Cara Renew Roadtax Kereta Melalui Myeg

Cara renew roadtax kereta myeg. Myeg ini merupakan syarikat swasta yang mempunyai kontrak dengan pihak Jpj. Usaha sama ini memudahkan bagi urusan renew roadtax myeg terhadap orang ramai. Justeru, roadtax myeg disambut baik menjimatkan masa semua tanpa perlu beratur panjang.

Myeg login untuk renew roadtax kereta

Anda hanya perlu bermodalkan internet dan telefon bimbit untuk urusan renew roadtax kereta myeg. Ambil langkah pertama dengan mendaftar myeg login di website tersebut.

Pastikan anda membuat pendaftaran (register) dengan menggunakan username dan password yang mudah diingat.

Hal ini supaya bagi mengelakkan masalah tidak boleh login selepas membuat sebarang urusan bersama myeg.

Renew Roadtax Motor Myeg
  • Setelah anda membuat login, tekan pada bahagian perkhidmatan JPJ.
  • Di situ anda boleh mengisi segala maklumat yang diminta berkenaan roadtax kereta anda.
  • Termasuk maklumat penghantaran rumah anda wajib di isi bagi kemudahan penghantaran.
  • Buat pilihan sama ada anda nak buat roadtax kereta atau motor 6 bulan atau 12 bulan.
  • Pembayaran terus perlu dibuat menggunakan online banking.
  • Pastikan resit telah dikeluarkan sebelum anda selesai.
  • Selesai.
  • Anda hanya perlu menunggu pihak myeg telefon untuk membuat penghantaran atau terus dihantar ke alamat yang anda telah isi tadi.

Contoh resit roadtax kereta myeg

contoh resit roadtax kereta myeg

Resit roadtax kereta myeg ini perlu anda buat semakan sekali lagi lebih-lebih lagi alamat penghantaran. Jika salah pada alamat tersebut, cepat-cepat anda call customer service myeg untuk membuat pembetulan atau anda boleh gunakan email.

Myeg koisk terdekat bagi suka datang kedai

Dikira sebagai myeg terdekat ini merupakan agent yang dilantik. Mereka mempunyai mesin print roadtax yang disewakan oleh pihak myeg.

Namun, mesin bagi myeg kiosk ni sudah boleh membuat urusan myeg roadtax motor. Kerana ia baru saja dilaksanakan.

Justeru, bagi sesiapa yang nak guna myeg renew roadtax motor, pihak agent akan menguruskan dengan membuat myeg online.

Dah siap kemudian pihak myeg renew roadtax akan membuat penghantaran ke alamat rumah atau tempat kerja anda.

Bagi yang sedang nak renew roadtax kereta atau motor melalui myeg tetapi mempunyai masalah renew roadtax kereta myeg, rujuk artikel di bawah, kami terangkan beberapa error dalam sistem myeg.

Myeg saman check sebelum buat renew roadtax motor dan roadtax kereta

Semak saman anda di portal sama ada bahagian Pdrm mahupun Jpj. Terdapat dua cara yang diberi iaitu check saman secara online atau secara mesej.

Kalau nak detail baik buat secara online.

Bagi yang bertanya jika ada saman, adakah myeg boleh check roadtax motor tak? Dalam sistem myeg semak saman, myeg akan keluarkan kenyataan tidak boleh renew roadtax motor dari awal jika disebabkan saman BL (blacklist).

Myeg saman

Contoh di atas bukan stakat kita boleh tahu ada saman blacklist, malah kita boleh tahu roadtax kereta atau roadtax motor ini tidak boleh dikeluarkan di sebabkan pemilik meninggal.

Kenyataan status yang dikeluarkan pihak MYEG : Pembaharuan lkm dibenarkan 2 bulan sebelum tarikh luput

buat roadtax terlalu awal di atas 2 bulan

Merujuk gambar di atas telah dikeluarkan kenyataan bahawa perbaharuan lkm dibenarkan 2bln sebelum tarikh tamat.

Sebaik sahaja insurans kereta ini telah dibuat, selepas itu proses untuk meneruskan buat roadtax cukai jalan ini dibuat menggunakan sistem myeg.

Apakah maksud disebalik tulisan message di atas yang dikeluarkan oleh pihak myeg ini?

Malangnya telah keluar status error ini. Ini membawa maksud roadtax bagi kereta ini telah pun dibuat.

Jadi, status ini adalah dikeluarkan bagi kemaskini terkini roadtax telah dibuat di tempat lain sama ada melalui JPJ, pejabat pos mahupun melalui myeg itu sendiri.

Jika anda buat insuran dengan agent, tanya semula kepada mereka adalah roadtax telah dibuat. Jika tidak, kemungkinan besar kereta anda mungkin terlibat dalam sindiket kereta klon di tempat lain.

Jangan pelik jika perkara ini terjadi. Cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa jika anda menghadapi situasi ini.

Kenyataan status MYEG : Tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

Tarikh tamat insurans lebih awal

Gambar di atas adalah merujuk kepada status yang dikeluarkan semasa proses membuat roadtax cukai jalan ingin dilakukan.

Kenyataan yang diberikan di atas dari pihak myeg ini membawa maksud bahawa roadtax bagi 1 tahun tidak boleh dibuat.

Di sini, memperjelaskan bahawa insurans anda adalah tidak mencukupi bagi membuat roadtax selama 1 tahun / 12 bulan.

Bermaksud insurans anda telah kurang tarikhnya mungkin sebelum ini anda hanya hidupkan insurans sahaja dulu, kemudian sekarang baru anda nak buat roadtax.

Malangnya roadtax bagi 1 tahun anda tidak boleh diproses.

Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan masuk semula ke sistem myeg bagi membuat roadtax 6 bulan.

Cara ini boleh lepas untuk roadtax 6 bulan. Tetapi, selepas 6 bulan anda perlu menambah insurans bagi menhidupkan roadtax untuk 6 bulan pada tahun yang sama.

Bagaimana pula adakah dibolehkan anda sebagai pemandu grab buat roadtax melalui myeg?

Contact myeg customer service

Jika anda tidak berapa yakin dengan sistem myeg online, jangan risau anda boleh menghubungi pihak myeg customer service.

Mereka akan membantu anda mengenai cara renew roadtax kereta guna myeg yang anda tidak berapa jelas. Malah juga, terhadap sistem online myeg dari mula sehingga penghantaran dibuat.

Kesimpulannya, zaman semakin moden. Segala urusan hanya dihujung jari. My eg renew roadtax menambahbaik urusan harian semua orang yang memerlukan.

Baca juga Renew roadtax tanpa geran.

4 comments

Leave a Reply