Apa akan jadi sekiranya lambat renew lesen p ke full ?

Lambat renew lesen p ke full. Apakah yang bakal terjadi sekiranya anda tidak menghidupkan lesen percubaan kepada cdl ?

Menghidupkan lesen merupakan satu tanggungjawab individu yang perlu diingati sendiri sebaik sahaja ianya hampir dengan tempoh tamat.

Salah satu initiatif pihak berwajib dalam mengelakkan daripada setiap daripada kita terlupa dengan tarikh nak renew lesen adalah dengan meletakkan setiap tarikh tamat pada tarikh lahir setiap pemilik lesen itu.

Namun, berbeza pula bagi pemegang lesen memandu percubaan (PDL) yang dikenali sebagai lesen P.

Tempoh bagi pemegang lesen memandu percubaan (PDL)

Bagi lesen P, ianya mempunyai tempoh yang perlu dilepasi oleh setiap pemegangnya.

Lesen p tamat tempoh bergantung kepada bermulanya tarikh anda lulus ujian dan mendapatkan lesen P itu sendiri.

Tempoh lesen P telah ditetapkan iaitu selama 24 bulan atau 2 tahun. Ianya perlu diikuti sehingga tamat bagi tempoh 2 tahun tersebut.

Kemudian, barulah lesen PDL akan boleh ditukarkan kepada lesen FULL atau dikenali sebagai lesen memandu kompeten atau CDL.

Lambat renew lesen P ke FULL

Kejadian ini sering kali terjadi kepada para pemegang lesen P. Kebanyakkannya adalah daripada alasan terlupa untuk menghidupkan lesen p kepada full tersebut.

Terlupa ini juga salah satunya adalah disebabkan oleh tarikh lesen P ini tidak sama dengan lesen full yang mengikut tarikh lahir setiap pemilik.

Ianya merupakan perkara biasa berlaku lebih-lebih lagi untuk anda yang jarang memandu dan belum memiliki kereta lagi.

Namun, kejadian ini masih lagi diberi kelonggaran oleh pihak berwajib kepada pemegang lesen P untuk renew lesen full sekiranya telah sedar akan penamatan lesen P.

Berapa lamakah tempoh yang diberikan sekiranya lambat renew lesen p ke full ?

Tempoh kelonggaran yang diberikan oleh pihak JPJ sendiri memberikan satu peluang yang baik kepada pemilik yang terlupa dan lambat renew lesen p ke full.

Selama 1 tahun bermula dari lesen memandu percubaan atau lesen p anda tamat diberikan pengecualian ini.

Contohnya lesen P anda bermula dari 1 januari 2027 dan tamat pada 31 disember 2029. Maka, tempoh 1 tahun dari tarikh tamat 31 disember 2029 hingga 30 disember 2030 dibenarkan untuk anda renew lesen p ke full.

Jadi, manfaatkan tempoh yang diberikan oleh pihak JPJ kepada anda bagi mengelakkan permasalah yang lebih besar.

Apakah terdapat denda sekiranya lambat renew lesen p ke full ?

Selama tempoh anda lambat renew lesen p ke full, denda lewat renew lesen memandu tidak akan dikenakan kepada anda.

Namun, sekiranya anda melebihi tempoh yang telah diberikan, maka lesen p anda bakal ditarik kembali.

Hal ini demikian, berdasarkan beberapa alasan yang tidak boleh diterima pakai. Sekiranya anda mempunyai alasan lebih kukuh, maka rayuan boleh dibuat.

Rayuan tersebut juga perlu dinilai oleh pihak atasan JPJ sendiri yang tidak semestinya diluluskan atau ditolak berdasarkan alasan yang anda berikan.

lambat renew lesen p ke full

Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Apa akan jadi sekiranya lambat renew lesen p ke full ?”

  1. […] Baca selanjutnya : Lambat renew lesen p ke full […]

Leave a Reply