Saiz Wiper Saga Vvt Berapa ?

Saiz wiper saga vvt. Jika anda menggunakan kereta jenis proton saga pastinya anda nak kan jawapan saiz wiper saga vvt manakah yang betul untuk dibeli ?

Kalau salah pilih nanti tak ngam nak pasang pada bahagian wiper saga vvt tu. Terkurang atau terlebih saiz wiper saga vvt boleh mencacatkan pula pandangan dan terutamanya semasa gunakan wiper baru.

Disini aku nak kongsikan sedikit maklumat tentang ukuran wiper saga vvt.

Apakah saiz wiper saga vvt yang sebenar ?

Saiz wiper saga vvt yang betul adalah terdapat dua. Rujuk jadual di bawah :

Saiz wiper saga vvtModel saga lain yang sesuai
17″ dan 21″Saga Blm, Saga Flx, Saga Fl, Saga Fl sv
17″ dan 22″Saga Blm, Saga Flx, Saga Fl, Saga Fl sv
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan setiap kereta proton saga perlu membeli sepasang wiper yang berlainan saiz.

Jika anda lihat pada wiper kereta saga anda, anda tentu dapat bezakan pada bahagian pemandu merupakan iwper bersaiz agak besar berbanding di sebelah kiri pemandu.

Jangan keliru, memang keluaran sepasang saiz wiper saga vvt begitu. Ia juga boleh diguna pakai kepada kereta proton saga model blm, flx, fl dan juga fl sv.

Selain itu, jika anda mempunyai salah satu pilihan sama ada 17″/21″ dan juga 17″/22″ , keduanya adalah boleh digunakan dan sesuai dipasang pada kereta proton saga anda.

Di manakah nak cari wiper saga vvt yang baru ?

Pembelian bagi wiper saga vvt ini boleh dibuat di kedai-kedai aksesori kereta. Macam aku beli dengan saiz wiper saga vvt 17″/22″ ini di mr diy.

Selain itu, anda boleh beli secara online wiper saga vvt. Lebih banyak pilihan boleh anda buat serta memilih jenama yang anda yakin dengan harga yang agak berpatutan.

saiz wiper saga vvt
Size wiper proton saga baru

Berapakah harga bagi wiper saga vvt ini ?

Lebih mudah dan murah sedikit jika anda membeli secara online dibandingkan beli di kedai luar. Kedai diluar agak terhad untuk anda dapatkan jenama yang lebih berkualiti.

Harga bagi wiper saga vvt ini semasa aku beli sekitar rm16-rm17. Bagi aku ianya murah dan kita dapat kualiti yang bagus.

Dinasihatkan supaya anda tidak membeli wiper saga vvt yang sangat murah dan tak masuk akal. Ini kerana barang berkualiti tidak datang dengan harga yang sangat murah.

Apa yang penting adalah anda dah tahu harga yang sesuai bagi size wiper saga vvt yang sebenar dan mudah untuk anda buat rujukan.

Apa kesan jika salah beli saiz wiper saga vvt ?

Jika anda dah tersalah beli kerana pertama kali beli wiper saga vvt ini, maka tukar kepada saiz wiper proton saga vvt yang betul dan sesuai.

Jika saiz wiper saga vvt ini terkurang, ia akan mengecilkan had pandangan semasa memandu di waktu hujan. Ianya agak bahaya jika salah membeli saga vvt wiper size ini.

Manakala, jika terlebih besar dari saiz wiper saga vvt sebenar, ia masih boleh lagi di ubahsuai sedikit dengan memotong lebihan pada getah wiper.

Tentunya anda wajar semak terlebih dahulu saiz wiper saga vvt ini agak tidak salah membuat pilihan. Lebih-lebih lagi wiper kereta anda iaitu saga vvt wiper merupakan elemen penting dan kritikal semasa pemanduan dalam keadaan hujan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply