Bateri kereta saga vvt ? Berapakah saiz dan harga ?

Bateri kereta saga vvt . Berapakah sepatutnya saiz dan harga bateri kereta saga vvt atau dikenali sebagai kereta saga pertama menggunakan cvt ini ?

Tapi sebelum nak tahu harga bateri kereta saga vvt ini, anda wajiblah mengetahui adakah benar model kereta anda merupakan kereta proton saga vvt ?

Apakah saiz sebenar bateri kereta saga vvt yang sesuai untuk anda gunakan sebelum pergi membelinya sendiri di kedai bateri kereta.

Atau anda boleh sahaja pergi ke kedai bateri kereta sekiranya anda sudah mendapati bateri kereta anda tersebut hampir-hampir nak tamat tempoh atau berkeadaan sudah lemah.

Pengalaman aku sendiri tukar bateri kereta saga vvt

Perkongsian di bawah merupakan pengalaman aku sendiri tukar bateri kereta saga vvt yang aku miliki sejak tahun 2018. Tahun ini telah masuk kali ke 2 bateri kereta saga vvt aku kong atau tamat.

Tahun pertama tukar bateri kereta saga vvt

Kali pertama bateri kereta kong sewaktu pagi-pagi nak pergi ke tempat kerja. Kereta saga masa tu baru aku pakai dalam 1 tahun setengah. Kiranya hampir masuk tahun ke 2.

Bila nak start pada waktu pagi tu memang taknak hidup langsung. Aku pun membuka dan melihat bonet kereta. Teringat tempoh bateri kereta tersebut.

Nasib menyebelahi aku kerana masih berada di rumah semasa bateri kereta saga vvt aku tu habis. Jadi, aku pergilah ke pekan menggunakan motor.

Tapi sebelum itu aku dah buka siap-siap bateri kereta asal. Dan pergi ke pekan menaiki motor bersama bateri yang sudah kong tersebut.

bateri kereta saga vvt
Gambar 1

Kedai bateri kereta di pekan kebetulan memang baru dibuka. Lalu aku membeli bateri kereta saga vvt yang baru dan bateri lama aku jual pada kedai tersebut dengan harga rm10 sahaja.

Lain kedai bateri kereta lain harga kalau di nak beli bateri lama. Majoriti kedai mengambil bateri lama dengan harga rm10. Ada kedai bateri kereta aku pernah jumpa ia akan membeli bateri kereta lama yang sudah kong dengan harga rm25.

Tahun kedua tukar bateri kereta saga vvt

Untuk tahun kedua pengalaman aku berbeza dari tahun pertama. Kali ini aku dah dapat agak bahawa bateri kereta saga vvt aku tu nak tamat tempoh.

Ada tanda-tanda juga bila nak start kereta pada waktu pagi sampai 2 hingga 3 kali baru boleh dihidupkan. Aku pun terus melihat ke bonet hadapan.

Tarikh yang tertera pada bateri kereta pada waktu itu menandakan telah melebihi 2 tahun. Aku pun ambil langkah untuk terus ke kedai bateri kereta dan tukar di sana tanpa perlu aku cabut bateri yang hampir kong itu.

Tibanya di kedai bateri kereta, orang di kedai tersebut tukar kepada bateri baru. Pembacaan meter bateri lama dan bateri baru ditunjukkan kepada aku supaya dibuktikan bahawa terdapat perbezaan dari segi tenaga kedua bateri kereta tersebut.

Begitu juga, bateri lama aku jual kepada orang kedai bateri tu dengan harga RM10. Jadi, harga bateri kereta saga vvt aku dapat itu jimat RM10 sahaja.

Berapakah harga bateri kereta saga vvt ?

Harga bateri kereta saga vvt yang sebenar aku beli pada tahun pertama dan kedua adalah sama. Hal ini adalah kerana aku menggunakan jenama bateri yang sama iaitu bateri kereta Century.

Sebelum-sebelum ini pengalaman aku sendiri menggunakan bateri kereta jenama Century sangat memuaskan.

Warrantly yang biasanya diberikan 1 tahun. Namun, bila anda gunakan bateri tersebut pasti tidak bermasalah hinggalah tempoh masuk tahun ke 2 iaitu waktu tempoh ianya sudah kong atau tamat tempoh.

Bateri keretaHarga bateri kereta saga vvt
CenturyRM200
Jual bateri lamaRM10
Harga setelah jual bateri lamaRM190
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan harga bateri kereta saga vvt sebelum dan selepas tolak atau jual bateri kereta yang lama.

harga bateri kereta saga vvt
Gambar 2 : Harga bateri kereta saga vvt

Berapakah saiz bateri saga vvt sebenar ?

Saiz bateri kereta saga vvt yang aku beli bagi kedua tahun semenjak 2018 selepas bateri kereta keluaran kilang adalah NS60S.

Nombor pada kod menunjukkan pentingnya dari segi saiz bateri saga vvt ini. Jika anda melihat selain dari 60, contohnya 40, pastinya lebih kecil dari segi saiz tapak untuk letak bateri dalam bonet kereta anda.

Bagi korang yang tak berapa pasti apakah saiz bateri kereta korang, cara nak senang tahu adalah melihat berdasarkan bateri kereta lama.

Jangan risau kedai bateri kereta sudah pasti akan tanya apakah model kereta yang anda gunakan. Mereka sudah mahir tentang saiz bateri kereta yang sesuai jika anda menggunakan kereta selain saga vvt.

Cara tukar bateri kereta saga vvt

  • Sebelum anda nak tukar kepada bateri baru, pastikan anda mengambil gambar bateri kereta yang masih dipasang pada kereta saga vvt anda.
  • Pastikan bahagian positif dan negatif wayar berada sama dengan kedudukan bateri kereta baru yang bakal anda pasang.
  • Cabut bateri kereta saga vvt lama dengan menggunakan spanar boleh laras dan juga playar.
  • Pastikan juga wayar negatif terlebih dahulu dicabut, kemudian barulah wayar positif.
  • Ambil bateri baru kemudian pasangkan pada kedudukan bateri lama dengan betul dengan melihat kedudukan cas positif disebelah kanan, manakala negatif disebelah kiri.
  • Ketatkan pemegang wayar negatif dan positif pada panel bateri yang disediakan.
  • Mulakan start enjin sebaik sahaja bateri lengkap dipasang secara kemas.
  • Selesai.

Gambar bateri kereta saga vvt

gambar bateri kereta saga vvt
Gambar 3

Gambar 3 menunjukkan gambar bateri kereta saga vvt yang dipasang pada bonet kereta. Ianya haruslah diikat semula dengan pengikat besi di atasnya setelah kerja-kerja tukar bateri kereta lama kepada baru selesai dilakukan.

Cara nak check tempoh tamat bateri kereta saga vvt

tempoh tamat bateri kereta saga vvt
Gambar 4

Gambar 4 menunjukkan tarikh tempoh mulanya anda membeli bateri kereta anda. Jadi, cara nak lihat tempoh tamat bateri kereta saga vvt anda adalah kiraan bermula dari tarikh mulanya anda membeli bateri kereta saga vvt itu.

Bateri kereta yang bagus akan tamat tempoh dari 2 tahun hinggalah 2 tahun setengah. Jika merujuk Gambar 4 di atas, ini bermakna tarikh tamat tempoh bateri kereta saga vvt sepatutnya akan berakhir pada bulan 7/2023 hinggalah bulan 1/2024 .


Posted

in

by

Tags: