Harga roadtax kereta Proton Inspira. Berapakah harga roadtax kereta untuk keluaran kereta yang menjadi sebutan pada ketika dahulu iaitu proton inspira ?
Menghidupkan roadtax kereta adalah satu keperluan yang tidak boleh dielak oleh setiap pemilik kereta.
Bukan sekadar pemilik kereta, para pengguna kereta juga perlu menitik beratkan tentang cukai jalan raya walaupun ianya bukan dibawah pemilikan anda.
Bagi roadtax inspira, ianya sangat perlu dijaga supaya kereta proton inspira anda dilindungi oleh insurans kereta inspira itu sendiri.
Apa kaitannya insurans kereta inspira dengan roadtax kereta inspira ?
Kedua roadtax kereta dan insurans kereta inspira adalah saling memerlukan dan penting perlu anda renew.
Ini supaya jika berlaku sebarang kejadian tidak diduga, proses membuat claim pada syarikat insurans kereta menjadi mudah tanpa masalah.
Sekiranya salah satu tidak dibuat, contoh roadtax inspira tidak anda renew dan hanya insurans inspira sahaja dihidupkan, maka anda tidak boleh melakukan claim tersebut.
Hal ini demikian, syarat utama membuat claim insurans kereta inspira adalah mempunyai roadtax inspira yang hidup.
Cc enjin kereta Proton Inspira
Untuk pengetahuan anda, pengeluaran kereta proton inspira ini adalah bermula sejak tahun 2010 lagi.
Jika diikutkan, tahun tersebut adalah masih baru mencapai di awal 1 dekat dan ianya dihentikan pengeluarannya pada tahun 2015.
Jumlah cc enjin merupakan penanda utama bagi menentukan harga roadtax kereta proton inspira.
Bukan sahaja untuk kereta proton inspira, malah untuk semua kenderaan di negara ini.

Ianya merupakan rujukan mudah oleh pihak berkuasa dan juga semua pemilik kereta sebelum nak membeli sesebuah kereta mahupun ketika ingin renew roadtax kereta.
Rujukan ini untuk ketika ini adalah paling sesuai digunakan di negara kita. Dibandingkan negara lebih maju mengenakan cukai jalan raya berdasarkan aspek lain antaranya seperti kadar pelepasan karbon sesebuah kenderaan.
Untuk kereta proton inspira, terdapat 2 jenis cc enjin dikeluarkan iaitu 1.8cc atau 1798cc dan juga 2.0cc atau 1998cc.
Berapa harga roadtax kereta Proton Inspira untuk kedua cc enjin ini ?
Harga roadtax kereta Proton Inspira 1.8
Untuk roadtax inspira 1.8, ianya dinilai dengan pengiraan jumlah penuh cc enjin iaitu 1798cc.
Roadtax inspira 1.8 boleh anda renew dengan 2 tempoh pilihan sama ada nak renew 12 bulan dan juga 6 bulan.
Maka, harga roadtax kereta proton inspira 1.8 adalah sebanyak RM279.20 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan atau 1 tahun.
Sesiapa nak renew roadtax selama 6 bulan pun dibolehkan tanpa sebarang syarat dengan harga roadtax kereta inspira 1.8 sebanyak RM139.60 sahaja.
Harga roadtax proton inspira 1.8 yang dinyatakan di atas adalah belum termasuk lagi dengan harga insurans kereta proton inspira 1.8.

Harga roadtax kereta Proton Inspira 2.0
Manakala, untuk roadtax inspira 2.0 pula adalah berdasarkan jumlah cc enjin sebanyak 1998cc.
Oleh itu, harga roadtax inspira 2.0 adalah berjumlah RM379 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan atau 1 tahun penggunaan.
Comments
2 responses to “Harga roadtax kereta Proton Inspira”
[…] Rujukan asal : Harga roadtax kereta Proton Inspira […]
[…] roadtax kereta Proton Inspira 1.8 . Berapakah harga roadtax kereta proton inspira yang sepatutnya setiap pemilik belanjakan terutamanya untuk proton inspira 1.8 […]