Harga roadtax kereta nissan almera

Harga roadtax nissan almera. Sebuah lagi kereta untuk keluarga yang saiznya sederhana jumlahnya iaitu nissan almera.

Produk dari jenama popular dari negara jepun ini turut memberikan saingan terhadap kereta 5 seater sedan yang lain seperti honda city serta kereta tempatan.

Tahap keselesaan bila memiliki kereta almera ini adalah di tahap antara yang terbaik. Bila nak jalan jauh tidak risau akan ruang bonet yang tentunya besar.

Kadar prestasi penjimatan minyak kereta almera ini turut antara yang paling jimat pada versinya.

Namun, bagaimanakah dengan harga roadtax kereta untuk nissan almera ini?

Adakah road tax nissan almera turut berbaloi untuk dihidupkan selepas ianya dimiliki dibandingkan saingannya yang lain?

Berapakah harga roadtax nissan almera ?

Berita baik untuk anda yang ingin membeli kereta nissan almera atau baru pertama kali ingin menghidupkan roadtax kereta almera.

Harga roadtax nissan almera hanyalah seperti di bawah :

Tempoh6 Bulan12 Bulan
Harga roadtax almera 1.5ccRM45RM90
Harga roadtax almera 1.0 Turbo (model baru)RM10RM20

Jadual di atas menyatakan harga bagi tempoh roadtax 6 bulan dan juga 1 tahun bagi road tax nissan almera 1.5 dan 1.0 . Sekiranya tiada sebarang masalah semasa ingin buat roadtax, anda buat roadtax untuk 12 bulan terus.

Bagi pemilik nissan almera yang mempunyai masalah dan terpaksa membuat roadtax 6 bulan, harga hanyalah separuh dari harga penuh roadtax untuk setahun.

Kebiasaan memang boleh hidupkan roadtax 1 tahun terus. Tetapi, jika anda menghadapai situasi seperti kekurangan tempoh insuran, disarankan untuk anda membuat roadtax 6 bulan sahaja dulu.

Akan datang bila roadtax tersebut dah tamat, barulah anda hidupkan roadtax lagi 6 bulan. Tetapi, terlebih dahulu anda diwajibkan menambah waktu insurans.

Waktu insurans yang terkurang wajib ditambah supaya anda boleh menghidupkan roadtax 6 bulan. Kalau insurans ada 5 bulan, roadtax 6 bulan tidak boleh dikeluarkan.

Harga roadtax kereta almera 1.5 (model lama)

Kereta nissan almera 1.5 (N17) merupakan keluaran pertama atau generasi pertama yang diperkenalkan di negara kita (generasi ke 3 secara global).

Jika dilihat roadtax nissan almera 1.5 hanyalah dalam kategori 1.5cc setelah ianya dibundarkan kepada ribu.

Namun, terdapat bacaan yang lebih tepat yang digunakan bagi cc enjin nissan almera 1.5 iaitu 1498cc.

Bacaan yang teliti ini amat penting walaupun ianya termasuk dalam harga kawalan roadtax oleh pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan anda juga, nissan almera 1.5 ini adalah kereta yang dibawa masuk sejak dari tahun 2012 hingga 2022 dengan varian E, V dan juga VL.

Sepanjang tempoh tersebut nissan almera 1.5 juga didatangkan dengan beberapa konsep seperti impul, nismo dan juga black edition.

Harga roadtax kereta nissan almera 1.5 adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja untuk selama 12 bulan.

Manakala, harga roadtax almera 1.5 bagi tempoh selama 6 bulan pula adalah bernilai RM45 sahaja.

Namun, kedua harga yang dinyatakan hanyalah untuk roadtax nissan almera 1.5 sahaja dan tidak termasuk harga insurans kereta nissan almera 1.5 .

harga roadtax kereta nissan almera 1.5

Harga roadtax kereta almera 1.0 turbo (model baru)

Anda jangan keliru dengan model terbaru nissan almera 1.0 turbo. Jika anda keliru sama ada ianya model lama atau baru, lihat pada cc enjinnya.

Model lama merupakan 1500cc manakala, model baru 1000cc turbo atau dikenali sebagai nissan almera (N18).

Sebab itulah harga bagi roadtax almera 1.0 turbo iaitu model baru jauh lebih murah dibandingkan model lama. Ianya mula dikeluarkan dari tahun 2020 hingga kini.

Kereta nissan 1.0 merupakan generasi kedua diperkenalkan dengan dilengkapi tambahan turbo. Spec-spec nissan almera 1.0 turbo juga terdiri daripada VLT, VLP dan juga VL.

Bacaan yang lebih teliti pada nissan almera 1.0 adalah berjumlah 999cc. Pihak berkuasa mengkategorikan jumlah cc enjin nissan almera 1.0 ini sebagai dalam harga kawalan.

Harga roadtax kereta nissan almera 1.0 untuk 12 bulan adalah bernilai sebanyak RM20 sahaja.

Manakala, harga roadtax nissan almera 1.0 untuk tempoh 6 bulan pula berjumlah RM10 sahaja.

harga roadtax kereta nissan almera

Hanya terdapat dua pilihan tempoh roadtax untuk roadtax nissan almera ?

Setakat ini, pihak JPJ hanya membenarkan untuk mengeluarkan roadtax nissan almera untuk 6 bulan dan 12 sahaja. Jika terkurang atau terlebih tempoh itu, maka, anda hanya mempunyai 2 pilihan tersebut.

Perhatikan tempoh insurans anda juga supaya roadtax anda boleh terus dibuat. Jika tidak mencukupi, anda perlu membuat extend insurans dengan cara pergi ke branch insurans yang sama yang terdapat di setiap negeri.

Contohnya, jika sebelum ini anda membuat insurans Etiqa Takaful, jadi anda wajib ke pejabat branch Etiqa Takaful yang terdapat di negeri anda.

Selepas dah tambah tempoh insurans tersebut, segera hadirkan diri anda ke JPJ terdekat untuk membuat roadtax 6 bulan atau 12 bulan mengikut keadaan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “Harga roadtax kereta nissan almera”

  1. […] berapakah harga roadtax kereta nissan almera ini? Model keluaran untuk nissan almera hanyalah satu sahaja iaitu 1.5cc […]

  2. […] roadtax kereta Nissan Almera 1.0 . Berapakah harga roadtax kereta nissan almera yang perlu dibayar setiap tahun lebih-lebih lagi nissan almera 1.0 turbo […]

  3. […] roadtax kereta Nissan Almera 1.5 . Berapa harga roadtax kereta nissan almera yang khasnya ditumpukan kepada nissan almera 1.5 […]

Leave a Reply