Tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

Tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm. Apakah penyebabnya yang menjadikan perkara seperti ini boleh terjadi kepada anda ?

Sebagai pemilik sesebuah kereta atau motor, hal ini sangatlah perlu anda ketahui supaya dapat mencari jalan penyelesaian dengan baik.

Akan tetapi sebelum itu, anda hendaklah mengetahui dari manakah silapnya tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm ini boleh berlaku.

Punca inilah yang boleh memberikan masalah lain kepada anda bagi menghidupkan cukai jalan pada masa akan datang.

Di artikel ini juga kami akan memberikan langkah-langkah supaya anda dapat mengelak dari perkara ini menjadi lebih teruk sehingga anda boleh menangguhkan buat roadtax untuk masa yang begitu lama.

Justeru, jika dibiarkan begitu lama, maka kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan puspakom terlebih dahulu kemudian baru boleh hidupkan insurans dan roadtax.

Punca kepada tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

Sememangnya kita tahu insurans dan roadtax(LKM) ini akan berjalan dari segi tempohnya seiring dari ianya mua dihidupkan sehinggalah ianya tamat.

Namun, terdapat juga kes bagi tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm ini berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari.

Apakah punca terjadinya perkara ini ? Antara sebab yang boleh kami rungkaikan disini adalah menghidupkan roadtax untuk tempoh masa 6 bulan.

Memang tidak dinafikan roadtax 6 bulan ini boleh dibuat dan roadtax 6 bulan ini juga ada juga terpaksa dibuat.

1. Roadtax 6 bulan atas pilihan sendiri

Bagi pilihan roadtax 6 bulan atas pilihan pemilik sendiri akan datang puncanya dari terlewat bagi menghidupkan roadtax 6 bulan pada kali kedua pada tahun itu.

Seperti yang kita tahu, insurans kereta atau insurans motor wajib untuk anda hidupkan selama 12 bulan atau 1 tahun. Maka untuk roadtax pula, anda mempunyai pilihan sama ada untuk membuat roadtax 6 bulan atau 12 bulan.

Kebanyakkan kes yang terjadi renew roadtax 6 bulan ini adalah disebabkan pilihan pemilik sendiri untuk berjimat dalam membuat cukai jalan untuk tempoh setengah tahun itu.

Namun, disebabkan terlupa dan telah melebihi tempoh 6 bulan pertama, maka tempoh bagi insurans yang berbaki telah pun berkurang.

Hal ini demikian, sistem dalam Jpj itu sendiri akan mengesan bahawa insurans anda telah kurang dari tempoh 6 bulan.

Oleh itu, proses bagi renew roadtax kenderaan tidak boleh diteruskan disebabkan berpunca dari kekurangan tempoh insurans ini bagi mencukupi 6 bulan tempoh lkm atau roadtax.

tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm
Tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

2. Roadtax 6 bulan disebabkan terpaksa buat

Kes bagi roadtax 6 bulan terpaksa buat ini merupakan kes-kes tertentu sahaja. Antaranya adalah pemilik kereta atau motor telah meninggal dunia.

Jadi, anda sebagai waris yang masih menggunakan kenderaan tersebut wajib menghidupkan roadtax tersebut 6 bulan sekali.

Bagi insurans kenderaan pula, seperti biasa boleh membuat untuk tempoh 1 tahun. Tiada pilihan bagi waris kepada pemilik kenderaan tersebut sehinggalah proses tukar nama kepada waris selesai.

Anda sebagai waris perlu berjaga-jaga dengan roadtax kenderaan 6 bulan ini sama seperti kategori no 1 di atas. Seminggu sebelum roadtax 6 bulan pertama itu nak tamat, anda dah boleh buat roadtax bagi 6 bulan kedua pula.

Kesan dari tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

Setiap dari punca di atas pasti memberi kesan lebih-lebih lagi bagi anda yang masih menggunakan kereta atau motor tersebut bagi keperluan harian.

Jika tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm itu masih hidup, anda adalah wajar untuk mengambil langkah-langkah seperti di bawah.

Hal ini kerana, bagi membuat penyamaan kedua tarikh insurans dan roadtax itu.

Bagaimana pula jika masih membiarkan tarikh tersebut tidak sama ? Ini akan memberikan kesan sekiranya anda terleka buat seketika dengan tarikh tamat lkm anda sendiri.

Siapa saja yang nak naik turun Jpj 2 kali setahun untuk renew cukai jalan ini ? Jika anda mempunyai masa tidak mengapa. Jika sebaliknya ?

Kesannya akan memberikan penangguhan dari masa ke masa sehingga menyebabkan anda kerugian tempoh insurans berbaki tadi.

Padahal, jika anda sudah tahu langkah bagi membaikinya, anda dapat menjimatkan duit dan masa diri anda sendiri.

Langkah-langkah bagi membaiki tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm

Hal tarikh tamat insurans lebih awal dari tarikh tamat tempoh lkm ini perlu dipandang serius supaya anda dapat mengelak masalah lain menimpa anda.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ambil sekiranya anda mengalami masalah ini :

  1. Tempoh insurans kenderaan anda telah berkurang 6 bulan.
  2. Anda tidak boleh menghidupkan cukai jalan bagi 6 bulan seterusnya.
  3. Tambah tempoh insurans kereta atau motor anda mengikut berapa hari yang terkurang bagi mencukupi tempoh roadtax 6 bulan.
  4. Rujuk branch insurans anda terkini atau agent insuran yang anda buat insurans sebelum ini bagi membuat extend insurans.
  5. Pihak insurans akan memberikan quotation mengikut hari yang terkurang.
  6. Buat bayaran bagi melengkapkan hari yang anda terkurang tersebut.
  7. Pada hari yang sama anda wajib hidupkan roadtax atau cukai jalan bagi mengelakkan anda terkurang hari lagi.
  8. Jika anda nak buat pada keesokan harinya, pastikan anda membuat extend insurans lebih satu hari.
  9. Selesai buat roadtax(LKM) yang mempunyai tarikh insurans dan roadtax yang sama.


Posted

in

by

Tags: