Cara pilih insuran kereta bagaimana ?

Cara pilih insuran kereta. Bagaimanakah cara yang betul dan tepat untuk anda membuat pilihan dalam membeli insuran kereta ?

Apakah ciri-ciri yang penting yang wajib anda ketahui sebelum beli insuran kereta ? Dan adakah ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk kereta anda jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini ?

Beli insurans kereta

Insurans kereta adalah satu kewajipan yang perlu anda beli sebelum dibolehkan membuat roadtax kereta. Tanpa beli insurans kereta, maka proses seterusnya iaitu menghidupkan roadtax kereta tidak akan sesekali dapat diteruskan.

Anda tidak boleh melangkah atau skip buat sementara proses ini. Contohnya adalah orang pernah bertanyakan kepada aku, bolehkan buat roadtax kereta dulu, kemudian barulah dia akan beli insurans kereta.

Hal ini adalah bercanggah dan tidak sah sama sekali kerana penetapan yang ditetapkan pihak JPJ adalah tegas iaitu wajib anda beli insurans kereta terlebih dahulu.

Cara pilih insuran kereta melalui ciri-ciri syarikat insurans kereta

Jika anda ingin membeli insurans kereta, pastikan anda tahu serba sedikit tentang sesebuah syarikat insurans kereta itu.

Cara pilih insuran kereta antaranya adalah dengan mengetahui ciri-ciri syarikat insurans kereta itu sendiri.

Dekat sini anda membuat kenal pastian adakah sesuatu syarikat insurans itu ianya mempunyai cawangannya di Malaysia atau pun tidak.

Syarikat insurans yang menjual insurans kereta adalah dikenali sebagai insurans general.

Pastikan anda memilih syarikat insurans yang tidak mengira ianya berasal dari luar negara atau dalam negara. Yang paling penting sekali ianya didaftarkan di dalam negara kita.

Insurans biasa dan takaful insurans kenderaan

Terdapat beza antara insurans biasa atau dikenali sebagai insurans konvensional dan juga insurans takaful untuk kereta anda.

Anda wajib mengetahui tentang kedua perkara ini supaya anda tahu kemanakah duit insurans anda itu digunakan.

Cara pilih insuran kereta bagi perkara perbezaan takaful dan insurans kereta ini anda boleh skip sekiranya anda tidak pentingkan tentang halal haram dalam sesuatu pelaburan.

Kedua jenis insurans ini memainkan peranan yang sama iaitu memberikan khidmat servis pembaik pulihan kenderaan jika berlaku kemalangan, kebakaran ataupun kecurian.

Akan tetapi jika kita nakkan perkara yang lebih telus, adalah lebih baik memilih takaful dalam pembelian insurans kereta.

Anda boleh membuat sedikit kajian tentang perbezaan insurans dan takaful kenderaan.

Kelebihan yang disediakan pihak syarikat insurans

Perkara ini merupakan senarai yang adalah tersangat wajib anda ambil peduli. Apakah kelebihan-kelebihan yang diberikan oleh syarikat insurans memudahkan urusan anda sekiranya berlaku kemalangan ?

Anda sendiri seharusnya menggunakan pertanyaan ini dalam diri anda sebagai pemilik sebuah kereta. Hal ini kerana, jika berlaku sebarang kemalangan di jalan raya, anda pasti buntu tidak tahu nak buat apa.

Jadi, anda wajib memilih sendiri kelebihan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat insurans supaya kelak anda tidak berlaku kekeliruan lebih-lebih lagi semasa berlakunya kemalangan.

Cara pilih insuran kereta melalui kelebihan yang diberi ini adalah patut anda beri keutamaan.

Cara pilih insuran kereta melalui harga insurans yang ditawarkan

Pastikan harga insurans kereta anda letakkan pada nombor ke 2 dalam pemilihan ini. Ramai daripada kalangan kita sudah terbiasa memilih harga insurans yang jauh lebih murah.

Tidak kiralah apa tawaran sekalipun yang diberikan sesebuah pihak syarikat insuran. Yang penting anda nakkan harga insurans yang murah.

Ini membolehkan kesilapan anda tersedar bila kemalangan berlaku kepada anda. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.

cara pilih insuran kereta

Contohnya, anda beli insuran kereta murah dengan harga market yang paling minimum iaitu dikira sebagai undervalue market.

Apa akan terjadi sekiranya kemalangan melibatkan melebihi dari cover insurans kereta yang telah anda ambil sebelum ini?

Jawapannya adalah anda wajib menambah duit dari poket sendiri sekiranya mahu membaiki kereta tersebut. Minta dijauhkan.

One comment

Leave a Reply