Harga insuran kereta honda city. Anda baru sahaja membeli kereta model jenama honda city? Adakah ini tahun pertama anda nak hidupkan insuran kereta honda city ?
Di bawah merupakan perkongsian berkenaan harga insuran kereta honda city. Ia bukanlah harga insuran kereta yang tetap seperti harga roadtax honda city. Tetapi ia adalah dalam anggaran harga tersebut.
Tujuan perkongsian ini adalah bagi memudahkan anda membuat budget berkenaan harga insuran kereta honda city. Lebih-lebih lagi bagi yang tahun pertama nak buat insurans kereta sendiri.
Berapa harga insuran kereta honda city ?
Apa yang cuba aku kongsikan ini bukanlah terlalu detail. Aku akan kongsikan harga insuran kereta honda city pada tahun ke 3 setelah memiliki kereta tersebut.
Anda boleh buat anggaran sekiranya anda berada pada tahun ke 1, tahun ke 2 dan juga seterusnya.
Untuk roadtax honda city tidak perlu lagi dinafikan harganya kerana ianya adalah tidak berubah. Roadtax honda city 1.5 adalah berdasarkan cc enjin kereta ini. Yang membuatnya berubah adalah honda city insurance price Malaysia.
Harga insurans kereta honda city yang akan diberikan ini adalah sangat penting supaya anda boleh kaji sendiri atau budget sendiri berapakah duit perlu dibelanjakan.
Secara keseluruhan anda boleh terus mendapatkan honda city road tax and insurance Malaysia.
Harga insuran kereta honda city 1.5 spec V
Seperti yang anda lihat pada jadual 1 di atas merupakan harga insuran kereta honda city 1.5 tahun 2018 yang juga merupakan spec V adalah sebanyak RM1683.
Akan tetapi tunggu sebentar. Harga tersebut adalah termasuk dengan cover perlindungan cermin windscreen yang ditambah atas permintaan aku sendiri.
Bukan sahaja spec V pada insurans kereta honda city, spec lain juga adalah lebih kurang dan tidak jauh dari harga ini.
Anda boleh lihat sendiri cover sebanyak RM1500 untuk cermin kereta honda city yang hanya perlu di bayar sebanyak RM225 sahaja.
Ini bermakna sekiranya aku tidak mengambil cover cermin untuk insurans honda city, maka hanya perlu membayar RM1578 setelah cukai tax dikenakan.
Harga insuran kereta honda city ini agak tinggi, boleh ke dapatkan lagi murah ?
Pastinya boleh. Namun, terdapat beberapa kelebihan yang anda perlu letak ke tepi supaya harga insuran jadi lebih rendah.
Tak banyak beza sebenarnya. Contohnya, untuk syarikat Liberty Insurans, anda boleh tidak mengambil All driver yang hanya akan ditolak sebanyak rm20 sahaja.
Manakala, terdapat juga syarikat insurans lain yang jauh memberikan harga lebih murah. Namun, tidak sama sekali mementingkan apa yang diperlukan pelanggan mereka.
Tambahan pula, honda city insurance price untuk yang sedan pula lebih rendah disebabkan market valuenya lebih rendah pada permulaan dibandingkan insurance honda city hatchback.
Bolehkah semasa buat insurans tersalah masuk jenis spec kereta ?
Jika anda dapati spec yang dimasukkan oleh agent insurans salah, itu adalah tidak mengapa. Hal yang jauh lebih penting adalah market value kereta anda mengikut spec itu adalah tidak jauh dari yang asal.
Permasalahan yang akan berlaku sekiranya market value terlalu rendah adalah semasa anda nak buat claim kemalangan nanti akan menjadi sedikit gangguan.
Namun, ini bagi kes kemalangan besar iaitu bahagian kereta perlu dibaiki adalah besar. Sekiranya pembaik pulihan di bawah RM10,000 , tidak menjadi sebarang masalah untuk membuat claim pada syarikat insurans.
Harga roadtax dan insurans kereta honda city
Untuk pengetahuan anda, harga roadtax dan insurans kereta honda city merupakan satu kombinasi yang berasingan.
Ianya mempunyai harga roadtax dan insurans kereta yang berbeza dan ditambah antara satu dengan lain untuk mendapatkan harga keseluruhan.
Contohnya harga roadtax honda city 1.5 berjumlah RM90, manakala insurance honda city pula bernilai RM1900. Maka, keduanya digabungkan untuk mendapatkan harga roadtax dan insurans kereta honda city.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.