Senarai harga roadtax motor mengikut cc. Berapakah harga roadtax motor yang sepatutnya dibelanjakan dengan mengikut jumlah cc motosikal yang anda gunakan ?
Pihak berkuasa di negara kita telah menetapkan harga roadtax motor mengikut cc dan ini lebih memudahkan semua pengguna atau pemilik motor sebelum nak beli sesebuah motosikal.
Jumlah cc merupakan salah satu cara paling berkesan digunakan hingga kini walaupun pelbagai model dan jenama motosikal telah dibawa masuk ke negara ini.
Harga roadtax motor mengikut cc
Harga roadtax motor 100cc
Roadtax motor yang berkeupayaan 100cc dan ke bawah antaranya adalah motor-motor skuter yang kecil. Motor jenis ex5 juga ada yang mempunyai cc hanya 98cc.
Jadi, harga roadtax motor 100cc ini adalah murah iaitu rm2 sahaja untuk 1 tahun. Tiada harga roadtax motor yang lebih murah dari harga ini.
Anda mampu berjimat sekiranya memiliki satu motor ini di rumah diambil kira dari segi minyaknya dan juga lotek motor selain dari harga roadtax motor ikut cc setiap tahun.
Harga roadtax motor 110cc
Tidak ketinggalan juga kepada para penunggang dan pemilik motor yang mempunyai cc enjin 110cc ini.
Banyak pilihan sebenarnya untuk motosikal 110cc ini. Namun, harga memiliki motor ini tetap berbaloi iaitu hanya RM2 sahaja.
Harga roadtax motor 125cc
Ada banyak juga model dan jenama motor yang terdiri daripada cc 125 ini di negara kita.
Harga roadtax motor 125cc adalah hanya RM2 sahaja untuk setiap tahun perlu anda hidupkan.
Harga roadtax motor 135cc
Berbeza pula dengan motor yang dilengkapi enjin berjumlah 135cc ini pula tidak banyak tetapi sangat dikenali dan digunakan oleh ramai peminatnya.
Harga cukai jalan raya motor 135cc adalah juga RM2 sahaja untuk 12 bulan penggunaan.
Harga roadtax motor 150cc
Zaman sekarang sudah ramai pengguna motosikal yang memilih cc enjin yang lebih besar.
Lebih-lebih lagi anak muda yang suka akan konvoi beramai-ramai. Pemilihan enjin motor 150cc ini digunakan bagi keselesaan penggunaan jarak jauh.
Manakala, jika jarak dekat, ia membantui menjimatkan lebih masa seiring dengan penjimatan renew roadtax motorsikal dan cukai jalan motosikal.
Harga roadtax motor 150cc merupakan penghujung untuk harga cukai jalan yang berbaloi untuk anda miliki dan dapat berjimat dari segi budget tahunan iaitu hanya berjumlah RM2 sahaja.
Harga roadtax motor 155cc
Cc enjin motosikal 155 merupakan pemula dari harga roadtax yang sedikit tinggi walaupun ccnya tidak dikira masih kecil.
Harga roadtax motor 155cc adalah berjumlah RM30 untuk 1 tahun. Setiap tahun harga cukai jalan ini adalah sama perlu diperbaharui tanpa terlepas pandang.

Harga roadtax motor 160cc
Seakan dengan nilai cc di atas dan tidak begitu jauh. Harga roadtax motor 160cc adalah berjumlah RM30 kerana ianya masih dalam kategorinya.
Sekarang sudah makin banyak keluaran motor mahupun skuter menggunakan jumlah cc ini di atas jalan raya.
Harga roadtax motor 185cc
Motor yang mempunyai cc enjin berjumlah 185cc ini adalah ternyata satu keunikan dan tidak banyak pencabarnya.
Harga roadtax motor 185cc adalah RM30 sahaja dan ianya masih dalam kategori motor kapcai atau biasa di atas jalan raya.
Harga roadtax motor 200cc
Renew roadtax motor harga yang tinggi akan membebankan sedikit kepala kita. Walaupun kita jarang menggunakan motor bercc besar, ia tetap perlu dibayar dengan harga roadtax yang sama.
Bagi harga roadtax motor 200cc, ia merupakan di bawah kategori 201cc ke bawah. Anda boleh rujuk pada geran motor anda kadang kita lihat 198cc, maka ia masih di bawah 201cc.
Harga roadtax motor atau cukai jalan motor 200cc ini adalah hanya masih rm30 untuk 1 tahun.

Harga roadtax motor 250cc
Seterusnya adalah 250cc road tax. Model-model bagi motosikal yang berkeupayaan enjin 201cc hingga 250cc ini di bawah roadtax motor 250cc.
Ianya telah dikuatkuasakan harga roadtax dengan hanya perlu membayar bagi 12 bulan dengan harga rm50 sahaja.

Harga roadtax motor 350cc
Pengenalan kepada model motor yang mempunyai cc enjin sebanyak 350cc adalah satu perkara yang baru di negara kita.
Model skuter pun turut meningkat naik dengan jumlah cc 350 ini. Harga roadtax motor 350cc adalah RM180 sahaja.

Harga roadtax motor 400cc
Apabila dah masuk kepada motosikal cc enjin 400 ini, ianya sudah dalam kategori motor berkuasa sedang besar.
Harga roadtax motor 400cc juga adalah sebanyak RM180 dan masih lagi berpatutan dengan kepuasan memakainya.
Harga roadtax motor 500cc
Kategori ini adalah bermula dari cc enjin 251 sehingga limit 500cc sahaja. Tak kira motor anda 300cc atau 400cc yang telah ditetapkan dalam geran sebagai harga roadtax motor 500cc.
Harga roadtax motor bagi 500cc ini adalah rm180 sahaja bagi sekali hidupkan untuk 12 bulan.

Harga roadtax motor 600cc
Jika anda perhatikan betul-betul pada cc enjin motor anda yang tertera pada polisi insuran atau geran motor yang tertulis 600cc, ketahuilah harga roadtax motor anda berjumlah sebanyak RM250 sahaja.
Harga roadtax motor 650cc
Rider-rider bagi nak survey harga roadtax motor 650cc yang bagi pemula boleh bandingkan harga dengan memastikan cc enjin motor di bawah 800cc ini yang harga roadtax motor ini mencecah rm250 untuk setahun tidak termasuk harga insurans motor.

Harga roadtax motor 750cc
Sama juga untuk roadtax motor 750cc, harga roadtax motor 750cc untuk tempoh 12 bulan adalah berjumlah hanya RM250 sahaja.
Anda tidak perlu lagi semak harga roadtax motor sekiranya masih menggunakan motor di bawah 800cc dan ke bawah kerana ianya merupakan nilai yang sama.
Harga roadtax motor 800cc
Bila anda membeli motor 800cc ini, anda perlulah merujuk kembali kepada nilai berapakah kandungan yang ditulis pada geran motor 800cc anda.
Selalunya kategori motor 800cc ini mempunyai cc enjin hampir dengan 800cc dan tidak melebihinya. Maka, harga roadtax motor 800cc anda adalah berjumlah RM250 sahaja untuk 12 bulan.

Harga roadtax motor 1000cc
Masuk saja cc enjin motosikal 801cc ke atas, tak kira enjin 1000cc atau 1200cc ataupun 1400cc, harga bagi roadtax sahaja adalah rm350.
Motor 1000cc yang jarang digunakan ini atau dipanggil weekend bike ini tetap perlu dibayar roadtaxnya dengan harga yang sama. Selagi mana tidak ada perubahan roxtec motor dari pihak JPJ.

Harga roadtax motor 1200cc
Selain itu, kebanyakkan dari anda pasti akan memiliki motosikal berkuasa besar yang dilengkapi dengan cc enjin sebanyak 1200cc.
Motor 1200cc kebanyakkannya adalah seperti motor touring digunakan bagi keselesaan perjalanan jarak yang jauh.
Harga roadtax motosikal 1200cc ini adalah sebanyak RM350 sahaja untuk 12 bulan dan ianya boleh dihidupkan dengan 2 kali pembayaran (6 bulan sekali).