Tukar nama kereta ada saman

Tukar nama kereta ada saman. Anda mungkin tertanya-tanya berkenaan adakah kita boleh meneruskan buat tukar nama jika terdapat saman berbaki ?

Adakah saman itu akan kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik baru kereta untuk diselesaikan ? Atau proses tukar nama kereta itu tidak boleh dibuat kerana disebabkan saman berbaki ?

Kalau saman lama oleh pemilik lama kereta tersebut akan ditukar kepada pemilik kereta yang baru, adakah ia suatu perkara yang adil ?

Bolehkah membuat tukar nama kereta jika masih ada saman ?

Jawapannya kepada persoalan di atas adalah ya dan tidak. Teruskan bacaan di bawah untuk mengetahui perkara tersebut.

Tidak boleh bagi anda membuat tukar nama kereta kepada pemilik yang baru selagi mana terdapat sebarang saman senarai hitam atau blacklist (BL).

tukar nama kereta ada saman

Saman blacklist adalah wajib diselesaikan terlebih dahulu kerana ia telah melebihi tempoh waktu yang ditetapkan oleh pihak PDRM atau JPJ.

Boleh dalam situasi anda mempunyai beberapa saman yang masih belum dijelaskan tetapi ia masih belum di status blacklist (BL).

Saman bergantung kepada nombor kad pengenalan

Setiap daripada pemilik kereta akan dikenakan saman terhadap nombor kad pengenalan.

Walaupun pada saman tertera nombor plat kereta, tetapi pihak PDRM dan JPJ masih membenarkan membuat tukaran nama kereta selagi mana tiada sebarang saman blacklist.

Masih ada lagi ke saman terhadap nombor plat kenderaan ?

Saman pada nombor plat kenderaan masih lagi wujud. Namun, ikut pengalaman kami, dinasihatkan supaya anda membuat semakan kepada nombor plat kenderaan tersebut dan juga nombor kad pengenalan pemilik lama.

Pernah terjadi beberapa kes, proses tukar nama boleh dilakukan, tiada sebarang masalah. Tetapi malangnya, roadtax kereta tidak boleh dibuat.

Atas sebab terdapat saman JPJ ke atas nombor plat kereta itu. Jadi, selagi saman itu tidak diselesaikan, maka roadtax anda tidak boleh dikeluarkan.

Di sini, akan menjadi masalah, saman tersebut berlaku semasa pemilik lama menggunakan kereta, tetapi ia boleh melepaskan tanggungjawab tersebut sekiranya nama telah ditukar kepada nama anda sebagai pemilik baru.

Oleh itu, nak atau tidak, saman itu wajib diselesaikan. Selagi tidak diselesaikan, maka tertengguhlah proses keluaran roadtax kereta anda.

Check dulu saman pemilik lama ke atas nombor plat kereta sebelum tukar nama kereta

Perkara ini sangatlah penting. Walaupun proses tukar nama anda telah selesai, namun, bagaimanakah proses buat roadtax kereta itu ?

Ambil langkah awal supaya anda tidak perlu bertanggungjawab ke atas kesalahan orang lain. Cara ini juga dilakukan dari pengalaman rakan-rakan yang mengalami perkara yang sama.

Jadi, proses tukar nama kereta berjalan dengan lancar. Manakala, geran dan roadtax kereta pun siap dibuat sekaligus.

Leave a Reply