Renew roadtax kereta lebih 20 tahun

Renew roadtax kereta lebih 20 tahun. Apakah terdapat masalah dalam anda sebagai pemilik kereta untuk renew roadtax kereta lebih 20 tahun ?

Memang ada orang ingin memiliki sesebuah kereta idaman walaupun tahun ianya telah sangat lama berada di atas jalan raya.

Atas sebab faktor minat ada orang sanggup mencari sebuah kereta honda civic generasi terdahulu oleh kerana permintaan dan harga pasarannya melonjak naik.

Malah, ada juga yang ingin membeli kereta lama disebabkan untuk dibawa untuk berniaga secara kecil-kecilan dan manakala harga untuk memilikinya pun sudah jauh lebih murah.

Bagaimanakah cara sekiranya anda yang ingin memiliki sebuah kereta secondhand dalam masa yang sama tiada sebarang masalah untuk renew roadtax kereta lebih 20 tahun ini?

Sikap dalam berjaga-jaga perlu dititik beratkan seawal anda berhasrat memiliki kereta yang telah lama dikeluarkan oleh pengilang.

renew roadtax kereta lebih 20 tahun
Renew roadtax kereta lebih 20 tahun

Apakah langkah awal untuk renew roadtax kereta lebih 20 tahun ?

Kepada anda yang telah memiliki kereta yang telah melebihi 20 tahun ini tiada sebarang masalah pun nak renew roadtax kereta tersebut.

Renew roadtax kereta lebih 20 tahun itu seperti biasa anda baru anda membelinya ketika baru. Hidupkan insurans, kemudian hidupkan pula roadtax kereta.

Kecuali anda mempunyai masalah kerana telah lama tidak menghidupkan roadtax kereta yang lebih 20 tahun itu.

Pastikan benda pertama sekali anda perlu buat adalah membaiki dan menukar barangan kereta tersebut kepada yang baru.

Contohnya seperti tayar, minyak enjin, minyak gear, pelapik brek serta segala wiring atau lampu wajib untuk ianya hidup seperti biasa.

Kemudian, barulah kereta tersebut bersedia untuk dihantar ke pemeriksaan puspakom sebelum ianya boleh dibawa di atas jalan raya.

Dah lulus inspection puspakom, anda hidupkan insurans dan renew roadtax kereta tersebut di Jpj tanpa sebarang masalah.

Apakah cara yang perlu diambil kepada anda yang baru nak memiliki kereta 20 tahun ke atas ?

Bagi anda yang nak memiliki kereta yang berusia lebih 20 tahun ini, ada beberapa perkara perlu pastikan untuk mengelakkan masalah tidak boleh renew roadtax kereta lebih 20 tahun ini.

Memang tidak dinafikan, masalah ini kerap kali berlaku. Bila pembeli telah membuat tukar nama kereta, barulah perasan perkara yang menjadi risiko ini.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ambil semasa membeli kereta supaya tiada sebarang masalah untuk renew roadtax kereta lebih 20 tahun :

1. Check saman lampau ke atas nombor plat kereta tersebut

Saman mempunyai 2 kategori iaitu saman biasa dan saman blacklist. Keutamaannya adalah anda wajib memastikan tiada sebarang saman Pdrm dan Jpj ke atas nombor plat bakal kenderaan anda itu.

Jika masih mempunyai saman, tidak kira saman biasa atau blacklist, minta pemilik lama tersebut untuk selesaikannya terlebih dahulu.

Kemudian, barulah anda bersetuju untuk membuat tukar nama dan membuat penyerahan wang kepada penjual atau pemilik tersebut.

2. Check bila kali terakhir LKM itu dibuat

Perkara ini juga sering berlaku kepada pembeli kereta lebih 20 tahun ini. Sebenarnya tidak kira berapa tahun kereta itu, masalah ini boleh terjadi jika anda tidak mengambil langkah untuk semak tarikh akhir LKM kereta tersebut.

Apabila urusan dah selesai tukar nama, anda baru ketahui yang LKM atau roadtax kereta tersebut telah lama tidak dihidupkan.

Sekiranya anda ketahui lebih awal, minta pemilik kereta untuk membuat pemeriksaan tukar nama berserta pemeriksaan LKM melebih 3 tahun semasa di puspakom.

Bagaimanakah cara jika telah membuat tukar nama, namun baru tahu renew roadtax kereta lebih 20 tahun tidak boleh dibuat ?

Tiada cara lain selain menyelesaikan masalah seperti saman dan menjalani pemeriksaan puspakom. Buat perbincangan semula dengan pemilik lama untuk selesaikan saman dengan cara yang baik.

Kerjasama yang diberikan oleh pemilik lama sangatlah diperlukan. Namun, jika sebaliknya, anda terpaksa la selesaikan saman tersebut sedikit demi sedikit.

Manakala, bagi pemeriksaan puspakom untuk lebih 3 tahun tidak hidupkan cukai jalan perlu diuruskan sendiri oleh anda.

Jika tidak begitu tahu, anda boleh merujuk agent insurans yang menyediakan runner untuk khidmat inspection puspakom ini sehingga selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: