Tak boleh renew lesen memandu di pejabat pos

Tak boleh renew lesen memandu di pejabat pos. Persoalan ini mesti anda juga sedang alami sekarang ini mengapakah kita tidak boleh nak renew lesen memandu di pejabat pos?

Adakah pihak pejabat pos memilih orang yang boleh atau tidak boleh untuk buat renew lesen pada mereka? Adakah disebabkan ketiadaan stok kad lesen memandu?

Mungkin juga tidak mendapat kebenaran dari pihak JPJ sendiri untuk renew lesen memandu di pejabat pos?

Sebab tak boleh renew lesen memandu di pejabat pos

1. Tiada rekod dalam sistem pejabat pos sebelum ini

Mengikut pengalaman aku, aku pernah terjadi bila aku nak renew lesen memandu di kaunter pejabat pos, mereka katakan tiada rekod dalam sistem mereka.

Aku pun terkejut, lalu orang di kaunter pejabat pos memberi cadangan pernah berlaku juga kes seperti ini sebelum ini bila renew lesen di JPJ baru boleh buat.

Aku hairan lalu akur saja dan ke JPJ. Bila buat di JPJ, memang boleh buat di sana untuk renew lesen memandu.

Jadi, kalau anda mempunyai pengalaman tidak boleh renew lesen memandu di pejabat pos jangan gusar, anda boleh ke JPJ terus untuk buat renew lesen anda.

2. Pemegang lesen P ingin tukar ke lesen full (CDL)

Bagi anda yang berhasrat menukar lesen memandu anda kepada full atau cdl, anda perlu mengetahui bila perlu membuat renew lesen memandu full ini.

Tamat sahaja latihan memandu anda, anda akan diberikan lesen memandu P. Tempoh tamat lesen P ini adalah sehingga 2 tahun.

Jadi, nak tahu bila boleh tukar kepada lesen memandu full, sebaik sahaja tamat lesen P tersebut, anda perlulah ke JPJ, kerana di pejabat pos tak boleh menukar lesen P kepada full atau cdl.

tak boleh renew lesen memandu di pejabat pos

3. Pihak pejabat pos menutup seketika khidmat renew lesen memandu

Perkhidmatan renew lesen memandu dari pejabat pos adalah bergantung kepada pihak mereka sendiri. Ada sebab tertentu mengikut peredaran masa tertentu ia perlu ditutup seketika.

Jadi anda boleh mengikut berita terkini agar boleh mendapat tahu segala maklumat adakah boleh atau tidak renew lesen memandu di pejabat pos.

Hal ini hanya sementara sahaja. Selepas sudah dibuka semula perkhidmatan renew lesen memandu di pejabat pos, anda boleh buat seperti biasa.

Leave a Reply