Harga cermin belakang saga flx

Harga cermin belakang saga flx. Berapakah nilai bagi harga cermin kereta belakang untuk kereta proton saga flx yang digunakan oleh anda ?

Penukaran cermin belakang saga flx adalah disebabkan beberapa faktor yang memberikan kesan tidak baik kepada pengguna atau pemilik kereta.

Disebabkan faktor berikut sudah pasti anda sebagai pemilik kereta akan berasa kurang selesa akan kejadian yang sedang berlaku dan membuatkan anda membuat keputusan untuk tukar cermin kereta.

Tidak semestinya cermin belakang perlu anda gantikan dengan yang original atau baru yang dijual di kedai cermin kereta. Namun, anda boleh menggunakan cara lain mengikut situasi pada cermin belakang kereta saga flx anda.

Baca juga : Harga cermin kereta saga flx

Faktor cermin belakang saga flx nak ditukar

1. Cermin belakang saga flx retak

Untuk pengetahuan anda, cermin yang retak adalah mengikut keadaan jika anda lihat secara terus. Cermin belakang saga flx terdiri daripada 1 lapisan sahaja.

Jika ianya hanya retak kecil, maka jawapannya adalah ianya boleh dibaiki dengan cara menggunakan repair kit windscreen.

2. Cermin belakang saga flx pecah

Namun, sekiranya cermin belakang saga flx anda sudah pecah seperti pecah berlubang, pecah retak seribu dan juga pecah hingga tertanggal.

Maka cara terbaik adalah mencari cermin belakang saga flx yang baru. Untuk membaikinya adalah tidak dibolehkan kerana menjejaskan keselamatan dan juga kos yang lebih sekiranya dibiarkan berlarutan.

harga cermin belakang saga flx

3. Cermin belakang saga flx rosak

Keadaan cermin belakang saga flx yang rosak mampu menghilangkan fungsi kepada pemanduan harian.

Ada yang mengalami cermin belakang saga flx rosak disebabkan oleh permukaannya telah kasar dan mengakibatkan penglihatan arah belakang menjadi kabur.

Namun, bergantung kepada seseorang pemilik saga flx itu sendiri. Ada yang masih menggunakannya kerana ianya tidak mengakibatkan sebarang air masuk.

Bagaimana pula, ada juga yang berasa kurang selesa kerana ia kerap menggunakan cermin belakang semasa memandu dan boleh mengakibatkan penglihatan menjadi kurang dan membahayakan diri dan orang lain.

Berapa harga cermin belakang saga flx ?

Untuk menggantikan cermin belakang saga flx, sesuatu kos perlulah dikeluarkan. Jika anda tidak meneruskan hasrat untuk tukar cermin kereta yang baru, ada kemungkinan boleh mengakibatkan kejadian yang lebih buruk berlaku seperti air hujan boleh memasuki menerusi cermin belakang.

Oleh itu, penggantian dibuat dan memerlukan anda membelanjakan budget harga cermin belakang saga flx bermula dari RM400 hingga RM500 sahaja.

Kos ini sebenarnya tidak tinggi. Hal ini demikian, anda masih mempunyai pilihan lain iaitu dengan mendapatkan cermin belakang saga flx secara secondhand.

Harga cermin belakang saga flx secara 2nd hand adalah sekitar RM300 hingga RM400, dan ianya belum termasuk kos memasang. Namun, pencarian cermin belakang saga flx secondhand perlu dicari dengan melalui beberapa proses survey dari kedai ke kedai cermin kereta.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga cermin belakang saga flx”

  1. […] cermin depan saga flx tidak sama dengan harga cermin belakang saga flx. Antara sebabnya adalah kerana saiznya yang lebih lebar dan […]

Leave a Reply