Renew insurans kereta di perodua

Renew insurans kereta di perodua. Apakah kelebihan dan kekurangan sekiranya anda renew insurans kereta di perodua ? Adakah menjadi kewajipan untuk renew insurans kereta di perodua tersebut ?

Kepada anda yang memiliki kereta jenama perodua sudah pasti mengiginkan servis yang terbaik dalam setiap perkara berkaitan dengan kereta anda.

Artikel ini bukan sahaja ditujukan kepada pemilik kereta perodua, malah kepada pemilik atau pembeli kereta jenama lain di negara kita.

Namun bukan bermakna jika anda renew insurans kereta di tempat lain tidak memberikan apa-apa manfaat kepada anda.

Adakah wajib untuk anda renew insurans kereta di perodua ?

Sejujurnya, anda dibolehkan untuk renew insurans kereta dimana-mana sahaja walaupun anda membeli kereta perodua tersebut di kedai kereta perodua (perodua dealer).

Ada pemilik kereta berasa risau sekiranya renew insurans kereta di tempat lain. Apa-apa yang akan jadi, pasti sebarang tuntutan claim insurans tidak boleh dibuat di perodua.

Hal ini demikian, merupakan mitos dan tidak benar semata. Namun, renew insurans kereta di perodua mempunyai kelebihannya tersendiri.

Anda yang dah biasa renew insurans kereta di perodua pasti tahu apakah kelebihan yang bakal anda dapat seiring dengan bayaran yang dibuat.

Apakah kelebihan renew insurans kereta di perodua ?

Siapa yang dah biasa berurusan renew insurans kereta di perodua pasti akan tahu servis yang mereka berikan.

Selalunya anda akan terus deal dengan penjual kereta anda sebelum ini. Sebulan sebelum insurans kereta anda tamat, mereka akan memberikan quotation atau anggaran harga insurans kereta anda pada tahun ini.

Servis semasa membeli kereta dan servis renew insurans kereta pasti anda akan berpuas hati. Lebih-lebih lagi dengan orang yang sama anda membeli kereta perodua tersebut.

Bermula dari mereka akan mengigatkan tarikh insurans kereta anda bakal tamat hinggalah anda berjaya renew insurans kereta itu selesai.

Bukan sahaja selesai disitu, sepanjang tahun tersebut akan boleh bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan tentang insurans kereta anda.

Malah, jika berlaku kemalangan, mereka turut akan menguruskan dari A hingga Z claim insurans kereta anda sehingga kereta anda selesai dibaiki.

Bagaimanakah dengan kekurangan renew insurans kereta di perodua ?

Hanya terdapat sedikit kekurangan anda renew insurans kereta di perodua ini. Jika anda renew insurans kereta di perodua, anda tidak mempunyai banyak pilihan syarikat insurans.

Pihak perodua akan menguruskan dengan terus memberikan harga insurans kereta kepada anda. Anda akan perasan harga insurans kereta tersebut akan tinggi sedikit.

Hal ini kerana, cover insurans kereta yang dibuat adalah merupakan agreed value. Cover agreed value memberikan kelebihan, namun, merupakan kekurangan bagi sesiapa yang mempunyai budget insurans kereta yang agak tipis.

renew insurans kereta di perodua
Renew insurans kereta di Perodua

Leave a Reply