Harga roadtax kereta Toyota Camry

Harga roadtax kereta Toyota Camry. Berapa harga roadtax kereta untuk sebuah kereta bersaiz luas dan diimpikan ramai untuk memilikinya iaitu toyota camry ?

Menghidupkan roadtax kereta adalah satu perkara asas yang tidak boleh terlepas pandang oleh pemilik kereta.

Setiap tahun renew roadtax kereta wajib dilakukan agar sepanjang perjalanan dari satu tempat ke tempat lain menggunakan kereta tersebut dilindungi.

Perlindungan bukan sekadar insurans kereta, malah roadtax kereta turut terkait rapat dengannya.

Hal ini demikian, untuk melakukan sebarang tuntutan atau claim kemalangan, adalah syarat utama mempunyai roadtax kereta yang masih dalam tempoh ianya hidup.

Perkara ini memberikan rasa tanggungjawab kepada setiap pemilik kenderaan tidak mengira hanya untuk kereta sahaja. Malah kepada yang menggunakan jalan raya bersama.

Cc enjin kereta Toyota Camry

Kereta-kereta toyota camry secara asalnya yang masuk ke negara kita akan dipasang di negara jiran iaitu Thailand dan terdapat juga dipasang di negara kita.

Sejak tahun 1996 lagi pihak toyota telah membawa masuk kereta segmen D ini dan menjadi buruan ramai yang sukakan kereta bersaiz besar dan nampak ekslusif.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa cc enjin kereta toyota camry yang diperkenalkan di dalam negara kita.

Antara generasi antara terawal toyota camry menggunakan cc enjin 2.2cc atau 2164cc yang merupakan dari tahun 2002 dan ke bawah.

Pada tahun 2002 hingga 2006 juga telah diperkenalkan toyota camry yang baru dengan 2 cc enjin iaitu 2.0cc atau 1998cc dan juga 2.4cc atau 2362cc.

Seterusnya pada tahun 2007 hingga 2012 dengan generasi baru dan mengekalkan enjin generasi sebelumnya iaitu 2.0cc atau 1998cc dan juga 2.4cc atau 2362cc.

Selanjutnya, sejak tahun 2012 hingga 2018 generasi yang baru lagi diperkenalkan dengan 1 cc enjin yang dikekalkan iaitu 2.0 atau 1998cc dan 1 cc enjin yang baru iaitu 2.5cc atau 2494cc.

Selepas dari itu juga wujud generasi baru toyota camry bermula dari tahun 2019 hingga tahun 2024 dengan hanya 1 cc enjin yang lama. Iaitu 2.5cc atau 2494cc (XV70 series) dan 1 cc enjin yang baru iaitu 2.5cc atau 2487cc (A25A-FKS series)

Untuk series XV70 merupakan enjin pada tahun 2019 hinnga 2021 dan series A25A-FKS pula dari tahun 2022 hingga 2024.

Manakala, untuk toyota camry yang paling terkini sejak dari tahun 2025 pula mengekalkan enjin 2.5cc atau 2487cc .

harga roadtax kereta toyota camry

Berapakah harga roadtax kereta Toyota Camry mengikut cc enjin ?

Seperti yang anda lihat terdapat banyak generasi toyota camry yang boleh anda rujuk di atas.

Disertakan pula senarai cc enjin kereta toyota camry mengikut tahun generasi yang bakal anda miliki atau baru sahaja beli.

Roadtax toyota camry akan ditentukan berdasarkan cc enjin kereta yang digunakan dengan bacaan penuh.

Berikut merupakan senarai harga roadtax kereta toyota camry mengikut cc bagi 12 bulan :

  1. Harga roadtax kereta toyota camry 2.0 atau 1998cc bernilai RM379.00 sahaja
  2. Harga roadtax kereta toyota camry 2.2 atau 2164cc berjumlah RM544.00 sahaja
  3. Harga roadtax kereta toyota camry 2.4 atau 2362cc adalah RM742.00 sahaja
  4. Harga roadtax kereta toyota camry 2.5 atau 2487cc ialah RM867.00 sahaja
  5. Harga roadtax kereta toyota camry 2.5 atau 2494cc sebanyak RM874.00 sahaja

Sedikit perhatian kepada anda yang menggunakan model toyota camry dari tahun 2019 hingga 2024. Anda perlu merujuk semula pada geran kereta bagi memastikan semula cc enjin berdasarkan series kereta anda.


Posted

in

by

Tags: