak tahu insurans first party ?

Sekiranya pada tahun depannya anda sudah tukar insurans third party ke first party, macam mana nak tahu insurans first party ?

Cara kita nak kenalpasti insurans tu first party atau pun tidak adalah dengan melihat covernote insurans atau polisi insurans dengan melihat seperti di bawah :

First partyThird party
Ada paparan tulisan “Comprehensive insurance”Paparan menulis hanya 3rd party
Mempunyai nilai cover seperti RM10,000Tidak menyatakan sebarang nilai RM
Harga yang dibayar adalah sedikit tinggiHarga jauh lebih murah
Macam mana nak tahu insurans first party


Posted

in

by

Tags:

Comments

6 responses to “Tukar insurans third party ke first party”

  1. Mohammad aisamuddin avatar
    Mohammad aisamuddin

    Roadtax masih hidup..tapi thirdparty..kalau nk convert ke firstparty boleh ke?

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Jika roadtax dan insurans third party sekarang hampir nak tamat, baik habiskan dulu..kemudian baru hidupkan roadtax dan insurans first party.

      1. NURHAFIZAH BINTI HASSAN avatar
        NURHAFIZAH BINTI HASSAN

        Skg motor sy third party.. tahun depan exp.. tpi skg ada rezeki lebih ingin tukar ke first party.. apa proses sy buat?? Perlu ke jpj utk batal rotex or trs ke insurance

      2. roadtaxinsuransanda avatar

        Jika roadtax dah nak tamat, lebih baik biarkan tamat dulu. Jika masih lama, boleh buat pembatalan roadtax di Jpj dulu, kemudian buat pembatalan di branch syarikat insurans di negeri anda.

  2. hajar avatar
    hajar

    Kalau baru renew..tp nak upgrade juga ke first party boleh ke?sebab tersalah renew

    1. roadtaxinsuransanda avatar

      Boleh rujuk di http://roadtaxkeretaanda.blog/2021/09/29/cara-batalkan-roadtax-kereta/ . Akan tetapi, anda adalah digalakkan untuk menunggu sehingga insuran 3rd party sekarang itu tamat terlebih dahulu.

Leave a Reply