Harga roadtax kereta Toyota Hilux

Harga roadtax kereta Toyota Hilux. Berapa harga roadtax kereta bagi jenama kereta toyota yang model pickup terkenalnya iaitu hilux di negara kita ?

Renew roadtax kereta adalah satu keperluan wajib bagi setiap pemilik kereta. Ini termasuklah bagi anda yang menggunakan kereta toyota hilux.

Walaupun ianya adalah sebuah kereta pickup atau pacuan sama ada 2 roda (2 wheels) mahupun 4 roda (4 wheels), adalah tidak terkecuali untuk hidupkan roadtax kereta.

Keutamaan renew roadtax kereta adalah memberikan pengesahan kepada insurans kereta untuk melakukan claim pada syarikat insurans.

Roadtax kereta bukan sekadar untuk elakkan dari terkena saman, malah membuatkan setiap pemilik kereta memiliki tanggungjawab di atas jalan raya.

Ramai menggangap ianya sekadar cukai dibayar kepada pihak berkuasa, namun ianya juga memjadikan setiap pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati ketika memandu.

Senarai cc enjin kereta Toyota Hilux

Di artikel ini kita akan fokuskan kepada generasi toyota hilux yang bermula pada tahun 2005 hingga kini.

Generasi ke 7 yang bermula pada tahun 2005 hingga 2015 mempunyai 2 cc enjin iaitu :

  1. 2.5cc atau 2494cc
  2. 3.0cc atau 2982cc.

Manakala untuk generasi terkini iaitu generasi ke 8 bermula pada tahun 2016 hingga kini mempunyai 2 cc enjin iaitu :

  1. 2.4cc atau 2393cc
  2. 2.8cc atau 2755cc
harga roadtax kereta toyota hilux

Anda boleh lihat antara dua generasi ini mempunyai 2 cc enjin yang berlainan antara satu dengan lain.

Ini juga memudahkan untuk anda sebagai pemilik atau pengguna kereta ini bagi menentukan cc enjin kereta hilux sekiranya kurang pasti.

Jika betul-betul kurang pasti, maka rujuklah pada geran kereta yang menyatakan tentang keupayaan enjin ini dalam betuk nilai seperti di atas.

Harga roadtax kereta Toyota Hilux mengikut cc

Roadtax hilux juga adalah mengikut cc enjin yang digunakan bagi setiap generasi sama ada ke 7 mahupun ke 8.

Harga roadtax hilux juga boleh dihidupkan selama 2 tempoh iaitu 6 bulan dan juga 12 bulan bagi setiap penggunaan.

Namun, konsepnya jika anda renew roadtax hilux selama 6 bulan, maka anda perlu buat roadtax lagi 6 bulan lebih awal.

Hal ini demikian, insurans kereta hilux adalah wajib dibuat selama 12 bulan sekali. Jika pada 6 bulan kedua roadtax toyota hilux anda terkurang hari, maka anda perlu menambah tempoh hari yang terkurang dengan merujuk syarikat insurans kereta yang asal.

Jadi, nak lebih murah renew roadtax toyota hilux anda untuk tempoh 12 bulan terus atau jika nak 6 bulan sekali perlu lebih berhati-hati apabila tiba waktu tamat roadtax kereta hilux ini.

Harga roadtax kereta Toyota Hilux 2.4

Untuk roadtax hilux 2.4, ianya adalah untuk generasi ke 8 sama ada anda memiliki hilux single cab mahupun dual/double cab.

Harga roadtax hilux 2.4 adalah berjumlah sebanyak RM754.40 sahaja untuk tempoh 12 bulan.

Manakala jika anda nak renew roadtax hilux 2.4, harganya adalah sebanyak RM377.20 sahaja untuk 6 bulan.

Harga roadtax kereta Toyota Hilux 2.5

Selain itu, untuk roadtax hilux 2.5 pula adalah daripada generasi ke 7 iaitu dari tahun 2005 hingga 2015.

Harga roadtax hilux 2.5 untuk sepanjang tempoh 12 bulan adalah berjumlah sebanyak RM835.20 sahaja.

Oleh itu, untuk harga roadtax hilux 2.5 selama 6 bulan pula dibahagi kepada 2 iaitu RM417.60 sahaja.

Harga roadtax kereta Toyota Hilux 2.8

Walau bagaimana pun, bagi roadtax hilux 2.8 daripada generasi ke 8 pula juga mempunyai harga roadtax kereta yang lain.

Harga roadtax toyota hilux 2.8 untuk jangka masa 12 bulan bermula dengan RM1,248 sahaja.

Manakala, harga roadtax hilux 2.8 bagi jangka masa 6 bulan pula adalah sebanyak RM624 sahaja.

Harga roadtax kereta Toyota Hilux 3.0

Tambahan pula, kemasukkan paling tinggi setakat ini cc enjin toyota hilux di negara kita iaitu dari generasi ke 7 iaitu hilux 3.0cc

Roadtax hilux 3.0 ini adalah sangat besar dan juga menurut harganya. Harga roadtax hilux 3.0 adalah berjumlah RM1611.20 sahaja.

Oleh itu, untuk dapatkan harga roadtax hilux 3.0 tempoh 6 bulan pula adalah berjumlah RM805.60 sahaja.


Posted

in

by

Tags: