Harga cas bateri kereta di kedai. Cas bateri kereta merupakan langkah ikhtiar atau usaha yang boleh anda lakukan sebelum membeli bateri kereta yang baru.
Di perkongsian ini, aku akan berikan serba sedikit pengetahuan seperti yang aku pernah alami sebaik sahaja mendapati kereta telah lama tidak dihidupkan enjin (tak start).
Atau pun bila sudah sampai masa atau tempoh waktunya bateri kereta itu telah menjadi lemah namun masih boleh diselamatkan lagi dengan cara mengecasnya kembali.
Berapakah lamakah cas bateri kereta perlu dibuat ?Apakah jangka hayat setelah cas bateri kereta dilakukan ? Berapakah harga cas bateri kereta jika dihantar di kedai ?
Harga cas bateri kereta di kedai ?
Sewaktu pengalaman aku sendiri menghantar bateri kereta ke kedai untuk di cas, aku dikenakan bayaran sebanyak hanyak RM5.
Harga cas bateri kereta di kedai tidaklah mahal. Namun, pastinya ia bergantung juga kepada dua faktor iaitu :
- Capacity bateri kereta anda
- Berapa lama anda cas bateri kereta
Harga cas bateri kereta di kedai yang aku hantar tersebut agak murah. Pastikan anda dah tahu anggaran harga cas bateri kereta ini sebelum menghantar ke kedai.
Mungkin harga cas bateri kereta anda boleh juga mencapai RM10 atas faktor-faktor tertentu. Itu tidak mengapa lagi.
Jangan ianya melebihi dari harga RM5-RM10 yang dikongsikan oleh aku ini.
Kedai sesuai untuk cas bateri kereta
Kedai yang patut korang pilih untuk cas bateri kereta boleh dijangka dengan tangapan kasar iaitu mempunyai ciri-ciri tertentu :
- Bengkel baiki kereta
- Kedai sparepart menjual bateri baru
- Kedai servis kereta minyak hitam (minyak enjin)
- Bengkel kedai menjual tayar
Ciri-ciri di atas merupakan salah satu kedai yang boleh anda rujuk dan bertanya sama ada ianya boleh dihantar untuk pengecasan bateri kereta.
Bengkel kereta yang tak mungkin boleh anda cas bateri kereta di kedai tersebut contohnya :
- Kedai tukar cermin kereta
- Bengkel cat kereta
- Kedai tinted kereta
- Kedai menjual kereta terpakai
Tempoh masa pengecasan bateri kereta
Tempoh masa bagi anda nak cas bateri kereta adalah selama 6 hingga 12 jam. Jadi, waktu yang sesuai adalah anda menghantar bateri kereta pada waktu pagi.
Semasa aku hantar cas bateri kereta aku, aku hantar pada pukul 10 pagi dan ambil bateri kereta tersebut pada pukul 5 petang.
Dapat juga dalam 7 jam pengecasahan bateri kereta.
Jangka hayat bateri kereta setelah di cas
Tujuan untuk anda nak cas bateri kereta adalah bagi menambah tempoh jangka hayat bateri kereta anda. Namun, ianya tidak boleh dianggap cas bateri tersebut mampu membuatkan bateri kereta anda bertahan sehingga setahun.
Apa yang aku alami adalah jangka hayat bateri kereta tersebut mampu bertahan dari sebulan hingga ke 3 bulan sahaja.
Biasalah aku nak budget sedikit sebelum dapat kumpul duit untuk beli bateri kereta baru. Jadi, cas bateri kereta merupakan jalan keluar hanya buat sementara bagi aku.
Langkah perlu di ambil semasa menghantar bateri kereta untuk di cas
Aku kongsikan sedikit pengalaman sendiri, sewaktu aku bawa bateri kereta ke satu bengkel kedai kereta ini, lalu orang kedai terus membawa alat untuk membaca Volt (V) meter bateri kereta.
Lalu ia terus mengatakan bateri kereta aku dah kong, bermaksud terus habis.
Aku tak percaya, aku bawa ke kedai kereta lain untuk cas bateri kereta tersebut tanpa membuat check pada bacaan Volt meter.
Bila dah cas sehingga 7 jam, aku bawa pulang bateri kereta tersebut lalu pasang semula pada tempatnya di bonet kereta.
Keputusannya adalah ia masih boleh dihidupkan dengan sekali start. Jadi, aku nak nasihatkan, jika korang nak hantar cas bateri kereta, cuba dulu cas dari 6-12jam.
Tak kiralah berapa bacaan pada Volt meter tersebut, pastinya bateri kereta anda masih mempunyai harapan jika ianya dalam tempoh masa 2 hingga 2 tahun setengah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.