Harga roadtax kereta Honda Stream. Berapakah harga roadtax kereta bagi sebuah kereta idaman pada suatu ketika dahulu iaitu honda stream ?
Dalam anda nak memiliki sesebuah kereta ataupun telah memilikinya, anda sangat perlu untuk membuat kira-kira dari segi kos-kos yang bakal dikeluarkan.
Antara kos tersebut adalah roadtax honda stream. Ianya wajib dibelanjakan pada setiap tahun sebaik sahaja pembelian telah dibuat.
Kepentingan menghidupkan roadtax kereta honda stream bukan sahaja mengelakkan anda dari terkena saman.
Malah, ianya menjadikan proses membuat claim insurans kereta lebih lancar sekiranya jika berlaku sebarang kemalangan.
Kemalangan yang dikatakan bukan sahaja pelanggaran. Kebakaran mahupun kecurian terhadap kereta honda stream juga adalah antara perlindungan asas yang diberikan.
Namun, ianya juga tergantung kepada anda sebagai pemilik kereta honda stream juga. Jika memandang berat terhadap kereta honda stream anda, maka renew roadtax kereta adalah satu keutamaan wajib.
Jumlah cc enjin kereta Honda Stream
Untuk pengetahuan anda, jumlah cc enjin adalah rujukan utama pihak berkuasa bagi menentukan harga roadtax kereta honda stream.
Walaupun kereta honda stream ini dikira agak lama dalam pasaran automatif di negara kita, sehingga kini tetap mendapat sambutan hangat.
Dengan reka bentuk yang matang sesuai bagi sebuah keluarga sederhana besar menggunakan kereta honda stream.
Jumlah cc enjin juga sangat berkuasa untuk membawa ahli keluarga dalam perjalanan jauh mahupun dekat dengan yakin.
Untuk generasi pertama kereta honda stream dilancarkan di negara kita pada tahun 2000 hingga 2005.
Ianya dengan memasuki cc enjin atau keupayaan enjin berjumlah 1.7cc atau 1668cc dan juga 2.0cc atau 1998cc.

Manakala, generasi kedua kereta honda stream bermula pada tahun 2006 hingga 2014.
Jumlah cc enjin honda stream yang baru diperkenalkan iaitu 1.8cc atau 1799cc dan mengekalkan cc enjin 2.0cc atau 1998cc.
Berapa harga roadtax kereta Honda Stream sepatutnya ?
Berdasarkan cc enjin yang dinyatakan di atas, terdapat 3 harga roadtax honda stream yang berbeza.
Roadtax honda stream dikira mengikut cc enjin 1668cc, 1799cc dan juga 1998cc bagi mendapatkan harga yang tepat.
Harga roadtax honda stream 1.7cc atau 1668cc adalah berjumlah sebanyak RM227.20 sahaja bagi tempoh selama 1 tahun.
Manakala, harga roadtax honda stream 1.8cc atau 1799cc pula bernilai sebanyak RM279.60 sahaja untuk selama 1 tahun.
Selain itu, harga roadtax honda stream 2.0cc atau 1998cc pula berjumlah sebanyak RM379 sahaja dalam jangka masa 12 bulan penggunaan.