Harga cukai jalan motosikal

harga cukai jalan motosikal
Harga cukai jalan motosikal

Harga cukai jalan motosikal. Apakah harga roadtax motor yang sesuai berdasarkan jenis motor yang digunakan oleh anda seharian atau pun secara berkala ?

Adakah harga cukai jalan motosikal boleh anda dapatkan secara murah kerana ianya jarang sekali digunakan di atas jalan raya ?

Bagaimanakah caranya untuk tahu harga cukai jalan motosikal ? Adakah harga cukai jalan motosikal berubah-ubah setiap tahun ?

Harga roadtax motor rs150

Bagi anda yang menggunakan motor jenis honda rs150 adalah wajib mengetahui harga roadtax motor rs150 sebaik sahaja nak masuk tahun pertama membeli dan menggunakannya.

Tidak kira walaupun motor rs150 ini anda gunakan sebagai ke tempat kerja secara harian mahupun hujung minggu untuk aktiviti ride, ianya perlu dibayar dengan harga cukai jalan motosikal yang sama.

Harga roadtax motor rs150 hanyalah sebanyak rm2 sahaja untuk 12 bulan atau 1 tahun ianya dihidupkan.

Harga roadtax motor 150cc

Ada beberapa istilah bagi motor yang mempunyai cc enjin sebanyak 150cc ini. Cara paling senang untuk anda rujuk adalah dengan melihat sendiri pada geran motor anda berapakah jumlah cc enjin yang tertulis.

Adakah ianya 150cc ke bawah atau tepat 150cc atau pun melebihi 150 ke atas ? Walaupun berbeza 1 cc, ia tetap akan membezakan harga cukai jalan motosikal anda.

Jika harga roadtax motor 150cc ke bawah contohnya 148cc, harganya adalah sebanyak rm2 untuk 1 tahun. Manakala, jika tepat pada 150cc, harga roadtax motor 150cc itu juga adalah berjumlah rm2 bagi 12 bulan.

Namun, bagi harga roadtax motor 150cc yang tertulis dalam geran 151cc, ianya sudah termasuk dalam harga sebanyak rm20 untuk 12 bulan.

Harga roadtax 250cc

Manakala juga bagi anda yang memiliki sebuah motosikal beralih ke arah cc enjin yang lebih besar sedikit iaitu sebanyak 250cc perlu membayar harga roadtax 250cc berjumlah rm50 sahaja.

Motor-motor yang mem[unyai cc enjin 250cc ini antaranya adalah yamaha r25, kawasaki ninja 250R dan lain-lain lagi.

Harga cukai jalan motosikal ini kalau kita gunakan sebaiknya memang berbaloi. Tetapi jika lebih banyak parking di rumah, jumlah harganya agak besar.

Harga roadtax motor 800cc

Contoh motosikal mempunyai 800cc di negara kita adalah kawasaki z800 dan juga bmw f800r untuk motor touring.

Harga roadtax motor 800cc ini hanya berjumlah sebanyak rm250 sahaja untuk 12 bulan. Kerap kali harga cukai jalan motosikal begini berbaloi untuk dihidupkan setiap tahun kerana ianya digunakan untuk perjalanan yang jauh dalam masa yang sama memberi keselesaan.

Harga roadtax motor 1200cc

Maximum bagi harga cukai jalan motosikal adalah sebanyak rm350 untuk setahun. Ianya adalah mengikut cc enjin motor yang bermula 801cc dan ke atas.

Justeru, harga roadtax motor 1200cc ini anda boleh ketahui ianya telah melebihi had maksimum bagi motosikal berenjin besar iaitu berjumlah rm350 sahaja dan rm175 untuk 6 bulan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga cukai jalan motosikal”

  1. […] Harga cukai jalan motosikal yang rendah atau tinggi itu belakang cerita yang penting kita nak tahu terlebih dahulu. […]