Buat roadtax grab melalui myeg. Pemandu-pemandu grab yang mencari rezeki melalui perkhidmatan ini tentunya juga memerlukan roadtax kereta.
Roadtax kereta adalah satu kewajipan bagi setiap dari pemandu grab yang menggunakan jalan raya. Lebih-lebih lagi pemandu grab membawa penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi lain.
Renew roadtax e hailing perlu diketahui beberapa perkara sebelum meneruskan proses ini.
Adakah boleh hidupkan roadtax kereta untuk pemandu grab guna myeg ?
Namun, persoalannya di sini, adakah boleh bagi pemandu grab itu sendiri menghidupkan roadtax mereka melalui sistem myeg?
Mengikut pengalaman, setiap dari pemandu grab yang menukar jenis kenderaan mereka kepada khidmat perdagangan ini adalah wajib membuat roadtax kereta mereka hanya di Jpj sahaja.
Jika anda berhasrat ingin menghidupkan roadtax menggunakan sistem myeg, maka jawapan kepada persoalan di atas adalah tidak dibolehkan.
Kecuali, anda boleh buat roadtax grab melalui myeg dengan cara menjadi pemandu grab part time. Pemandu part time tidak perlu menukar status kenderaan kepada perdagangan justeru tidak perlu renew roadtax e hailing seperti full time.
Ia adalah masih dalam kategori private car atau kenderaan persendirian. Jadi, anda mempunyai dua pilihan disini.
Sama ada menjadi pemandu sepenuh masa, mahupun secara part time.
Hidupkan roadtax kereta myeg melalui sistem online
Bagi pemandu grab atau mycar ataupun khidmat di bawah e hailing yang membuat secara part time, anda boleh membuat roadtax kereta myeg menggunakan sistem secara online.
Masuk sahaja ke portal dan login myeg roadtax. Isikan maklumat diri dan kereta anda. Jangan lupa untuk isi sekali maklumat penghantaran.
Maklumat penghantaran perlulah betul bagi memudahkan urusan penghantaran roadtax kereta anda itu.
Selesai urusan road tax myeg secara dalam talian, tunggu sahaja mereka membuat penghantaran.
Terma dan syarat dari pihak JPJ untuk pemandu e hailing
Pemandu-pemandu grab perlu mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan ini. Perkara ini merupakan atas dasar undang-undang bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini.
Ada juga telah batalkan e hailing atas sebab ini, namun merubah menjadi hanya part time grab sahaja. Namun, perkara ini pasti akan dibaikpulih dari masa ke masa untuk kemudahan pemandu-pemandu e hailing untuk renew roadtax e hailing di Malaysia.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.