Macam mana nak tahu harga insurans kereta ?

Macam mana nak tahu harga insurans kereta. Bagaimanakah cara untuk anda dapatkan harga insurans kereta yang sudah tentunya ini merupakan tahun pertama bagi anda ?

Malah, sekiranya ini bukan tahun pertama buat anda yang ingin hidupkan insuran kereta boleh mengikuti artikel ini sehingga selesai bagi mengetahui senarai tempat yang boleh anda dapatkan harga insurans kereta.

Menghidupkan insurans kereta merupakan satu tanggungjawab bagi setiap pemilik kereta. Hal ini demikian, kereta yang berada di atas jalan raya diwajibkan untuk mempunyai perlindungan kemalangan jalan raya.

Hal ini juga merupakan salah satu initiatif terbaik bagi anda yang menjadi mangsa kerosakan kereta disebabkan oleh sesebuah kejadian kemalangan.

Bayangkan sekiranya tiada sebarang perlindungan insurans kereta, anda perlu mengeluarkan jumlah duit yang agak tinggi berdasarkan kerosakan kemalangan yang dialami kereta anda.

Macam mana nak tahu harga insurans kereta untuk setiap tahun ?

Harga insuran kereta tidak sama seperti harga roadtax kereta. Jika dibandingkan harga roadtax kereta merupakan nilai harga yang tetap.

Namun, sebaliknya bagi harga insurans kereta pula. Harga bagi setiap insurans kereta adalah berbeza mengikut faktor-faktor yang diambil kira oleh sesebuah syarikat insurans itu sendiri.

Malah, setiap kelebihan yang bakal diterima juga mempengaruhi tinggi atau rendahnya harga insurans kereta yang perlu anda bayar.

Terdapat 3 aspek penting yang merupakan antara yang mempengaruhi sesebuah harga insurans kereta anda berbeza setiap tahun seperti :

  • Market kereta tahunan anda pada tahun ini.
  • NCD yang diterima oleh anda.
  • Perlindungan tambahan seperti cermin kereta (Windscreen cover), pampasan dan perlindungan hospitaliti (PA cover) atau bencana alam (Perils cover).

Macam mana nak tahu harga insurans kereta berdasarkan tempat buat insurans ?

Ada beberapa tempat untuk anda tahu harga insurans kereta pada tahun ini iaitu :

1. Branch syarikat insurans

Anda boleh mendapatkan harga insurans kereta dengan hadirkan diri ke branch syarikat insurans. Boleh dikatakan di setiap negeri mempunyai branch syarikat insurans.

Contohnya anda ingin membuat insurans etiqa takaful. Anda boleh merujuk branch etiqa takaful di bandar berdekatan anda.

Jangan keliru branch syarikat insurans dengan agent insurans ya.

2. Agent insurans

Namun, di setiap pekan mempunyai agent insurans yang berdaftar di bawah beberapa syarikat insurans secara sah.

Agent insurans kita boleh kenal pasti dengan melihat papan tanda (signboard) yang diletakkan di hadapan kedai mereka.

Setiap agent insurans mempunyai beberapa insurans syarikat yang telah mereka daftar. Contohnya, kurnia insurans serta zurich insurans.

Namun, jangan tersilap mereka hanyalah agent insurans, bukan branch syarikat insurans. Akan tetapi, untuk anda yang ingin membeli insurans kereta di salah satu tempat ini adalah dibolehkan.

3. Dapatkan harga insurans kereta secara online

Quotation atau anggaran harga insurans kereta boleh anda dapati hanya secara online. Sekiranya anda bersetuju, anda juga boleh terus membeli insurans kereta anda dengan membuat pembayaran secara terus.

Proses pembelian insurans kereta anda perlu anda kenalpasti terlebih dahulu adakah website tersebut betul-betul menyediakan penjualan insurans kereta secara sah.

Buat sedikit kajian dengan mengenal pasti nombor pendaftaran atau dapatkan nombor telefon website tersebut bagi membuat panggilan tanda ianya adalah agent sah.

Jika anda sudah sahkan perkara tersebut, anda sedikit sebanyak yakin dengan website yang menyediakan harga insurans kereta tersebut.

macam mana nak tahu harga insurans kereta
Macam mana nak tahu harga insurans kereta


Posted

in

by

Tags: