Insurans kereta sambung bayar

Insurans kereta sambung bayar. Adakah terdapat perlindungan insurans kepada anda yang membeli kereta sambung bayar ?

Adakah terdapat risiko yang perlu anda hadapi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Ianya terbahagi kepada 2 pihak iaitu pembeli dan juga pemilik kereta.

Apakah syarat yang perlu pembeli serta pemilik kereta ambil kira supaya sebarang risiko dari pelbagai sudut dapat dielakkan ?

Bagaimanakah status insurans kereta sambung bayar sebaik sahaja anda membuat renew setiap tahun ? Siapakah yang perlu menanggung duit untuk insurans kereta sambung bayar ?

Apakah itu kereta sambung bayar ?

Kereta sambung bayar merupakan satu proses pembelian antara pembeli dengan pemilik kereta. Namun, pembelian ini dikira masih lagi belum sah oleh kerana bayaran bulanan kereta tersebut masih lagi belum selesai dengan pihak bank.

Ini bermakna, kereta diserahkan kepada pembeli oleh pemilik dengan secara bayaran bulanan disambung bayar oleh pembeli baru. Dalam masa yang sama pembeli menggunakan kereta tersebut.

Kebanyakkan kes kereta sambung ini diutamakan kepada ahli keluarga terdekat. Hal ini kerana, akan terdapat risiko kepada pemilik kereta kerana pembeli sambung bayar belum lagi menjadi pemilik yang sah.

Segala perkara yang akan berlaku adalah masih di bawah tanggungjawab pemilik kereta. Jadi, pentingnya untuk anda tahu insurans kereta sambung bayar ini.

Apakah itu insurans kereta sambung bayar ?

Insurans kereta sambung bayar adalah sama seperti insurans kereta yang memberi perlindungan mengikut jenis insurans yang diambil.

Jika kereta tersebut mengambil insurans first party, maka segala claim kemalangan boleh dibuat mengikut berapa nilai yang dilindungi.

Manakala, jika ambil insurans third party, maka risiko adalah terletak di atas penama pemilik kereta yang masih didalam insurans walaupun pembeli yang mengakibatkan kemalangan.

Disinilah risiko ncd di atas nama pemilik kereta akan terganggu walaupun insurans kereta yang anda ambil itu first party mahupun 3rd party jika didapati bersalah menyebabkan kerosakan kereta lain.

Siapakah yang perlu keluarkan duit setiap tahun bagi renew insurans kereta sambung bayar ?

Sebaik sahaja kereta diserahkan kepada pengguna iaitu pembeli yang membayar setiap bulan loan kereta tersebut. Maka renew insurans kereta sambung bayar setiap tahun juga perlu ditanggung oleh pembeli tersebut.

Walaupun insurans kereta sambung bayar tersebut masih tertulis atas nama pemilik kereta oleh kerana tukar nama kereta belum lagi dibuat disebabkan loan bulanan belum selesai.

Tambahan pula, semasa nak hidupkan insurans kereta sambung bayar tidak memerlukan pemilik kereta. Pembeli tersebut boleh renew insurans kereta sambung bayar tersebut sebagai wakil kepada pemilik kereta terkini.

Bagaimana sekiranya terjadi kemalangan dan perlu membuat claim insurans kereta sambung bayar ?

Proses bagi membuat claim memerlukan tandatangan pemilik kereta. Disebabkan itulah adalah sangat digalakkan untuk menjual kereta tersebut hanya kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Hal ini supaya proses claim dapat dijayakan dan dalam masa yang sama dalam pengetahuan pemilik kereta yang masih berhak mengambil tahu tentang sebarang kemalangan.

insurans kereta sambung bayar
Insurans kereta sambung bayar

Leave a Reply