Adakah bateri kereta kong lupa tutup lampu ?

Bateri kereta kong lupa tutup lampu. Para pemilik dan pengguna kereta adalah dinasihatkan supaya mengambil berat tentang penggunaan bateri kereta.

Terutamanya sekiranya anda mengalami bateri kereta kong yang tidak mengikut tempoh waktu yang betul dan patut anda mnegetahui puncanya lebih awal.

Untuk mendapatkan jangka hayat bateri kereta yang panjang dan lama, anda perlu mengetahui beberapa langkah penjagaan bateri kereta ini.

Apakah langkah yang terbaik untuk bateri kereta anda cepat kong?Anda mungkin pernah mengalami tanpa sengaja terlupa tutup lampu kereta.

Tidak kira lampu dalam kereta atau luar kereta ia masih menggunakan tenaga elektrik daripada bateri kereta tersebut.

Apakah bateri kereta akan cepat habis jika anda terlupa nak tutup lampu kereta ?

Menjawab kepada persoalan ini ianya adalah betul. Tetapi ianya bergantung kepada berapa lamakah jangka masa lampu itu tidak ditutup.

Jika ianya semalaman, potensi untuk bateri kereta cepat habis adalah tinggi. Tidak mengira lampu dalam kereta atau luar kereta ianya masih menggunakan bateri kereta.

Namun, jika ianya berlaku hanya sekali sahaja berlaku tanpa anda sengaja, bateri kereta anda masih lagi boleh digunakan seperti biasa, namun ianya tidak begitu tahan.

Contohnya jika bateri kereta itu tahan 24 bulan, ia akan berkurangan menjadi 18 bulan. Bergantung juga kepada kekerapan anda menggunakan kereta tersebut.

Apa beza kesan kepada bateri lampu kereta buka semasa kereta dihidupkan enjin dan tidak dihidupkan enjin ?

Semasa enjin kereta hidup lampu
kereta dibuka
Enjin kereta dimatikan namun lampu
kereta dibuka
Bateri kereta digunakan secara kitaran
mengalir dalam badan kereta
Bateri kereta hanya tertumpu kepada
lampu kereta
Bateri kereta lebih tahan lamaBateri kereta kurang tahan lama
dan cepat kong

Terlupa tutup lampu dalam kereta

Kebiasaan lampu dalam kereta tu kita terlupa nak tutup bila waktu malam. Kita agak bila dah tutup pintu kereta ianya akan terpadam sekali.

Namun, dengan tidak perasan ia masih terbuka sehinggalah keesokan hari. Penggunaan lampu dalam kereta ianya masih tidak begitu kuat dibandingkan lampu luar kereta.

Ia berfungsi seperti separuh dari lampu luar. Bila tutup lampu dalam kereta tu terasa panas pada bahagian permukaan lampu tersebut.

Jadi, bateri kereta akan jadi cepat kong disebabkan kita lupa nak tutup lampu dalam kereta tersebut. Ianya tidak terjadi pada masa itu, jangan risau, namun pada masa akan datang.

Lupa tutup lampu kereta bezza

Pengalaman rakan aku juga pernah lupa tutup lampu kereta bezza dia. Pada masa tu memang dia tak perasan lampu bahagian dalam kereta tu tidak ditutup.

Mujur 2 jam selepas itu dia mahu ke kedai, baru dia perasan lampu dalam kereta tidak ditutup dan menyala selama dia meninggalkan kereta.

bateri kereta kong lupa tutup lampu
Bateri kereta kong lupa tutup lampu

Lupa tutup lampu kereta myvi baru

Pengalaman aku juga sama pada kereta myvi baru aku. Bila dah tiba tempat aku nak tuju, aku padam enjin. Namun ada satu bunyi sensor seperti bunyi tali pinggang.

Tapi bukan, aku cari punya cari rupanya lampu kereta aku tidak dipadam. Ada sensor jika kita tak tutup lampu kereta myvi baru rupanya.

Bagus juga bagi nak elakkan bateri kereta cepat kong disebabkan lupa tutup lampu. Padahal jika pada myvi lama tiada sensor lampu sebegini.

Bateri kereta kong tak sampai setahun

Bateri kereta kong tak sampai setahun. Hal ini kita akan lihat pada beberapa situasi bukan saja dari aspek kereta baru atau lama, bahkan ada faktor lain yang menjadikannya sebegitu.

Anda baru saja membeli kereta di sebuah kedai kereta yang berjenama tidak usah dikatakan lagi. Nampak saja dari kejauhan semua orang sudah kenal.

Akan tetapi, walaupun kereta baru, bateri kereta selalu kong. Ini sudah masuk tahun ke 2, dan sudah 2 kali ianya terjadi.

Masalah bateri kereta kong tidak dapat kita elakkan bila dah tiba masanya. Namun, jika bateri kereta kong tak sampai setahun, anda perlu ketahui beberapa perkara.

Adakah sebab bateri sudah kong tetapi kereta masih baru tak sampai setahun ?

Bateri kereta pada kereta baru ada juga yang menggunakan jenis bukan dari saiznya. Jika anda lihat pada kereta tersebut kebanyakkan menggunakan jenis saiz 60L namun bateri kilang hanya menggunakan bateri jenis saiz 40L.

Antara faktor kereta baru bateri cepat kong inilah sebabnya. Kuasa yang diperlukan adalah tidak mencukupi untuk sesuatu jangka masa.

Tempoh masa yang kebiasaan kita gunakan kereta iaitu 1 tahun setengah hingga 2 tahun penggunaan setiap sebiji bateri kereta.

Kalau bateri kereta kong walaupun tak sampai setahun, ada kemungkinan juga kereta bateri kong disebabkan cara penggunaan kereta kita sendiri.

Bateri kereta rosak tak sampai setahun kereta keluar kilang ?

Baru sahaja menggunakan kereta baru tersebut, dalam lebih kurang tidak sampai satu tahun penggunaan, bateri kereta sudah rosak. Kenapa bateri kereta kong dengan cepat ?

Rosak bermakna sudah mula ada tanda susah untuk menghidupkan enjin kereta. Ianya juga akan berlaku kepada kereta baru.

Namun, jarang sekali berlaku bateri kereta kong tak sampai setahun ini. Jika anda tanda2 bateri kereta nak kong, cepat-cepat tukar kepada bateri kereta yang baru bagi mengelakkan kereta anda breakdown di tepi jalan.

Tanda susah untuk start enjin kereta

Mari kita bincangkan beberapa faktor sebab bateri kereta kong yang berkaitan dengan bateri kereta. Tanda2 bateri kereta kong antaranya adalah susah untuk start enjin kereta. Ia tidak menghasilkan sebarang bunyi bateri kereta kong, tetapi terdapat tanda pada meter kereta yang menyala seperti lambang bateri kereta.

Ini ada kemungkinan kereta sudah lama tidak dihidupkan enjin. Kadang-kadang kereta baru sayang untuk kita gunakan. Pergi kerja sanggup guna kereta lama atau guna ja motor.

Dengan alasan motor lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi. Tanpa menghiraukan kereta perlu di start enjinya secara berkala.

Selain itu, faktor yang lain adalah jika anda menggunakan bateri jenis basah (wet), anda tidak membuat maintain pada takat air bateri.

bateri kereta kong tak sampai setahun
Bateri kereta kong tak sampai setahun

Ini antara kemungkinan kecil kepada pengguna kereta baru yang mungkin tidak tahu jenis bateri apa yang digunakan. Yelah, kereta baru mesti semuanya akan baik-baik saja.

Betul. Namun, jika nasib kurang baik ada juga pemilik menghadapi masalah sedemikian lebih-lebih lagi kepada kereta auto bateri kong.

Seterusnya adalah tidak membuat service berkala mengikut jadual yang ditetapkan.

Anda akan diberikan 2 pilihan bagi membuat service kereta iaitu, setiap 5,000km atau 6 bulan dari tarikh akhir service. Mana-mana yang sampai dulu perlu diambil kira sudah sampai waktu untuk service.

Apa nak buat kalau bateri kereta kong ?

Ada dua situasi sekiranya anda mengalami bateri kereta kong habis :

1. Bateri kereta kong di rumah

Sekiranya bateri kereta kong habis, perkara utama yang perlu anda buat adalah bertenang. Kemudian, cari bengkel kedai bateri kereta terdekat melalui online atau google sahaja.

Ada kedai bateri kereta boleh hadir ke rumah dengan menghantar wakil pekerja untuk membuat tukar bateri kereta.

Selain itu, gunakan bateri kereta kong jumper sekiranya anda mempunyai kereta lain.

Sekiranya kereta anda mempunyai transmisi manual, masih lagi boleh mencuba untuk hidupkan kereta dengan cara menolak untuk hidupkan enjin kereta.

Jika bateri kereta auto kong, walaupun anda di rumah ada cara lain iaitu tukar bateri kereta sendiri dengan mencabut bateri kereta lama, dan pasang bateri kereta baru sebaik sahaja membeli di kedai bateri kereta.

2. Bateri kereta kong di luar rumah atau tepi jalan

Telefon kedai bateri terdekat dengan kawasan anda. Jika tiada sebarang respon, anda boleh membuat panggilan towing trak tunda yang disediakan secara percuma pihak insurans bagi urusan kereta breakdown / kerosakan untuk ke tempat berhampiran.

Bawa kereta menggunakan towing trak tunda ke kedai bateri kereta terdekat. Perkara ini adalah boleh anda gunakan sekiranya anda mempunyai towing free oleh pihak insurans kereta anda.

Sekiranya terjadi kepada anda pada lewat malam, apa perlu buat jika bateri kereta kong adalah menggunakan towing trak tunda kereta anda ke rumah anda atau tempat lebih selamat sehingga hari mula siang.

Apa kesan service kereta pada ketahanan bateri?

Ada yang bertanya kenapa bateri kereta selalu kong ? Servis tukar bateri kereta adalah terkait terhadap kadar penggunaan harian pada minyak enjin.

Jika anda tidak mengikut jadual penukaran minyak enjin dengan betul, bukan saja bateri kereta, performance kereta juga akan menjadi menurun.

Kadar penggunaan elektrik dalam aliran kereta anda akan digunakan sepenuhnya. Ternyata akan memberi kesan kepada kecepatan bateri untuk habis adalah tinggi.

Panduan menjaga ketahanan bateri kereta supaya tak cepat kong

1. Hidupkan enjin kereta minima 2 hari sekali

Jika anda jarang menggunakan kereta, hidupkan enjin kereta secara berkala bagi memastikan ia dicas semula bateri ke dalam body kereta.

Tips ini sangat penting dan perlu dititik beratkan sekiranya anda menghadapi perkara seperti kereta parking bateri kong.

2. Menjaga jadual servis kereta dengan baik

Servis kereta anda dengan mengikut jadual dengan betul. Ia tidak mengira kereta baru atau lama, jika anda servis dengan baik, ia akan terjaga dalamannya.

3. Jika bukan faktor di atas

Bagi pemilik kereta baru, anda boleh membuat claim pada pusat servis kereta anda yang berdekatan jika menepati syarat ini :

Milage per km adalah 100,000km dan di bawah

atau

Kereta belum mencapai 2 tahun (24 bulan) dari tarikh keluar kereta.

Namun, 2 syarat ini adalah tertakluk kepada kedai kereta atau jenama kereta yang anda tawarkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, kereta baru beli bateri sudah lemah dan habis adalah mengikut kepada beberapa yang tertentu.

Bateri kereta kong tak sampai setahun tidak akan berlaku jika cara pengunaan kereta anda adalah mengikut jadual dengan baik.

Leave a Reply