Harga roadtax kereta Honda Stream 2.0 , Berapa harga roadtax kereta honda stream yang sepatutnya setiap pemilik kereta ini bayar terutamanya bagi honda stream 2.0 ?
Memiliki setiap kereta adalah satu impian bagi semua orang. Lebih-lebih bagi kereta digunakan bagi urusan keluarga dari satu tempat ke tempat lain.
Sebelum nak memiliki sesebuah kereta, anda seharusnya membuat sedikit kajian tentang harga-harga yang bakal dikeluarkan.
Antara harga yang perlu diketahui setelah membeli kereta adalah bayaran bulanan, kos maintainence dan juga harga roadtax kereta.
Fokus utama di artikel ini adalah mengenai roadtax kereta honda stream 2.0 yang perlu dipandang berat oleh setiap pemilik kereta.
Ini adalah kerana fungsi roadtax kereta adalah syarat utama kepada yang ingin membuat tuntutan insurans kereta.
Selain itu, roadtax kereta juga adalah satu tanggungjawab setiap kenderaan tidak mengira kereta, motosikal lori mahupun lain-lain kenderaan yang menggunakan jalan raya.
Artikel terkait : Harga roadtax kereta 2.0cc
Jumlah cc enjin kereta Honda Stream 2.0
Rujukan kepada cc enjin adalah satu perkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menentukan kos roadtax kereta.
Untuk kereta honda stream 2.0 kita dah tahu ianya merupakan dalam kategori cc enjin 2.0cc.
Namun, itu bukanlah nilai yang tepat bagi menentukan harga roadtax honda stream 2.0 yang sebenar.
Hal ini demikian, roadtax honda stream 2.0 adalah bukan dalam kategori harga kawalan dan ianya perlu dikira bagi setiap 1 cc.

Berdasarkan kemasukan sebelum ini, terdapat 2 generasi honda stream yang menggunakan cc enjin 2.0cc.
Ianya adalah terdiri daripada generasi pertama honda stream bermula dari tahun 2001 hingga 2006 yang menggunakan cc enjin 2.0 atau 1998cc.
Manakala, generasi kedua honda stream pula yang bermula dari tahun 2007 sehinggalah tahun 2014 dengan cc enjin 2.0 atau 1997cc.
Kedua-dua generasi honda stream ini tidak menggunakan enjin yang sama tetapi masih dibawah cc enjin 2.0cc.
Berapa harga roadtax kereta Honda Stream 2.0 ?
Kedua generasi honda stream 2.0 yang dinyatakan menggunakan cc enjin yang berlainan jika diteliti bacaan cc enjin secara penuh.
Maka, ianya juga akan turut berbeza dari segi harga roadtax kereta honda stream 2.0 bagi keseluruhan.
Walaupun berbeza hanya 1 cc, tetap dikira berlainan dan dapat membezakan antara generasi honda stream 2.0 menggunakan jenis enjin yang berlainan.
Harga roadtax honda stream 2.0 atau 1998cc bagi generasi pertama adalah berjumlah RM439.20 sahaja untuk selama 12 bulan.
Manakala, harga roadtax kereta honda stream 2.0 atau 1997 untuk generasi kedua pula bernilai RM438.80 bagi tempoh 12 bulan.
Comments
2 responses to “Harga roadtax kereta Honda Stream 2.0”
[…] Artikel terkait : Harga roadtax kereta honda stream 2.0 […]
[…] Maklumat lanjut : Harga roadtax kereta honda stream 2.0 […]