Harga roadtax dan insurans kereta kancil

Harga roadtax dan insurans kereta kancil. Berapakah bagi sesebuah harga roadtax kereta serta harga insuran kereta untuk kereta kancil yang bakal atau baru anda miliki sekarang ?

Sejak keluaran dari kilang perodua kancil ini menjadi kereta paling laris dijual di pasaran tempatan negara kita.

Hampir 600,000 unit telah terjual sepanjang ianya mula dijual. Tidak hairan sekiranya kereta kancil ini masih berada di atas jalan raya dan masih dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Kereta kancil dijadikan pilihan sebagai pengangkutan secara dekat. Penjimatan minyak kereta ini sangat mengagumkan kerana kesan dari saiznya yang kecil serta beratnya yang ringan.

Malah, terdapat 2 jenis enjin berjaya dipasarkan iaitu 660cc serta 850cc. Kalau teringat zaman dahulu, isi minyak RM20 pun boleh penuh tangki minyak kereta kancil ini.

Dengan enjinnya yang sesuai, membantu ianya bergerak jauh dengan kadar minyak yang rendah. Serta menjadikan permintaan kereta kancil ini tinggi dan dicari semula oleh golongan yang berminat.

Namun, adakah harga roadtax dan insurans kereta kancil ini juga turut memberi kesan kepada penjimatan kepada anda ? Mari kita bincangkan roadtax kereta kancil terlebih dahulu.

Harga roadtax kereta kancil 660

Setiap dari anda yang memiliki kereta kancil perlu memastikan dahulu berapakah cc enjin kereta anda. Untuk harga roadtax kereta kancil 660 adalah berjumlah sebanyak RM20 sahaja untuk 1 tahun anda hidupkan cukai jalan kereta ini.

Harga roadtax kereta kancil ini adalah belum termasuk harga insurans kereta kancil ini.

Harga roadtax kereta kancil 850

Manakala, bagi anda yang menggunakan model kancil 850, harga roadtax kereta kancil 850 anda adalah berjumlah RM20 juga bagi setiap 12 bulan ianya di renew.

Kereta-kereta kancil yang tidak membuat ubahsuaian terutamanya dari segi enjin boleh anda ketahui harga roadtaxnya.

Ianya lebih mudah untuk kereta kancil standard tanpa anda usik pada bahagian enjin kereta kancil ini.

Berapakah harga roadtax dan insurans kereta kancil secara anggaran ?

Sekiranya anda ingin membeli atau baru pertama kali nak renew roadtax dan insurans kereta kancil ini, anda perlu tahu anggaran harganya.

Kebanyakkan kalau nak harga roadtax dan insurans kereta kancil secara keseluruhannya murah, anda boleh membeli insurans 3rd party 0 atau 3rd party fire and theft.

Harga anggaran untuk rujukan anda bagi kereta perodua kancil ini adalah :

Jenis insurans kereta kancilHarga roadtax dan insurans kereta kancil (Jumlah)
1st partyRM330 hingga RM600
3rd party fire and theftRM270 hingga RM450
3rd party 0RM220 hingga RM300
Harga roadtax dan insurans kereta kancil

Harga roadtax dan insurans kereta kancil di atas merupakan anggaran yang membezakan dari segi NCD 0% serta NCD 55%.

Jika anda tidak mengalihkan NCD dari kereta lain, maka NCD anda adalah 0%. Manakala, jika anda mengalihkan NCD 55% dari kereta lain ke kereta kancil yang anda baru beli, maka semakin rendah jumlah harga roadtax dan insurans kereta kancil anda.

harga roadtax dan insurans kereta kancil
Harga roadtax dan insurans kereta kancil

One comment

Leave a Reply