Agent Insurance : Cara Nak Mohon Sebagai Kerjaya

Sesiapa saja menginginkan bekerja sendiri. Salah satu kerjaya dengan hanya bermula menjadi sebagai agent insurance secara separuh masa.

Agent Insurance : Cara Nak Mohon Sebagai Kerjaya

Lama kelamaan sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri secara sepenuh masa tanpa perlu kerja makan gaji dengan hanya menjadi agent insurance secara sepenuh masa.

Syarat permohonan Agent Insurance

Pemohon

  1. Kelulusan Minimum atau Sijil Diploma / SPM
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Lulus PCE (insurans)
  4. Borang Permohonan Agensi
  5. Fotokopi kad pengenalan
  6. SSM / Salinan Pembaharuan (Borang D)
  7. Borang A / B Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  8. Borang penapis yang lengkap beserta tandatangan
  9. Dua set Borang Perjanjian Agensi

Penjamin – Minimum 2 pihak ketiga

  1. Fotokopi kad pengenalan
  2. Salinan Pernyataan Gaji / Cukai / Penyata Bank
  3. Borang Detail Jaminan Lengkap
  4. Dua salinan lengkap waranti dan bentuk cagaran

Cara mohon agent insurance takaful

Setiap perniagaan memerlukan komitmen dan perancangan yang berhati-hati untuk berjaya. Begitu juga, perniagaan takaful kenderaan.

Berikut adalah panduan bagaimana bagi anda untuk memulakan perniagaan sebagai agent insurans kenderaan Takaful anda sendiri.

Perniagaan Takaful tidak seperti perniagaan lain di mana anda perlu bermula dari awal tanpa sebarang bantuan.

Memulakan perniagaan takaful anda akan dibantu oleh agensi yang diketuai oleh Pengurus Agensi dan anda akan diletakkan di bawah unit Pengurus.

Tidak seperti perniagaan lain, perniagaan takaful dipantau dengan serius oleh Bank Negara.

Jadi untuk memulakan perniagaan anda, anda perlu memenuhi kriteria ditetapkan oleh Bank Negara.

Langkah 1 :

Anda perlu memilih syarikat takaful yang anda mahu mewakili dan dari sana anda boleh memilih agensi yang anda rasa dapat membantu anda berjaya
dalam perniagaan takaful.

Langkah 2:

Agensi biasanya akan menguruskan peperiksaan yang akan diambil untuk memenuhi syarat untuk menjadi ejen takaful. Peperiksaan yang akan diambil adalah TBE (Peperiksaan Asas Takaful)

Langkah 3:

Selepas lulus, anda akan mendapat kod ejen untuk memulakan perniagaan takaful. Anda perlu mengikuti struktur atau sistem yang ditetapkan oleh agensi anda.

Biasanya agensi akan bermula dengan projek 100 di mana anda perlu membuat senarai 100 kenalan dan keluarga yang rapat untuk anda menghubungi.

Selepas aktiviti seperti panggilan telefon, gerai dan pendekatan langsung juga boleh diikuti bergantung kepada struktur perniagaan agensi.

Cara daftar TBE exam agent insurance

Bagaimana untuk mendaftar Peperiksaan Asas Takaful (TBE) dalam talian :

  • Lawati laman web – takafuleexam
  • Daftar sebagai swasta – ibfimonline
  • Isikan maklumat yang dikehendaki
  • Pilih Bahagian B Page sahaja (agent insurans kereta)
  • Pilih tarikh peperiksaan dan tempat (14 hari sebelum exam bermula)

Cara daftar PCE exam agent insurance

  • Bagaimana untuk mendaftarkan Peperiksaan PCE (Peperiksaan Kontrak Pra) dalam talian
  • Lawati laman web Institut Insurans Malaysia (MII)
  • Klik ILMS di ruang atas kanan – mii4u
  • Daftar dan log masuk untuk memilih tarikh peperiksaan
  • Teruskan dengan pembayaran menggunakan kad perbankan atau kad perbankan dalam talian
  • Tunggu e-mel dari MII, ikuti peperiksaan MMI
  • Lulus TBE (Takaful)

Kos TBE exam agent insurance

Agent Insurance : Cara Nak Mohon Sebagai Kerjaya

Bagi kos Pce exam adalah dalam rm90.00

Apa nak bawa semasa exam agent insurance diadakan

Masa peperiksaan, anda perlu membawa

  1. Permit peperiksaan – permit boleh dapat / muat turun dari laman web terakhir anda.
  2. Sijil SPM asal anda. Jika salinan anda mempunyai salinan yang disahkan oleh COP
  3. IC anda.

