Harga tukar bateri kereta myvi. Berapakah harga bateri kereta myvi terutamanya bateri basah dan mengikut aku sebagai pembeli yang mengalaminya sendiri di kedai bateri kereta ?
Cerita ini aku nak kongsikan supaya korang boleh dapatkan manfaat sekiranya nak beli bateri kereta untuk kereta myvi.
Bateri kereta myvi aku tu sudah masuk tahun ke 2 yang sebelum ini aku pakai bateri kering. Bila sampai waktu, ianya sudah kong di saat aku berhenti sebentar di petronas highway Sepang arah timur.
Seperti yang aku tahu, aku mempunyai dua pilihan iaitu boleh membeli bateri kereta basah atau pun kering.
Proses tukar bateri kereta ini aku selesaikan sendiri. Kalau nak hantar ke pusat servis perodua, harga bateri kereta myvi di perodua agak perlu anda bayar lebih sedikit.
Namun, aku memilih bateri kereta basah untuk kereta myvi aku tu kerana beberapa sebab yang aku nak kongsikan di bawah.
Ianya bukan sekadar bateri kereta myvi harga, ada sebab lain yang akan aku berikan untuk makluman semua.
Bateri kereta sudah kong bila sampai masanya
Memang sudah aku jangka bateri kereta myvi aku sudah hampir kong dengan beberapa sebab yang aku boleh agak iaitu :
- Bila nak start kereta, kadar elektriknya kita dapat tahu ianya telah lemah. Kebiasaanya bila anda gunakan kereta hari-hari pasti anda tahu bila nak start kereta tu bunyinya macam mana.
- Start enjin kereta buat kali kedua atau seterusnya mungkin kali ke 3 atau ke 4 baru enjin boleh hidup.
- Pada panel meter kereta akan keluar signal tanda bateri kereta menyala sekejap selepas enjin kereta dihidupkan.
- Tempoh waktu bateri kereta sudah melebihi 2 tahun hingga 2 tahun setengah.
Cara nak lihat tempoh bateri kereta
Merujuk Gambar 1 di atas, anda boleh perhatikan terdapat tarikh bilakah tempoh masa anda membeli bateri kereta tersebut.
Tarikh tersebut pastinya akan ditulis pada setiap bateri kereta korang sama ada menggunakan marker permanent, atau guna penanda kekal yang meninggalkan kesan tulisan tarikh pada badan bahagian atas bateri kereta itu.
Dari melihat tempoh inilah aku dapat kenal pasti bahawa bateri kereta myvi aku tu dah melepasi tempoh jangka hayat 2 tahun iaitu dari 19/11/2019 hinggalah pada 03/01/2022.
Penilaian ini sangatlah penting supaya anda tahu tamatnya bateri kereta anda adalah sepenuhnya mengikut tempoh yang betul, bukan dari sebab-sebab lain.
Harga bateri kereta myvi sel kering
Mengikut pengalaman aku sebelum ini, memang betul aku lebih senang menggunakan bateri kereta kering.
Hal ini kerana, cara penjagaannya yang jauh lebih mudah dan ringkas. Namun, tak salah untuk mencuba bateri kereta basah dan merasai pengalaman yang baru.
Dengan harga bateri kering kereta myvi yang turut meningkat sedikit demi sedikit, aku mencuba langkah yang baru membeli bateri basah walaupun ia memerlukan perhatian yang agak lebih sedikit.
Harga bateri kereta myvi sel kering aku kongsikan di Jadual 1 di bawah.
Harga bateri basah kereta myvi yang aku beli
Di saat aku tersadai di RNR Sepang arah timur, aku mendapat bantuan dari salah seorang ahli keluarga aku yang hadir dengan membawa bateri kereta baru.
Sebelum ia hadir, aku membuat panggilan terhadapnya meminta pertolongan untuk membelikan bateri kereta baru sebaik sahaja aku dapat tahu bateri kereta aku tu dah tamat tempoh melalui aku check sendiri seperti di Gambar 1.
Aku sempat membuat panggilan semasa ahli keluargaku membeli bateri kereta baru di salah sebuah kedai bateri kereta di hujung pekan yang menjadi pilihan aku sejak dari dulu lagi.
Saiz bateri kereta yang seusai untuk kereta myvi adalah 40L. Jangan silap ya. Jadi, harga tukar bateri kereta myvi pun mengikut saiznya.
Apa yang aku dapati adalah senarai harga bateri kereta myvi di bawah :
Jenama bateri kereta | Harga bateri kereta |
Century (kering) | RM195 |
Century (basah) | RM175 |
Amaron (kering) | RM220 |
Amaron (basah) | RM200 |
Aku memilih bateri jenama Century (basah) dengan harga RM175 sahaja. Sebenarnya aku boleh dapat harga lebih murah sekiranya aku menjaul bateri lama dengan harga RM10 hingga RM15.
Memandangkan bateri lama ada bersama aku semasa bateri kereta kong, aku beli sahaja dengan harga tersebut dan kemudian baru ke kedai bateri kereta itu semula untuk menjual bateri lama.
Mengapa memilih bateri kereta basah untuk kereta myvi ?
Oleh kerana bateri kereta aku dah kong pada awal bulan, ia agak menjejaskan budget aku kearah yang lain. Dengan itu, aku terus membuat keputusan untuk mengambil bateri kereta jenis Century (basah) kerana harga bateri kereta myvi century adalah berpatutan.
Cara nak maintain bateri kereta basah pun tidaklah susah kerana aku jenis orang yang kadang-kadang akan membuka bonet kereta untuk membuat check up minyak hitam, air coolant dan juga air bateri untuk bateri basah secara berkala.
Bagi anda yang jarang buat check up berkala, anda dinasihatkan supaya membeli bateri kering kerana ia memudahkan anda tanpa perlu membuat maintainance pada takat air bateri.
Harga bateri kereta myvi 1.3 sama ke dengan harga bateri kereta myvi 1.5 ?
Sebenarnya bagi kedua harga bateri kereta myvi 1.3 dan harga bateri kereta myvi se 1.5 adalah boleh digunakan untuk bateri yang sama.
Jadi, harga bateri kereta myvi untuk kedua cc enjin ini merupakan dari jenis bateri kereta yang sama sesuai untuk kegunaannya.
Yang membezakan harga bateri kereta myvi adalah dari segi model keluaran kereta ini. Harga bateri kereta myvi lama datang dari jenis bateri kereta berbeza dibandingkan harga bateri kereta myvi baru.
Model kereta myvi baru seperti kita tahu adalah sejak tahun 2018. Tahun 2017 dan ke bawah merupakan model kereta myvi lama.
Jika anda keliru, pastika anda membuat semakkan terlebih dahulu model kereta myvi anda supaya anda tidak tersalah membeli dengan harga tukar bateri kereta myvi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.