Harga insuran kereta honda city murahkah ?

Harga insuran kereta honda city. Anda baru sahaja membeli kereta model jenama honda city? Adakah ini tahun pertama anda nak hidupkan insuran kereta honda city ?

Di bawah merupakan perkongsian berkenaan harga insuran kereta honda city. Ia bukanlah harga insuran kereta yang tetap. Tetapi ia adalah dalam anggaran harga tersebut.

Tujuan perkongsian ini adalah bagi memudahkan anda membuat budget berkenaan harga insuran kereta honda city. Lebih-lebih lagi bagi yang tahun pertama nak buat insurans kereta sendiri.

Berapa harga insuran kereta honda city ?

Apa yang cuba aku kongsikan ini bukanlah terlalu detail. Aku akan kongsikan harga insuran kereta honda city pada tahun ke 3 setelah memiliki kereta tersebut.

Anda boleh buat anggaran sekiranya anda berada pada tahun ke 1, tahun ke 2 dan juga seterusnya.

Harga insuran kereta honda city yang akan diberikan ini adalah sangat penting supaya anda boleh kaji sendiri atau budget sendiri berapakah duit perlu dibelanjakan.

harga insuran kereta honda city
Jadual 1

Harga insuran kereta honda city 1.5 spec V

Seperti yang anda lihat pada jadual 1 di atas merupakan harga insuran kereta honda city 1.5 tahun 2018 yang juga merupakan spec V adalah sebanyak RM1683.

Akan tetapi tunggu sebentar. Harga tersebut adalah termasuk dengan cover perlindungan cermin windscreen yang ditambah atas permintaan aku sendiri.

Bukan sahaja spec V, spec lain juga adalah lebih kurang dan tidak jauh dari harga ini.

Anda boleh lihat sendiri cover sebanyak RM1500 yang hanya perlu di bayar sebanyak RM225 sahaja.

Ini bermakna sekiranya aku tidak mengambil cover cermin, maka hanya perlu membayar RM1578 setelah cukai tax dikenakan.

Harga insuran kereta honda city ini agak tinggi, boleh ke dapatkan lagi murah ?

Pastinya boleh. Namun, terdapat beberapa kelebihan yang anda perlu letak ke tepi supaya harga insuran jadi lebih rendah.

Tak banyak beza sebenarnya. Contohnya, untuk syarikat Liberty Insurans, anda boleh tidak mengambil All driver yang hanya akan ditolak sebanyak rm20 sahaja.

Manakala, terdapat juga syarikat insurans lain yang jauh memberikan harga lebih murah. Namun, tidak sama sekali mementingkan apa yang diperlukan pelanggan mereka.

Bolehkah semasa buat insurans tersalah masuk jenis spec kereta ?

Jika anda dapati spec yang dimasukkan oleh agent insurans salah, itu adalah tidak mengapa. Hal yang jauh lebih penting adalah market value kereta anda mengikut spec itu adalah tidak jauh dari yang asal.

Permasalahan yang akan berlaku sekiranya market value terlalu rendah adalah semasa anda nak buat claim kemalangan nanti akan menjadi sedikit gangguan.

Namun, ini bagi kes kemalangan besar iaitu bahagian kereta perlu dibaiki adalah besar. Sekiranya pembaik pulihan di bawah RM10,000 , tidak menjadi sebarang masalah untuk membuat claim pada syarikat insurans.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Harga insuran kereta honda city murahkah ?”

  1. […] honda city 1.5cc ini adalah bergantung kepada model apakah yang anda gunakan. Jangan risau tentang harga insuran kereta honda city […]