Cara tukar syarikat insurans kereta

Cara tukar syarikat insurans kereta. Bagaimanakah caranya bagi anda sebagai pemilik kereta untuk menukar syarikat insurans kereta ?

Sebelum kita ketahui cara tukar syarikat insurans kereta, ada beberapa faktor yang menyebabkan anda boleh tukar syarikat insurans kereta.

Disebabkan faktor inilah menjadi penyebab kepada anda sebagai pemilik kereta untuk membuat tindakan menukar syarikat insurans kereta.

Tidak salah untuk anda tukar syarikat insurans kereta kepada syarikat insurans kereta lain dengan syarat-syarat tertentu yang perlu hadapi.

Dan apakah kesan sekiranya anda tukar syarikat insurans kereta ini ? Ada ke perkara yang membolehkan masalah pada masa akan datang jika berbalik kepada insurans asal tadi ?

Ada dua jenis kategori bagi kes tukar syarikat insurans kereta iaitu :

  • Tukar syarikat insurans kereta sebaik sahaja insurans kereta sebelum ini telah pun tamat.
  • Kes tersalah menghidupkan insurans kereta berdasarkan tawaran yang syarikat insurans kereta berikan.

Sebab untuk anda tukar syarikat insurans kereta

Ada beberapa faktor tukar syarikat insurans kereta yang kebanyakkan orang di luar buat seperti :

  1. Inginkan sesuatu kelebihan yang ditawarkan sesebuah syarikat insuran kereta tetapi tiada pada syarikat insuran kereta yang lama (sesuai kepada yang ingin tukar syarikat insuran kereta sebaik sahaja insurans lama tamat.)
  2. Tersalah buat jenis insurans kereta. Contohnya nak buat 1st party untuk etiqa takaful insurance, namun tersalah buat 3rd party dan berbeza syarikat insurans. (bagi kes yang baru sahaja renew insurans kereta)

Syarat bagi tukar syarikat insurans kereta

Tiada sebarang syarat yang dikenakan kepada anda. Yang penting adalah, anda perlu menyelesaikannya sendiri.

Ikuti cara tukar syarikat insurans kereta di bawah dengan betul supaya proses ini akan berlaku dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah.

Cara untuk anda tukar syarikat insurans kereta

Mengikut kategori pertama seperti di atas, cara tukar insurans kereta adalah mudah.

Sebaik sahaja insurans kereta anda hampir atau telah tamat, anda boleh terus menghidupkan insurans kereta dengan berbeza syarikat insurans kereta dari sebelum ini seperti biasa.

Di bawah merupakan cara tukar syarikat insurans kereta bagi kategori kedua yang perlu anda ikuti iaitu :

  1. Jika roadtax kereta telah dibuat, maka anda perlulah membatalkan roadtax kereta ini dahulu di Jpj.
  2. Seterusnya, anda perlu ke branch insurans yang sedang anda gunakan.
  3. Setiap negeri mempunyai branch syarikat insurans masing-masing.
  4. Anda boleh membuat refund bagi tempoh insurans yang berbaki. Kalau ada lagi 10 bulan, maka wang anda akan dikembalikan mengikut terma dan syarat sesebuah syarikat insurans.
  5. Bawakan dokumen seperti surat pembatalan roadtax, kad pengenalan anda dan polisi insurans ke branch insurans tadi.
  6. Pemulangan duit akan dibuat paling awal 3 minggu dan ke atas.
  7. Selesai.

Kesan kerap tukar syarikat insurans kereta kepada pemilik

Tiada sebarang kesan bakal diterima kepada anda yang menggunakan insurans kereta sehingga habis tempoh ianya expired atau mati.

Begitu juga, kepada anda yang membuat tukar syarikat insurans dengan melalui proses kategori kedua di atas, tiada sebarang kesan bakal anda terima.

Namun, ada sedikit kesan kepada anda yang kerap kali membuat tukar syarikat insurans kereta dengan menggunakan syarikat insurans yang sama beberapa kali.

Contohnya seperti, sebelum ini anda gunakan etiqa takaful insurans, kemudian membuat pembatalan insurans dan bertukar kepada zurich takaful insurans.

Dalam masa yang terdekat juga, anda ingin bertukar kembali kepada syarikat insurans etiqa takaful atas sebab tertentu.

Hal ini terutamanya kepada kos insurans kereta yang bakal dikenakan kepada anda akan menjadi tinggi.

cara tukar syarikat insurans kereta
Cara tukar syarikat insurans kereta


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply