Cara bayar roadtax di pejabat pos. Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran jika anda buat roadtax di pejabat pos.
Teknologi terkini membantu anda tanpa menggunakan duit kertas pun boleh membuat pembayaran untuk pembelian apa jenis barangan sekalipun.
Akan tetapi, dalam proses perubahan teknologi dari semasa ke semasa ini memerlukan masa untuk perubahan pembayaran digital ini.
Namun, bagaimanakah proses cara anda nak bayar duit roadtax di pejabat pos? Adakah ia masih memerlukan duit tunai atau cash sahaja?
Jenis cara untuk bayar roadtax di pejabat pos
Beberapa cara pembayaran roadtax yang kita boleh gunakan semasa kita hadirkan diri ke pejabat pos ini.
1. Kad debit untuk bayar roadtax di pejabat pos
Penggunaan kad debit boleh digunakan di pejabat pos untuk anda membayar harga roadtax motor atau roadtax kereta.
Walaupun ianya sekecil rm20 ia boleh digunapakai. Caranya adalah anda membawa kad debit bank anda. Kemudian, semasa nak bayar, berikan kad tersebut kepada orang di kaunter proses roadtax anda.
Anda di wajibkan untuk masukkan nombor kata laluan (password) pada mesin scan kad debit tersebut sebelum proses pembayaran dilakukan.
Sebaik selesai, dapatkan resit pembayaran daripada pihak pejabat pos dan mesin debit tersebut. Pastikan kedua resit tersebut harganya sama seperti nilai yang anda persetujui.
Harga roadtax di pejabat pos adalah termasuk cas. Jadi, pastikan juga harga roadtax ditambah bersama cas yang dikenakan.
2. Kad kredit untuk bayar roadtax di pejabat pos
Jika anda mempunyai kad kredit, pembayaran boleh juga dibuat untuk membayar roadtax anda. Proses ini adalah seakan sama seperti menggunakan debit kad.
Cumanya, penggunakan kad kredit adalah suatu yang jarang orang gunakan di sesebuah pejabat pos. Pastikan anda bertanyakan dulu sebelum meneruskan membuat roadtax ini.
Hal ini kerana, terdapat pejabat pos yang kecil tidak menyediakan khidmat ini dengan beberapa sebab tertentu.
3. Bayaran tunai untuk bayar roadtax
Semestinya wang tunai adalah perkara pertama dari dahulunya pejabat pos menggunakan sistem ini. Untuk membantu anda dalam kecepatan proses urusan roadtax, sediakan wang kecil.
Jika anda sudah tahu berapa harga roadtax kereta anda, sertakan sekali cas yang dikenakan oleh pejabat pos.
Jadi bila diminta wang tersebut, anda boleh terus memberi bayaran tunai dengan nilai yang tepat. Justeru, membantu orang di kaunter pejabat pos dalam memudahkan urusan mereka.
P/S : Buat masa ini, pejabat pos tidak boleh membuat roadtax motor atau roadtax kereta.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.