Cermin kereta retak berapa lama boleh tahan ?

Cermin kereta retak berapa lama boleh tahan ? Adakah anda tertanya-tanya persoalan ini sekiranya baru alami perkara yang tidak diingini seperti cermin kereta retak ?

Pelbagai situasi boleh berlaku semasa anda memandu. Apa yang penting adalah anda tidak panik sekiranya sedang mengalami sesuatu perkara yang serius ini.

Anda pasti tertanya-tanya, adakah anda boleh meneruskan perjalanan jika cermin kereta anda retak baru saja terjadi kepada kereta anda ?

Jawapannya adalah bergantung. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu terutamanya cermin kereta retak berapa lama boleh lama atau mampu bertahan ?

Situasi ketika berlaku cermin kereta retak

Ada beberapa situasi yang boleh menyebabkan cermin kereta retak antaranya adalah seperti berikut :

  1. Ketika memandu di jalan raya atau highway
  2. Semasa kereta tidak bergerak dan berada di kawasan parking kediaman atau di luar selain kawasan kediaman

Kedua situasi di atas adalah merujuk kepada bagaimana cermin kereta retak boleh berlaku kepada kereta anda.

Sama ada anda perasan atau tidak perasan bila cermin kereta retak berlaku, ianya mampu dicegah dari awal sekiranya anda tahu bila dan bagaimana cermin kereta retak terjadi.

Apa yang perlu anda buat ketika berlaku cermin kereta retak ?

Berdasarkan situasi di atas, anda perlu melakukan perkara ini sekiranya anda sudah kenal pasti cermin kereta sudah retak iaitu :

Berhentikan kereta di kawasan yang selamat

Bagi anda yang sedang memandu, kadang kala susah untuk anda kenal pasti sama ada cermin kereta retak atau pun tidak.

Jika anda terdengarbunyi batu terkena cermin kereta anda, maka dinasihatkan untuk anda perlahankan kereta dan berhenti di kawasan hentian terdekat.

Tujuan anda untuk berhentikan kereta dan check pada permukaan cermin kereta dari luar adalah bagi mengenal pasti bunyi tadi itu terkena cermin kereta anda di kawasan yang tidak kelihatan dari pandangan dalam kereta.

Lihat dari luar kereta sekiranya tiada sebarang tanda cermin kereta retak dari dalam kereta anda. Jika kelihatan dari luar, maka anda kenal pasti langkah seterusnya.

Kereta berada di kawasan kediaman atau tempat parking

Ketika anda sedar cermin kereta retak sudah berlaku semasa kereta anda berada di kawasan parking, anda perlu pastikan betul-betul ianya berbentuk kesan retak panjang atau dot dari batuan kecil atau keduanya sekali.

Jika mempunyai kedua kesan ini, ada kemungkinan kereta anda telah berlaku cermin kereta retak sebelum anda parking. Iaitu semasa anda pulang ke kediaman, cermin kereta telah pun terkena batuan kecil dan memberi kesan retak panjang disebabkan anda meneruskan perjalanan hingga ke kediaman.

Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh tekanan angin yang diterima oleh cermin kereta semasa anda meneruskan perjalanan sebaik saja terkena batu pada cermin kereta.

Cermin kereta retak boleh tahan berapa lama jika meneruskan perjalanan ?

Amat penting sekali anda telah sedar dari awal bila berlakunya cermin kereta retak. Hal ini demikian, dapat mengelakkan dari cermin kereta retak yang tidak boleh diselamatkan.

Menjawab kepada persoalan cermin kereta retak berapa lama boleh tahan adalah seperti berikut :

  1. Jika cermin kereta anda sudah retak panjangnya melebihi 30cm, disarankan untuk tukar cermin kereta baru. Sebelum tukar, rujuk kedai cermin kereta untuk mendapatkan saranan lebih lanjut.
  2. Sekiranya masih di bawah 30cm, cuba gunakan gam repair cermin kereta terlebih dahulu. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan cermin kereta retak.

Sekiranya anda telah menggunakan gam repair cermin kereta dan didapati tiada hasil, maka cermin kereta retak tersebut masih boleh bertahan selagi mana anda menjaga kelajuan.

Semakin laju kereta yang anda bawa, semakin tinggi kemungkinan retak cermin kereta anda akan bertambah panjang dan boleh merisikokan keselamatan anda sebagai pemandu dan penumpang.

cermin kereta retak berapa lama boleh tahan

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply