Harga roadtax Toyota Camry 2.0

Harga roadtax Toyota Camry 2.0 . Berapakah harga roadtax kereta toyota camry terutamanya toyota camry 2.0 yang hendak atau baru saja anda miliki ?

Menghidupkan roadtax kereta adalah satu aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan bagi setiap yang memiliki kereta.

Ada terdapat dua pilihan tempoh yang boleh dibuat ketika nak renew roadtax kereta iaitu 12 bulan dan juga 6 bulan.

Untuk dua tempoh ini pun ramai dalam kalangan kita terlepas akan tarikh tamat roadtax kereta yang penting ini.

Jika tidak sengaja dan melalui kawasan sekatan jalan raya ketika baru lagi roadtax kereta anda tamat tidak mengapa lagi.

Namun, jika berlaku sebarang kemalangan maka kerugian ditanggung oleh pihak anda sendiri.

Malah, lebih merugikan anda dipihak yang benar dan dilanggar oleh kereta yang terlupa nak hidupkan roadtax kereta.

Perkara ini bukanlah satu benda yang remeh kerana di atas jalan raya kereta kita boleh terlibat kemalangan dengan kenderaan lain tanpa disangka-sangka.

Di artikel kali ini, kita akan bincangkan tentang harga roadtax toyota camry 2.0 berdasarkan generasi ataupun model series yang bakal atau baru sahaja anda miliki.

Cc enjin kereta Toyota Camry 2.0 berdasarkan generasi

Jumlah cc enjin merupakan perkara utama yang pihak berkuasa pandang apabila anda hendak ketahui harga roadtax camry 2.0 .

Nilai cc enjin ini yang akan menentukan harga roadtax kereta yang sepatutnya dibayar untuk setiap tahun.

Bagi roadtax camry 2.0 ini, ianya adalah berdasarkan cc enjin 2.0cc atau dengan jumlah 1998cc yang digunakan sejak bergenerasi lagi.

Sehingga kini kita utamakan model terkini yang terdapat 3 generasi toyota camry 2.0 yang dikekalkan.

Toyota camry 2.0 bermula sejak dari tahun 2002 hingga 2006 yang merupakan model dikenali sebagai XV30 (prestige).

Manakala, seterusnya disambung dengan toyota camry 2.0 model XV40 (prestige) yang bermula dari tahun 2006 hingga 2012.

Kemudian, kereta toyota camry 2.0 model XV50 (prestige) yang terakhir (hingga kini) dilancarkan pada tahun 2013 hingga 2019.

harga roadtax toyota camry 2.0

Apa yang lebih memudahkan untuk anda memiliki antara generasi toyota camry 2.0 ini adalah tidak perlu risau akan harga roadtax kereta yang berlainan.

Hal ini demikian, pengiraannya harga roadtax kereta camry 2.0 adalah merujuk kepada jumlah cc yang sama sahaja walaupun ianya sudah bertukar-tukar generasi toyota camry 2.0 .

Berapa harga roadtax Toyota Camry 2.0 sebenarnya ?

Harga roadtax toyota camry 2.0 adalah berjumlah sebanyak RM379.00 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan.

Manakala, anda juga boleh membuat pilihan untuk renew roadtax toyota camry 2.0 dengan tempoh setiap 6 bulan sekali dengan harga RM189.50 sahaja.

Namun, perlu diingatkan agar anda seharusnya renew roadtax kereta toyota camry 2.0 untuk 6 bulan kedua seminggu lebih awal.

Hal ini kerana, agar tiada berlaku masalah seperti kekurangan tempoh yang perlu dibayar bagi menambah tempoh insurans yang kurang.

Harga dia atas belum termasuk lagi dengan harga insurans kereta toyota camry 2.0 yang memerlukan pengiraan yang sedikit berbeza.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga roadtax Toyota Camry 2.0”

  1. […] Harga roadtax toyota camry 2.0 atau 1998cc bernilai RM379.00 sahaja […]