Hidupkan roadtax di pejabat pos

Hidupkan roadtax di pejabat pos. Adakah anda berhasrat untuk hidupkan roadtax di pejabat pos ? Apakah ciri-ciri yang perlu anda ketahui sebelum hidupkan roadtax di pejabat pos ?

Di artikel ini kita akan fokuskan bagaimana nak hidupkan roadtax di pejabat pos kepada 2 kenderaan sahaja iaitu kereta dan motor.

Terdapat beberapa tempat untuk anda buat roadtax kereta dan motor ini. Namun, pejabat pos antara pilihan yang boleh dikatakan paling hampir dengan rumah anda.

Bukan sekadar rumah, malah ada juga berhampiran dengan tempat kerja. Paling tidak pun anda boleh meluangkan sedikit masa bagi melakukan proses renew roadtax ini.

Sekarang tidak boleh menjadi satu alasan untuk anda susah menghidupkan cukai jalan atau dikenali sebagai LKM (Lesen Kenderaan Motor) ini.

Alasan terlupa, susah dan lambat tidak lagi boleh diberikan sekiranya anda secara tiba-tiba menjumpai kawasan roadblock.

Ikuti cara nak hidupkan roadtax di pejabat pos mengikut kenderaan yang anda gunakan di bawah supaya anda hadir ke pejabat pos dah tahu apakah tujuan berada di situ.

Cara hidupkan roadtax di pejabat pos

Bagi anda yang belum ketahui bagaimana cara hidupkan roadtax di pejabat pos, ini merupakan tempat rujukan paling mudah anda faham.

Langkah-langkah dari awal hingga akhir akan diberikan mengikut kenderaan apakah yang anda nak renew roadtax tersebut.

Kedua jenis kenderaan ini tidak begitu membezakan dari segi caranya. Namun sudah tentu ia tetap memberi perbezaan dari segi aspek yang lain.

Apakah aspek hidupkan roadtax kereta di pejabat pos tersebut ?

Hidupkan roadtax kereta di pejabat pos

Antara pilihan untuk anda hidupkan roadtax kereta adalah di pejabat pos. Sebelum anda nak hidupkan roadtax kereta, pastikan anda renew insurans kereta itu terlebih dahulu.

Sama ada anda buat insurans kereta di tempat lain, atau anda boleh juga buat insurans kereta terlebih dahulu di pejabat pos. Kemudian barulah hidupkan roadtax kereta di pejabat pos.

Cara hidupkan roadtax kereta di pejabat pos

Bagaimanakah cara hidupkan roadtax kereta di pejabat pos yang paling mudah dan pantas ? Ikuti langkah-langkah di di bawah :

  1. Hadirkan diri ke pejabat pos terdekat dengan anda.
  2. Bawakan dokumen yang diperlukan bagi renew roadtax kereta di pejabat pos.
  3. Bila tiba giliran anda, maklumkan kepada kerani kaunter pejabat pos yang anda telah membuat insuran kereta.
  4. Berikan dokumen seperti yang diminta.
  5. Maklumkan juga yang anda ingin membuat roadtax untuk tempoh 6 bulan atau 12 bulan.
  6. Sebaik sahaja diberitahu harga roadtax kereta, anda perlu bertanya semula harga roadtax tersebut mengikut tempoh masa tadi.
  7. Jika dah pastikan dan bersetuju dengan harga roadtax kereta tersebut, buat pembayaran.
  8. Dapatkan kertas roadtax kereta anda dengan betul sebelum beredar dari pejabat pos tersebut.
  9. Jika tersalah kertas roadtax, anda perlu memaklumkan semula kepada pihak kaunter pejabat pos.
  10. Jika sebaliknya, urusan anda telah pun selesai.

Hidupkan roadtax motor di pejabat pos

Begitu juga jika anda hidupkan roadtax motor di pejabat pos. Yang membezakan roadtax motor dan roadtax kereta adalah dari segi harga roadtax motor yang perlu anda bayar.

Cc enjin motor anda jika di bawah 150cc, pasti berharga rm2 sahaja untuk setahun cukai jalan ini dihidupkan.

Cara hidupkan roadtax motor di pejabat pos

  1. Hidupkan insurans motor di pejabat pos atau anda boleh buat diluar dari pejabat pos tersebut.
  2. Siap sahaja insurans motor, dapatkan polisi insurans motor sebagai salah satu dokumen untuk anda buat roadtax di pejabat pos.
  3. Bawa dokumen wajib yang lain supaya proses roadtax motor anda dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
  4. Pemilihan untuk tempoh roadtax motor kebanyakkan adalah selama 12 bulan.
  5. Jika 6 bulan hanya beberapa masalah yang terpencil sahaja.
  6. Buat bayaran roadtax motor bersama caj perkhidmatan yang dikenakan sebanyak RM2.50 sahaja (tidak termasuk harga roadtax motor).
  7. Dapatkan kertas roadtax motor yang baru berwarna merah jambu dan tulisan berwarna hitam.
  8. Selesai.

hidupkan roadtax di pejabat pos
Hidupkan roadtax di pejabat pos


Posted

in

by

Tags: