Harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5

Harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 . Berapakah kadar harga roadtax kereta yang sepatutnya anda wajib bayar bagi tempoh tertentu terutamanya jika anda menggunakan kereta proton wira ini ?

Pada waktu sekarang ini masih ramai yang memiliki kereta wira yang merupakan keluaran dari proton iaitu produk tempatan di negara kita sendiri.

Kereta-kereta wira ini sudah ramai yang mencari balik untuk memilikinya sebagai koleksi disebabkan oleh kualitinya yang baik.

Bayangkan walaupun sudah 20 tahun keluarannya, ia masih menjadi pilihan anak muda walaupun ianya sudah direnovasi dari segi enjinnya.

Disebabkan kualiti, ianya masih menjadi kegilaan ramai. Serta sparepart yang murah dan mudah didapati sangat sesuai walau dimana sahaja anda berada.

Namun, di artikel ini kita turut nak kupas tentang harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5 adakah ianya turut boleh didengar atau sebaliknya.

Berapakah harga roadtax kereta wira 1.5 sebenarnya ?

Keluaran kereta wira didatangi dengan perbezaan 2 jenis cc enjin. Untuk cc enjin 1.5cc, ia merupakan cc enjin yang agak besar suatu ketika dahulu semasa ianya dipasaran tempatan.

Harga roadtax kereta wira 1.5 adalah berjumlah RM90 sahaja. Namun, jika anda sudah membuat endorsmen bagi tukar enjin kereta dengan menaik taraf kepada 1.8cc, ianya tidak sama lagi dari segi harga roadtax roadtax ini.

Tetapi, sekiranya anda masih mengekalkan ianya standard dengan enjin kereta wira 1.5cc, maka harga roadtax kereta wira anda akan kekal sama dari dahulu sehingga sekarang.

Namun, ia adalah tertakluk kepada perubahan semasa yang dibuat oleh pihak Jpj itu sendiri.

Berapakah harga insuran kereta wira 1.5 ?

Seterusnya bagi harga insuran kereta wira 1.5 ini adalah berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor antaranya seperti :

  • Umur pemilik kereta wira
  • Peratusan Ncd semasa pemilik kereta wira
  • Jenis insuran yang dibeli seperti first party atau third party ataupun third party fire anda theft.

Namun, aku akan berikan harga insuran kereta wira 1.5 kepada yang baru nak memiliki kereta ini. Serta kebergantungan kepada peratusan NCD dan jenis insurans yang dibeli.

Rujuk anggaran harga insuran kereta wira 1.5 seperti di bawah :

Perkara yang membezakan
harga insuran kereta wira 1.5
Harga insuran kereta wira 1.5
NCD 0% dan insuran kereta first partyRM700 hingga RM800 sahaja
NCD 55% dan insuran kereta first partyRM300 hingga RM400 sahaja
NCD 0% dan insuran kereta third partyRM400 hingga RM500 sahaja
NCD 55% dan insuran kereta third partyRM200 hingga RM300 sahaja
Harga insuran kereta wira 1.5

Berapakah harga roadtax kereta wira 1.3 ?

Manakala, pilihan lain jika anda membeli kereta wira yang mempunyai kapasiti enjin 1.3cc mempunyai perbezaan dari segi harga roadtax kereta dibandingkan harga roadtax kereta wira 1.5 seperti di atas.

Rangka kereta wira ini adalah sama, namun, bezanya hanyalah berapa besarkah keupayaan enjin kereta yang dimasukkan.

Harga roadtax kereta wira 1.3 adalah berjumlah sebanyak RM70 sahaja untuk 12 bulan atau 1 tahun cukai jalan ini dihidupkan.

harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5
Harga roadtax dan insurans kereta wira 1.5

One comment

Leave a Reply