Renew insurans kereta lebih 20 tahun

Renew insurans kereta lebih 20 tahun. Bagaimanakah cara untuk anda renew insuran kereta lebih 20 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan oleh kilang ?

Sebelum untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlulah memastikan bahawa kereta anda ingin menghidupkan insurans kereta jenis apa.

Adakah anda berhasrat membuat insurans kereta first party atau 3rd party kebakaran dan kecurian (3rd party fire and theft) atau 3rd party 0 yang tanpa sebarang perlindungan langsung ?

Namun, pilihan ini bergantung juga kepada tempoh tahun limit maksimum kereta anda. Lain syarikat lain syarat yang ditetapkan oleh mereka.

Insurans untuk kereta lebih 20 tahun

Insurance kereta lebih 20 tahun boleh dikategorikan sebagai kereta yang agak lama berada di atas jalan raya.

Hal ini demikian, syarikat insurans kereta ingin mengurangkan sedikit risiko disebabkan oleh faktor statistik kemalangan yang kerap berlaku kepada kereta lebih 20 tahun ini.

Namun, anda sebagai pemilik kereta lebih 20 tahun ini tidak perlu risau. Terdapat beberapa syarikat insuran kereta yang memberikan perlindungan cover insurans kereta first party hingga umur kereta anda berusia 25 tahun.

Antara syarikat insurans kereta tersebut adalah Kurnia Insurans. Ia juga tertakluk kepada perubahan semasa serta faktor lain atas sebab tertentu.

Anda juga perlu rajin untuk membuat survey dari satu syarikat ke syarikat insurans yang lain. Bergantung juga sekiranya masih diberikan peluang untuk anda hidupkan insurans kereta first party.

Kenapa kereta insurans untuk kereta lebih 20 tahun tidak boleh membuat first party ?

Hal ini adalah disebabkan tawaran yang diberikan bagi setiap syarikat insuran kereta itu berlainan dari syarikat insurans kereta yang lain.

Terdapat syarikat insurans kereta meletakkan syarat hanya maksimum 20 tahun sahaja boleh untuk anda buat insuran kereta first party.

Jika sudah masuk tahun ke 21 dan seterusnya, maka pilihan hanya bagi jenis insurans kereta 3rd party fire and theft serta 3rd party 0 sahaja.

Akan tetapi, jika anda hanya nakkan syarikat insuran kereta yang sama dan tidak mahu mengubah kepada syarikat insuran lain, tidak mengapa untuk membuat 2 insurans 3rd party itu.

Dengan syarat anda perlu memandu dengan lebih berhemah dan berhati-hati. Sekiranya berlaku kemalangan, pastikan anda adalah bukan punca kepada kemalangan tersebut.

Jika didapati kereta lain yang melanggar kereta anda, anda boleh membuat claim insuran kemalangan menggunakan insurans kereta yang bersalah tersebut.

Renew insurans online kereta lebih 20 tahun

Adakah boleh untuk anda renew insurans online kereta lebih 20 tahun ? Sebenarnya anda yang memiliki kereta lebih 20 tahun semestinya dibolehkan untuk renew insuran secara online.

Lebih-lebih lagi buat permulaan bagi anda yang ingin ketahui harga insuran kereta terlebih dahulu dan ingin mengetahui adakah insurans kereta first party boleh dibuat.

Survey harga insuran kereta adalah sangat digalakkan kepada anda. Hal ini supaya, anda sudah tahu syarikat insuran manakah yang memberikan harga dan jenis insurans yang sesuai.

Adalah tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya anda hanya ingin survey harga insuran kereta. Jika beli dan renew insurans online kereta lebih 20 tahun adalah lebih baik sekiranya anda menjumpai harga paling terbaik seiring dengan kelebihan yang diberikan.

renew insurans kereta lebih 20 tahun
Renew insurans kereta lebih 20 tahun

Leave a Reply