Harga roadtax kereta Myvi 1.0

Harga roadtax kereta Myvi 1.0 . Berapa harga roadtax kereta myvi yang sepatutnya dibelanjakan bagi anda yang hendak membeli kereta myvi 1.0 ?

Salah satu perkara sebelum nak beli sebuah kereta adalah mengetahui perkara-perkara asas terutamanya adalah kos-kos setelah memiliki kereta.

Antara kos tersebut pastinya adalah mengenai roadtax kereta yang memerlukan perbelanjaan untuk setiap tahun.

Tidak mengira sama ada anda membeli kereta baru atau kereta terpakai seperti secondhand sekali pun, tidak akan terlepas daripada menghidupkan roadtax kereta.

Untuk pengetahun anda, terdapat keluaran kereta perodua myvi 1.0 sejak dari permulaan pelancarannya pada tahun 2005 hingga 2011.

Di artikel ini, fokusnya adalah mengenai nilai bagi roadtax kereta myvi 1.0 untuk setiap tahun dan juga setiap 6 bulan.

Hal ini kerana, hanya 2 pilihan tempoh sahaja dibenarkan untuk anda membuat roadtax kereta myvi 1.0 .

Artikel terkait : Harga roadtax kereta 1.0 cc

Jumlah cc enjin kereta Myvi 1.0

Keupayaan enjin atau dikenali sebagai cc enjin adalah satu bacaan yang menentukan saiz enjin kereta yang digunakan oleh sesebuah kereta.

Daripada bacaan cc enjin kereta inilah, dapat dinilai oleh pihak berkuasa bagi menentukan nilai pada roadtax kereta perodua myvi 1.0 .

Jika dilihat pada penyataan roadtax myvi 1.0 hanyalah sekadar bacaan singkatan setelah ianya dibundarkan kepada ribu terdekat.

Namun, bagi menentukan harga roadtax myvi 1000cc, memerlukan bacaan penuh seperti yang dinyatakan setiap geran kereta yang telah dikeluarkan.

Untuk kereta myvi 1.0 ini, cc enjin kereta secara teliti adalah berjumlah 989cc dan merupakan dalam kategori kereta myvi 1000cc.

harga roadtax kereta myvi 1.0

Berapa harga roadtax kereta Myvi 1.0 ?

Roadtax myvi 1.0 tidak sama dengan model myvi yang mempunyai cc enjin yang berbeza.

Malah, ianya dikira termasuk dalam kategori harga roadtax kereta terkawal walaupun bacaan telitinya berbeza dengan kereta 1.0 yang lain.

Harga roadtax myvi 1.0 adalah berjumlah sebanyak RM20 sahaja untuk tempoh selama 12 bulan penggunaan.

Manakala, ada yang ingin membuat roadtax myvi 1.0 selama 6 bulan pun tiada masalah kerana pilihan tersebut boleh dibuat walaupun tiada apa-apa alasan.

Harga roadtax kereta myvi 1.0 bagi tempoh 6 bulan pula hanyalah berjumlah RM10 sahaja.

Jumlah harga roadtax kereta perodua myvi 1.0 sebenarnya sangatlah berpatutan dan untuk membelinya dari kedai kereta terpakai secara secondhand adalah sangat berbaloi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Harga roadtax kereta Myvi 1.0”

  1. […] Artikel lanjut : Harga roadtax kereta myvi 1.0 […]

  2. […] Harga roadtax kereta perodua myvi 1.0 […]