Renew lesen pejabat pos hari sabtu

Renew lesen pejabat pos hari sabtu. Kebanyakkan dari kita baru tersedar akan tamat tarikh lesen memandu. Sama ada tersedar sebelum tamat atau selepas sahaja ia tamat.

Adalah satu bijak pihak JPJ meletakkan tarikh tamat lesen kita pada tarikh hari lahir. Tetapi ramai daripada kita terlupa akan tahun bila ianya berakhir.

Macam pengalaman aku sendiri, bila dah tiba tarikh lahir, terus aku teringat bila lesen memandu tamat. Padahal aku rasa baru sekejap renew lesen tahun lepas.

Rupa-rupanya sudah 2 tahun lepas aku buat renew lesen pejabat pos. Kebiasaannya aku akan ke pejabat pos untuk hidupkan lesen yang dah mati.

Adakah terdapat renew lesen pejabat pos hari sabtu ?

Sebelum ini aku juga tertanya-tanya akan adakah boleh buat lesen memandu di pejabat pos. Lebih-lebih lagi bila waktu aku cuti hari sabtu.

Untuk pengetahuan semua, terkini renew lesen pejabat pos hari sabtu adalah tidak dibuka. Kecuali, ianya dibuka hanya renew lesen pejabat pos yang terletak di pusat membeli belah.

Pernah anda lihat pejabat pos yang terletak di pusat membeli belah atau mall yang besar? Salah satunya tesco, aeon yang pernah aku lihat.

Pada dulunya memang setiap pejabat pos akan dibuka pada hari sabtu secara separuh hari. Namun, sekarang ianya tidak dibuka pada hari sabtu.

Hal ini kerana, terdapat sedikit perubahan pada waktu operasi mereka.

Usah risau, anda boleh saja hadirkan diri ke pusat membeli belah sambil membawa keluarga, sambil itu dapat menghidupkan lesen memandu pada hari sabtu.

Apakah waktu operasi renew lesen pejabat pos hari sabtu ?

Hari Isnin hingga JumaatHari Sabtu
8.30 pagi hingga 5 petang10 pagi hingga 6 petang
Jadual 1

Pada jadual 1 menunjukkan hari biasa di seluruh semenanjung Malaysia beroperasi pada waktu biasa. Untuk hari sabtu anda hanya boleh perbaharui lesen pejabat pos di mall sehingga jam 6 petang.

Harga renew lesen di pejabat pos

Dari segi harga, adalah seperti biasa anda membayar dengan nilai harga lesen anda mengikut tahun. Macam biasa, caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak rm2 jika anda pemilik kenderaan.

Manakala, jika anda sebagai wakil atau agent nak buat lesen, perlu membayar caj tambahan rm7 bagi setiap lesen yang dikeluarkan.

Harga nak buat lesen pejabat pos hari sabtu di pusat membeli belah adalah sama dengan harga perbaharui lesen di pejabat pos luar.

renew lesen pejabat pos

Tiada sebarang caj lain akan dikenakan selain perkara di atas. Ini bermakna hanya harga lesen ditambah dengan caj perkhidmatan.

Contohnya harga lesen memandu anda untuk 2 tahun berjumlah rm60 dan ditambah caj perkhidmatan anda sebagai pemilik sebanyak rm2. Jumlah keseluruhan renew lesen pejabat pos hanya rm62.

Leave a Reply