Harga roadtax motor 1000cc berapa?

Harga roadtax motor 1000cc. Berapakah harga roadtax motor yang sepatutnya di keluarkan untuk menghidupkan roadtax motor 1000cc ?

Sejujurnya menggunakan motosikal 1000cc bukanlah satu calang-calang orang yang boleh gunakan motor ini.

Ada beberapa segmen motor yang menggunakan cc enjin ini seperti sbk, touring dan juga naked bike.

Di artikel ini, anda boleh lihat beberapa contoh model dan jenama motosikal dari segmen-segmen yang dinyatakan dan harga roadtax motor 1000cc yang perlu dibayar untuk setiap tahun.

Model dan jenama motor 1000cc

Berikut merupakan contoh model motor dan jenama motosikal 1000cc yang ada di negara kita :

1. Superbike (SBK) 1000cc

  • BMW S1000RR yang menggunakan cc enjin 999cc dari tahun 2009 hingga kini.
  • Kawasaki Ninja ZX-10R yang menggunakan cc enjin 998cc dari tahun 2017 hingga kini.
  • Honda CBR1000RR yang juga menggunakan 998cc dari tahun 2004 hingga kini.
  • Yamaha YZF-R1 yang menggunakan 998cc dari tahun 1998 hingga kini (Paling lagend)
harga roadtax motor 1000cc

2. Touring / Sport Touring 1000cc

  • Kawasaki Ninja 1000SX yang menggunakan 1043cc dari tahun 2020 hingga kini.
  • Suzuki GSX-S1000GT yang menggunakan 998cc dari tahun 2021 hingga kini.

3. Naked Bike 1000cc

  • Yamaha MT-10 yang menggunakan 998cc dari tahun 2016 hingga kini.
  • Kawasaki Z1000/Z H2 yang terdiri dari 953cc dan 1043cc dari tahun 2003 hingga 2020.
  • Honda CB1000R yang menggunakan 998cc dari tahun 2008 hingga 2024.
  • BMW S1000R yang menggunakan 999cc dari tahun 2014 hingga kini.

Berapakah harga roadtax motor 1000cc ?

Roadtax 1000cc untuk motosikal sedikit unik dan mudah untuk diketahui dan tak perlu dikira mengikut jumlah cc enjin seperti kereta.

Jadi, semua model dan jenama motor yang dinyatakan di atas dan banyak lagi yang berada dalam lingkungan 1000cc enjin akan dikira dengan 1 jumlah harga sahaja.

Harga roadtax motor 1000cc adalah berjumlah sebanyak RM350 sahaja untuk tempoh selama 1 tahun atau 12 bulan.

Bila anda plan nak beli atau baru nak renew roadtax motor ini, jumlah ini adalah tetap dan kekal selagi tiada sebarang perubahan dilakukan oleh pihak JPJ Malaysia.


Posted

in

by

Tags: