Harga roadtax motor Honda ADV. Berapakah harga roadtax motor bagi sebuah motor skuter yang merupakan jadi igauan dan idaman pada zaman sekarang iaitu honda adv ?
Dalam memiliki sesebuah motor, sangat penting untuk ketahui segala kos-kos yang bakal anda perlu bayar bila ianya dah sah menjadi milik anda.
Antara kos yang perli menjadi analisa tahunan tersebut adalah harga roadtax motor honda adv anda.
Ada yang datang ke sini untuk tahu harga sebelum membeli motor honda adv dan ada juga yang pertama kali nak renew roadtax motor honda adv ini.
Malah, ada juga yang setiap tahun terlupa harga roadtax honda adv ini. Ianya sangat biasa untuk terlupa sebab perkara ini merupakan acara tahunan, bukan harian, minggu atau bulanan yang sudah dibiasakan.
Oleh itu, ikut harga roadtax motor honda adv anda mengikut model motor anda dengan lengkap di sini.
Jumlah cc motor Honda ADV
Sebelum nak tahu harga roadtax motor honda adv anda, perkara paling penting adalah untuk ketahui jumlah cc motor anda.
Setiap jumlah cc sangatlah bermakna dan dikira bagi setiap cc yang telah ditentukan oleh pihak Jpj.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 model bagi motor honda adv iaitu :
- Honda adv 150 (149.3cc)
- Honda adv 160 (156.9cc)
- Honda Xadv 350 (330.0cc)
- Honda Xadv 750 (745.0cc)

Berapa harga roadtax motor Honda ADV?
Harga roadtax motor Honda ADV 150
Berdasarkan cc enjin motor ini, harga roadtax motor honda adv 150 merupakan paling rendah di antara model adv yang lain iaitu setahun hanya berjumlah RM2 sahaja.
Harga roadtax motor Honda ADV 160
Seterusnya harga roadtax bagi motor honda adv 160 pula adalah berbeza iaitu berjumlah sebanyak RM30 untuk 1 tahun.
Harga roadtax motor Honda XADV 350
Selain itu, bagi skuter berkuasa tinggi dikenali sebagai XADV dengan permulaan cc 330cc dengan namanya honda xadv 350.
Harga roadtax honda xadv 350 adalah berjumlah RM180 sahaja untuk 1 tahun sahaja. Jadi setiap tahun harga ini kekal perlu dibayar untuk roadtax motor sahaja.
Harga roadtax motor Honda XADV 750
Manakala,berbeza dengan harga roadtax motor honda xadv 750 yang merupakan cc paling besar dalam kalangan motor adv iaitu sebanyak RM250 sahaja.