Claim insurans motor hilang tapi tiada lesen

Claim insurans motor hilang tapi tiada lesen. Terdapat beberapa sebab mengapa sesebuah claim insurans itu ditolak oleh pihak syarikat insurans.

Anda perlu mengetahui faktor utama jika berlakunya kes kecurian atau kehilangan motor antaranya adalah disebabkan kecuaian dari diri sendiri.

Memang benar kita tidak dapat bau apa akan terjadi semasa renew insuran motosikal.

Malah, jika kita sudah menyediakan sistem keselamatan yang bagus terhadap motosikal pun boleh turut dicuri oleh mereka yang dikatakan menggunakan pelbagai cara dalam masa yang singkat.

Faktor claim insurans anda ditolak oleh pihak syarikat insuran

Semestinya anda akan merasa berang kerana tak dapat membuat claim terhadap motor yang hilang. Namun, atas faktor tertentu kita patut melihat semula adakah kita mengikut syarat-syarat tertentu pihak syarikat insurans?

1. Claim insuran motosikal ditolak sebab buat insuran 3rd party

Motosikal anda hanya membuat insurans 3rd party sahaja. Iaitu ianya melindungi pihak lain yang terlibat dalam kemalangan anda.

Di sini, anda wajib mengetahui bahawa tiada sebarang claim boleh dibuat jika motosikal anda hilang dicuri. Hal ini kerana anda telah membeli insuran 3rd party.

Jika anda membuat insuran 1st party pasti anda boleh membuat claim kehilangan atas motosikal tersebut.

2. Tidak boleh claim insurans motor hilang atas sebab lesen

Benar. Kepada sesiapa yang ingin membuat claim insurans jika berlaku kes kecurian motosikal, tidak boleh meneruskan claim tersebut atas sebab tiada lesen memandu.

Lesen memandu sangatlah penting bagi pihak syarikat insuran meneruskan proses claim jika berlaku kehilangan motor anda.

Walaupun motor anda membuat cover insurans 1st party sekalipun, ianya masih tidak boleh diteruskan untuk membuat claim kehilangan motosikal anda.

claim insurans motor hilang tapi tiada lesen

Dokumen yang diperlukan bagi membuat tuntutan insurans jika berlaku kehilangan motor

  1. Salinan kad pengenalan pemilik
  2. Salinan lesen memandu yang masih dalam tempoh
  3. Laporan polis berkenaan kes kehilangan motor
  4. Kunci pendua motosikal asal
  5. Polisi insurans wajib 1st party komprehensif

Mengapa lesen memandu sangat penting bila nak buat claim insurans motor hilang ?

Lesen memandu merupakan syarat penting yang telah ditetapkan oleh setiap syarikat insurans. Pihak syarikat insuran memandang keutamaan lesen memandu kerana sebagai pemilik sesebuah motosikal adalah wajib mempunyai lesen semasa menggunakan jalan raya.

Pernah anda terfikir mengapakah jika anda nak beli motosikal secara loan wajib memberi salinan lesen memandu?

Di sini syarikat yang memberi loan bersikap berhati-hati dalam memberikan loan motosikal kepada pengguna jalan raya.

Mereka tidak mahu motor yang masih dalam loan apabila berlaku kemalangan atau hilang, tapi tidak boleh membuat claim kepada syarikat insurans kerana tiada lesen.

Berbeza pula jika anda membeli motosikal secara cash. Anda tidak perlu mengemukakan lesen memandu kepada pihak JPJ.

Hal ini kerana, ia merupakan langkah keselamatan terhadap faktor tidak boleh claim insuran jika berlaku apa-apa kemalangan atau kehilangan motor yang masih belum habis dibayar.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply