Jangka hayat bateri kereta basah

jangka hayat bateri kereta basah
Jangka hayat bateri kereta basah

Jangka hayat bateri kereta basah. Berapa lamakah bagi sesebuah bateri kereta terutamanya bateri kereta basah untuk bertahan apabila anda memilihnya dalam pemanduan harian anda ?

Tidak semestinya bagi harian, namun, apakah manfaat serta kekurangan bagi sesebuah kereta tersebut sekiranya hanya digunakan seminggu sekali atau sebulan sekali ?

Ketahui tempoh jangka hayat bateri basah kereta sebelum anda bersetuju untuk menukarnya kepada yang baru jika anda tiada sebarang pengalaman.

Bagi yang dah pernah dan sedang menggunakannya, tentu sedikit sebanyak memberikan kesan yang baik dan juga buruk telah anda merasainya sendiri.

Baca juga : Jangka hayat bateri kereta

Berapa lamakah jangka hayat bateri basah kereta ini ?

Sejujurnya, aku sendiri pada tahun ini menggunakan bateri kereta basah ini. Antara sebab aku tukar kepada bateri kereta basah ini adalah kerana recommend dari rakan aku sendiri yang berpuas hati menggunakan bateri basah kereta.

Sepanjang penggunaan aku setakat ini memang tidak memberi sebarang masalah langsung. Kecuali ada sekali sahaja aku terlupa untuk maintain air bateri kereta tersebut.

Nasib baik juga air bateri kereta aku telah sediakan dalam bonet belakang kereta. Jangka hayat bateri basah kereta berdasarkan penjagaan yang rapi dan berkala adalah boleh bertahan sehingga 3 tahun.

Tempoh tersebut merupakan purata kebanyakkan dari rakan aku sendiri menggunakannnya. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya anda menjaganya lebih baik.

Apakah punca kepada jangka hayat bateri basah tidak bertahan untuk tempoh yang lama ?

Penjagaan yang berkala perlu dibuat kepada setiap pemilik kereta yang menggunakan bateri kereta basah (wet battery).

Takat air bateri perlu di maintain supaya ianya tidak berkurang. Hal ini memainkan peranan yang sangat penting kepada sesebuah bateri basah kereta.

Lebih-lebih lagi kepada jangka hayat bateri basah supaya bertahan lama dan bertenaga. Jika anda tidak menjaganya dengan baik, sudah tentu jangka hayat bateri kereta sel basah ini akan cepat kong.

Kesesuaian bagi anda yang menggunakan bateri kereta basah perlu menitik beratkan bateri kereta adalah lebih kepada anda yang rajin membuka bonet hadapan dan maintainnya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Jangka hayat bateri kereta basah”

Leave a Reply