Bila keputusan exam agent insurance akan diumum

Anda akan dapat keputusan peperiksaan selepas saja exam tamat. Jadi anda boleh tahu sama ada untuk lulus atau gagal dengan segera.

Jika anda gagal, anda boleh mendaftar semula peperiksaan. Perlu membayar lebih banyak kos.

Jadi pastikan anda belajar dengan tepat bahan yang diberikan. Jika anda tidak belajar dan anda gagal, Rugilah mahu ambil semula exam yang baru. Bayar lagi.

Apa komitmen yang perlu dilalui oleh anda setelah lulus menjadi agent insurans ?

1. Target minimum sale bulanan

Setiap dari anda sebagai agent adalah perlu mencapai beberapa target minimum sale dalam general insurans ini.

Biasakan dulu dengan satu syarikat insurans. Ada orang terus nak ambil beberapa syarikat insurans untuk menjadi sebagai agent tanpa mengambil kira faktor ini.

Target bulanan ini adalah sangat penting bagi mengelakkan anda dari menjadi agent yang tidak aktif.

Justeru, akan dinilai oleh syarikat insurans sebagai tidak berminat menjadi agent.

Usahakan sehari capai jualan sebanyak RM1,000 ke RM2000. Kemudian anda bolehlah tambah menjadi agent kepada insurans lain.

2. Kelas tahunan anjuran syarikat insurans perlu penuhkan waktu jam

Setiap tahun, syarikat insurans akan mengadakan taklimat atau kursus tahunan. Kursus ini perlu dihadiri oleh agent-agent insurans yang berdaftar.

Anda sebagai agent perlu memenuhi jam kehadiran bagi mencapai target yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans.

Apa akan jadi jika tidak hadirkan diri? Kebarangkalian besar lesen anda akan digantung.

Jangan risau, anda hantar wakil syarikat pun boleh. Yang penting hadir.

3. Pembayaran insurans mengikut jadual

Kebiasaannya anda sebagai agent insurans perlu membuat pembayaran tak kira secara cheque, transfer debit mahupun credit mengikut waktu dibawah 10 hari.

Lain syarikat insurans, lain terma dan syaratnya.

Jika anda gagal berbuat demikian, akaun insurans anda akan suspended atau akan di block. Perkara ini akan selesai sebaik saja anda menyelesaikan baki tunggakan duit insurans tersebut.

Agen insurans part time

Di sini bermaksud anda bermula daripada bawah. Agent insurans secara part time bukan anda terus mengambil lesen atau peperiksaan menjadi insurans.

Anda mula belajar dibawah sesebuah agent insurans yang berdaftar. Macam mana nak belajar dalam masa yang sama dapat income jadi agent insurans renew roadtax secara part time?

Caranya sangat mudah. Kenali agent-agent yang membuat insurans general / cukai jalan di kawasan anda.

Kemudian, boleh bertanyakan untuk menjadi agen di bawah mereka. Jangan pelik cara ini adalah cara permulaan. Anda tak perlukan lesen kerana anda adalah di bawah agent tersebut.

Jika anda beri mereka pelanggan yang ingin buat insurans roadtax, anda akan diberi komisyen. Segala urusan anda menjadi orang tengah di antara pelanggan anda dengan agent insurans.

Jangan silap, beri pelanggan bukan bererti suruh pihak agent yang berurusan terus dengan pelanggan anda.

Jika anda biarkan pelanggan anda direct berurusan dengan agent, maka komisyen tidak dapat kepada anda.

Anda boleh jadi orang tengah dengan cara bila agent berikan harga quotation, anda terus pass kepada pelanggan.

Jika pelanggan anda setuju, segala polisi insurans dan roadtax akan diberi oleh agent kepada anda. Kemudian, anda beri polisi dan roadtax itu kepada pelanggan anda.

Ada orang pelik dan hairan. Boleh ke jadi orang tengah antara agent dan pelanggan?

Siapa kata tak boleh? Semestinya boleh.

Kelebihannya adalah anda tak perlu pening mengenai sistem insurans dan roadtax. Tugas anda adalah menjadi pengantara dan bila selesai segala transaksi duit, polisi insurans dan roadtax, anda dapat komisyen.


Posted

in

by

Comments

One response to “Agent Insurance : Cara Nak Mohon Sebagai Kerjaya”

  1. […] kita nak kenali agent yang berdaftar sebagai wakil agent insurans ini kita boleh tengok jika ada sebarang papan tanda insurans di kedai […]

Leave a Reply