Harga roadtax kereta Iriz 1.6 . Berapakah harga roadtax kereta proton iriz yang merupakan pilihan kereta tempatan iaitu proton iriz 1.6 ?
Dalam memiliki sesebuah kereta, menghidupkan roadtax kereta merupakan antara tugas utama yang perlu dipandang berat.
Hal ini demikian bukan sekadar untuk kereta sahaja, malah bagi kesemua kenderaan yang menggunakan jalan raya.
Ini merupakan satu tanggungjawab bersama agar perlindungan dapat dilaksanakan sebaiknya seiring dengan pembelian insurans kereta yang dibuat.
Dengan kata mudah, sekiranya tiada roadtax kereta dibuat, maka perlindungan insurans kereta akan menjadi sia-sia sahaja.
Di artikel ini, kita akan fokus kepada roadtax kereta iriz 1.6 . Rujukan ini boleh dilakukan oleh bakal pembeli dan juga yang baru sahaja membeli kereta proton iriz 1.6 .
Malah, untuk yang sudah beberapa tahun memiliki kereta proton iriz 1.6 juga boleh merujuk disini sekiranya kurang pasti akan persoalan tentang roadtax kereta proton iriz 1.6 .
Artikel terkait : Harga roadtax kereta 1.6 cc
Jumlah cc enjin kereta Proton Iriz 1.6
Setiap kereta yang menggunakan enjin kereta akan mempunyai bacaan pada setiap enjin kereta.
Ini akan ditentukan dari kilang lagi enjin apakah yang sedang setiap kereta gunakan.
Bacaan ini dikenali sebagai keupayaan enjin atau cc enjin kereta yang membezakan dari setiap model mahupun jenama kereta.
Nilai ini juga merupakan penentu utama kepada roadtax kereta yang digunakan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, sebelum nak membeli sesebuah kereta, pastikan cc enjin yang model anda gunakan.
Ini kerana, akan terdapat beberapa keluaran kereta menggunakan kereta yang sama tetapi berbeza jenis enjin kereta.

Dari situ bermakna cc enjin juga akan turut berlainan dan turut akan mempengaruhi harga roadtax kereta proton iriz 1.6 anda.
Untuk cc enjin kereta proton iriz 1.6 adalah berjumlah 1597cc sahaja jika dibaca secara penuh.
Dengan merujuk pada bacaan cc enjin kereta iriz 1.6 ini, ianya termasuk dalam kategori harga roadtax kereta yang terkawal.
Berapakah harga roadtax kereta Iriz 1.6 ?
Roadtax iriz 1.6 terbahagi kepada 2 tempoh yang boleh dipilih oleh setiap pemilik kereta ini.
Harga roadtax proton iriz 1.6 adalah berjumlah sebanyak RM90 sahaja bagi tempoh selama 12 bulan.
Manakala, untuk tempoh 6 bulan pula harga roadtax kereta iriz 1.6 ini berjumlah RM45 sahaja.
Harga roadtax iriz 1.6 yang dinyatakan di atas adalah belum termasuk dengan harga insurans kereta iriz 1.6 .
Comments
2 responses to “Harga roadtax kereta Iriz 1.6”
[…] Artikel lengkap : Harga roadtax kereta iriz 1.6 […]
[…] Harga roadtax kereta Proton Iriz 1.6 […]