Kesan tidak renew roadtax

Kesan tidak renew roadtax. Apakah kesan yang bakal anda hadapi sekiranya tidak menghidupkan cukai jalan selama mana anda masih atau tidak menggunakan kereta atau motor tersebut ?

Ada dua perkara yang melibatkan kesan tidak renew roadtax ini iaitu anda masih menggunakan kereta atau motor tersebut.

Manakala, walaupun anda tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut juga turut serta memberi kesan kepada anda sebagai pemilik kereta.

Jadi, apakah kesan tidak renew roadtax yang bakal anda terima sekiranya membiarkan sahaja tempoh cukai jalan ini berlanjutan ?

Tetapi sebelum itu kita lihat dulu apakah punca tidak renew roadtax yang memberikan kesan tidak renew roadtax terutamanya kepada pemilik kereta itu sendiri.

Punca tidak renew roadtax

Antara punca mengapa tidak renew roadtax adalah seperti berikut :

  • Kekurangan budget antara penyumbang faktor yang utama punca kepada tidak renew roadtax.
  • Selain itu, kereta atau motor belum dibaiki akibat kerosakan atau kemalangan.
  • Tambahan pula, saman yang masih tertunggak belum dijelaskan juga menjadi punca tidak renew roadtax.
  • Masih lagi tidak menggunakan kereta atau motor tersebut. Nak jual pula tiada siapa yang beli.
  • Menyimpan kenderaan tersebut tanpa menjual atas sebab mempunyai kenangan.

Kesan tidak renew roadtax jika masih menggunakan kenderaan tersebut

Antara kesan utama jika anda tidak renew roadtax dan masih menggunakan kereta atau motor adalah seperti :

1. Saman tertunggak

Saman bakal dikenakan kepada anda walaupun anda mempunyai sebab tidak renew roadtax sebelum ini akibat saman tertunggak yang belum diselesaikan. Lebih teruk kenderaan boleh dikenakan sita.

2. Tiada cover insurans

Kenderaan anda juga pasti tidak dilindungi sebarang insurans. Jika dilindungi insurans tanpa roadtax dan berlaku kemalangan, claim insuran tidak boleh diluluskan.

3. Claim perlu dibuat sendiri oleh kenderaan yang terlibat

Risiko kepada kereta atau motor lain kerana anda tidak dilindungi insuran. Jika kemalangan disebabkan oleh anda, maka claim tidak boleh dibuat ke atas kenderaan anda.

Ini akan memberikan kerugian kepada kenderaan yang terlibat kerana mereka perlu membuat claim kereta sendiri.

kesan tidak renew roadtax
Kesan tidak renew roadtax

Kesan tidak renew roadtax jika tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut

Antara kesan tidak renew roadtax bagi pemilik yang tidak lagi menggunakan kereta atau motor tersebut adalah seperti :

1. Kereta atau motor tersadai

Kesan jangka panjang akibat dari tidak renew roadtax adalah semestinya kenderaan tersebut akan tersadai.

Bilangan kereta tersadai akan bertambah dari tahun ke tahun atas sebab tidak renew roadtax dan tidak boleh lagi menggunakan kereta atau motor tersebut.

2. Kerosakan kenderaan lebih teruk

Walaupun ianya hanya terletak di rumah, jika ianya mempunyai roadtax pasti kenderaan tersebut masih boleh digunakan lagi bagi kegunaan jarak dekat seperti pergi ke kedai.

Jika hanya dibiarkan tidak renew roadtax, ini akan memberi kesan kerosakan kereta atau motor lebih teruk dan bermacam-macam kerosakan lain bakal timbul.

Cara nak baiki dari kesan tidak renew roadtax

1. Perlu menjalani pemeriksaan puspakom

Jika telah melebihi 3 tahun dari tempoh LKM atau Lesen Kenderaan Motor atau roadtax atau cukai jalan ini tidak di renew, maka anda wajib menjalani pemeriksaan puspakom.

Disebabkan oleh kereta atau motor anda ada kemungkinan besar tidak digunakan, maka pemeriksaan ini adalah diwajibkan atas faktor keselamatan anda sebagai pemandu serta pemandu lain yang berada di atas jalan raya.

2. Selesaikan saman blacklist

Jika anda tidak dapat renew roadtax disebabkan saman, adalah dinasihatkan untuk selesaikan saman blacklist sahaja terlebih dahulu.

Kadang-kadang jika anda mempunyai 10 saman, namun hanya terdapat 1 sahaja saman blacklist. Jadi, selesaikan 1 saman blacklist tersebut. Kemudian, renew roadtax kenderaan anda sebaik sahaja saman blacklist itu dah clear.

Namun, jangan dilupai 9 saman baki tadi. Hal ini kerana, 9 saman tadi bakal bertukar status kepada blacklist mengikut tempohnya.

Justeru, anda dapat elakkan masalah saman yang sama pada tahun hadapan berlaku kepada anda.

Leave a Reply