Harga roadtax kereta nissan almera. Sebuah lagi kereta untuk keluarga yang saiznya sederhana jumlahnya iaitu nissan almera.
Produk dari jenama popular dari negara jepun ini turut memberikan saingan terhadap kereta 5 seater sedan yang lain seperti honda city serta kereta tempatan.
Tahap keselesaan bila memiliki kereta almera ini adalah di tahap antara yang terbaik. Bila nak jalan jauh tidak risau akan ruang bonet yang tentunya besar.
Kadar prestasi penjimatan minyak kereta almera ini turut antara yang paling jimat pada versinya.
Namun, bagaimanakah dengan harga roadtax kereta untuk nissan almera ini?
Adakah ia turut berbaloi untuk dimiliki dibandingkan saingannya yang lain?
Berapakah harga bagi roadtax kereta nissan almera ?
Berita baik untuk anda yang ingin membeli kereta nissan almera atau baru pertama kali ingin menghidupkan roadtax kereta almera.
Harga bagi roadtax kereta nissan almera hanyalah seperti di bawah :
Tempoh | 6 Bulan | 12 Bulan |
Harga roadtax almera 1.5cc | RM45 | RM90 |
Harga roadtax almera 1.0 Turbo (model baru) | RM10 | RM20 |
Jadual di atas menyatakan harga bagi tempoh roadtax 6 bulan dan juga 1 tahun. Sekiranya tiada sebarang masalah semasa ingin buat roadtax, anda buat roadtax untuk 12 bulan terus.
Bagi pemilik nissan almera yang mempunyai masalah dan terpaksa membuat roadtax 6 bulan, harga hanyalah separuh dari harga penuh roadtax untuk setahun.
Kebiasaan memang boleh hidupkan roadtax 1 tahun terus. Tetapi, jika anda menghadapai situasi seperti kekurangan tempoh insuran, disarankan untuk anda membuat roadtax 6 bulan sahaja dulu.
Akan datang bila roadtax tersebut dah tamat, barulah anda hidupkan roadtax lagi 6 bulan. Tetapi, terlebih dahulu anda diwajibkan menambah waktu insurans.
Waktu insurans yang terkurang wajib ditambah supaya anda boleh menghidupkan roadtax 6 bulan. Kalau insurans ada 5 bulan, roadtax 6 bulan tidak boleh dikeluarkan.
Harga roadtax kereta almera (model baru)
Anda jangan keliru dengan model terbaru nissan almera 1.0 turbo. Jika anda keliru sama ada ianya model lama atau baru, lihat pada cc enjinnya.
Model lama merupakan 1500cc manakala, model baru 1000cc turbo. Sebab itulah harga model baru jauh lebih murah dibandingkan model lama.
Hanya terdapat dua pilihan tempoh roadtax sahaja untuk roadtax kereta ?
Setakat ini, pihak JPJ hanya mengeluarkan roadtax kereta untuk 6 bulan dan 12 sahaja. Jika terkurang atau terlebih tempoh itu, maka, anda hanya mempunyai 2 pilihan tersebut.
Perhatikan tempoh insurans anda juga supaya roadtax anda boleh terus dibuat. Jika tidak mencukupi, anda perlu membuat extend insurans dengan cara pergi ke branch insurans yang sama yang terdapat di setiap negeri.
Contohnya, jika sebelum ini anda membuat insurans Etiqa Takaful, jadi anda wajib ke pejabat branch Etiqa Takaful yang terdapat di negeri anda.
Selepas dah tambah tempoh insurans tersebut, segera hadirkan diri anda ke JPJ terdekat untuk membuat roadtax 6 bulan atau 12 bulan mengikut keadaan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.