Cara semak polisi insurans kereta

Cara semak polisi insurans kereta. Bagaimanakah untuk anda cek polisi insurans kereta sebaik sahaja anda mendapatkannya di tangan anda sebagai pemilik sesebuah kereta ?

Polisi insurans kereta dengan kata mudahnya merupakan surat perjanjian yang telah dipersetujui antara syarikat insurans dan pemilik kereta.

Bukti di dalam polisi insurans kereta ini menjadikan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat insurans kereta itu sendiri.

Jadi, apakah yang perlu anda cek polisi insurans kereta dan adakah cara semak polisi insurans kereta anda sebelum ini adalah betul ?

Adakah begitu penting cara semak polisi insurans kereta kepada anda ?

Pentingnya untuk anda cek polisi insurans kereta sebaik sahaja anda membelinya. Hal ini kerana, bagi mengelakkan beberapa kesilapan kecil yang bakal memberikan masalah besar kepada anda kelak.

Antaranya adalah kereta anda tidak boleh membuat claim kemalangan kerana tersalah menghidupkan insurans kereta 3rd party.

Padahal seingat anda sebelum ini anda membuat insurans kereta komprehensif atau dikenali sebagai insurans kereta first party.

Bezanya insurans kereta first party dan 3rd party ini adalah sama ada anda boleh membuat tuntutan kemalangan kereta ataupun tidak.

Apakah elemen atau perkara yang paling penting semasa cek polisi insurans kereta ?

1. Nombor plat kereta dalam cek polisi insurans kereta

Perkara paling utama adalah anda membuat insurans kereta ke atas nombor plat kereta anda yang betul. Jika tersalah nombor plat, maka akan memberi kesan semasa anda nak hidupkan roadtax kereta.

Nombor plat anda seharusnya anda ingati. Jika anda sebagai wakil, pastikan 2 hingg 3 kali bahawa nombor plat yang anda nak renew itu adalah tepat.

2. Nombor kad pengenalan dalam cek polisi insurans kereta

Peranan kedua terpenting adalah nombor kad pengenalan pemilik ke atas nombor plat kereta tadi. Sekiranya berlaku kesilapan, maka boleh menyebabkan harga insurans kereta anda menjadi mahal.

Hal ini disebabkan oleh peratus NCD (no claim discount) anda tidak sama seperti dalam sistem insurans sebelum ini.

Anda akan perasan jika harga insurans kereta akan menaik mendadak melainkan anda baru sahaja membeli kereta atau baru sahaja menggunakan claim insurans kemalangan.

Namun, ianya bukan alasan dalam kecuaian. Cukai jalan atau roadtax anda juga bakal tidak boleh diprint semasa proses membuat LKM dilakukan.

3. Cc enjin kereta anda dalam cek polisi insurans kereta

Seterusnya, nombor yang terdapat pada bahagian cc enjin kereta anda juga memainkan peranan. Pastikan ianya sama seperti dalam geran kereta anda.

Contohnya jika cc enjin kereta yang sebenar anda bernilai 1332cc, namun tersalah masuk dengan diisi 1298cc.

Sekiranya berlaku kesilapan seperti di atas masih lagi boleh dimaafkan kerana ianya di dalam kategori 1.3cc atau 1300cc.

Jika cc enjin kereta anda bernilai 1332cc, namun tersilap dengan diisi 1098cc, ianya menjadi kesalahan dan kesilapan yang patut dibaiki secepat mungkin.

Kesan jika masih membiarkan kesalahan ini berlaku adalah sewaktu claim insurans kereta anda hendak dibuat.

Boleh jadi claim kereta anda tidak boleh diproses sama sekali disebabkan kesilapan kecil tersebut.

4. Menghidupkan insurans kereta komprehensif namun tidak boleh membuat claim

Perkara ini boleh terjadi kerana kecuaian anda sendiri kerana tidak cek polisi insurans kereta dari awal. Bila sudah berlaku kemalangan, barulah anda perasan anda telah tersalah menghidupkan insurans kereta 3rd party.

5. Membayar harga insurans premium kereta termasuk insurans tambahan

Jika anda tidak mengikuti cara semak polisi insurans kereta dengan baik, anda boleh kerugian dari segi duit tanpa anda sedari.

Contohnya seperti anda membuat tambahan insurans kereta seperti menambah windscreen, Personal accident serta insurans bencana alam, namun, ianya tidak tertulis dalam polisi insurans kereta tersebut.

Padahal anda sudah membuat pembayaran secara total termasuk insurans tambahan. Bila nak buat claim windscreen barulah anda dimaklumkan syarikat insurans yang anda tidak mengambil sebarang insurans tambahan cermin kereta.

Kesilapan inilah akan memberi kesan berpanjangan kepada anda kereta tidak cek polisi insurans kereta sebaik sahaja menerimanya.

cara semak polisi insurans kereta
Cara semak polisi insurans kereta


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply