Bolehkah buat roadtax hilang di pejabat pos ?

Buat roadtax hilang di pejabat pos. Anda pasti tertanya-tanya adakah boleh anda buat roadtax motor atau roadtax kereta yang hilang di pejabat pos ?

Roadtax kenderaan hilang bukan sesuatu yang kita boleh anggap remeh. Ia boleh menyebabkan kita disaman atas sebab tidak mempamerkan kertas roadtax tersebut pada cermin kereta atau mana-mana kita letak pada motosikal.

Kehilangan roadtax motosikal adalah kerap kali dilalui oleh orang ramai. Kadang-kadang kita letak saja dalam tempat duduk motor, bila kena tahan roadblok baru tersedar dah hilang.

Namun, terdapat juga bagi kes hilang roadtax kereta yang jarangnya berlaku. Jika berlaku pun disebabkan berlakunya kes kemalangan melibatkan cermin depan kereta iaitu tempat kita tambah kertas cukai jalan LKM tersebut.

Adakah anda boleh buat roadtax hilang di pejabat pos ?

Berbalik kepada persoalan pada tajuk kita. Jawapan kepada persoalan ini adalah tidak boleh. Roadtax motosikal atau roadtax kereta anda tidak boleh dibuat baru di pejabat pos jika berlaku kes kehilangan.

Walhal, anda renew roadtax kenderaan sebelum ini di pejabat pos. Tak kan lah pejabat pos tidak boleh print roadtax yang sama kalau dah hilang ?

Tidak sama sekali.

Perkhidmatan di pejabat pos adalah untuk roadtax telah tamat tempoh

Roadtax motor dan roadtax kereta yang telah tamat tempoh boleh diperbaharui di pejabat pos. Namun, perkhidmatan roadtax hilang tidak disediakan oleh pihak pejabat pos.

Hal ini kerana, pihak JPJ mewajibkan buat roadtax hilang di pejabat terdekat JPJ kerana mudah untuk mereka merekod kes kehilangan roadtax ini.

buat roadtax hilang di pejabat pos

Thumbprint pemilik roadtax hilang wajib dibuat di JPJ, bukan pejabat pos

Pemilik kenderaan adalah diwajibkan membuat thumbprint di JPJ. Pihak pejabat pos tidak menyediakan thumbprint ini.

Hanya pemilik sahaja?Bagaimana jika wakil selain dari pemilik adakah boleh buat roadtax hilang?

Wakil kepada pemilik yang nak buat roadtax hilang adalah tidak dibenarkan sama sekali. Wajib pemilik kenderaan dalam geran sahaja perlu hadir ke JPJ.

Tanpa pemilik, roadtax hilang yang baru tidak boleh dikeluarkan. Pihak JPJ sangat bertegas mengenai hal ini bagi mengelakkan beberapa kes penipuan roadtax atau penipuan cetak cukai jalan.

Denda roadtax hilang perlu dibayar kepada pihak JPJ

Memandangkan pejabat pos tidak menyediakan buat roadtax hilang, anda perlu ke JPJ supaya dapat bayar denda untuk print roadtax yang baru.

Kadar pembayaran harga roadtax hilang :

Roadtax MotosikalRoadtax kereta
RM30RM50

Dokumen yang perlu di bawa untuk roadtax hilang

  1. Kad pengenalan atau IC original pemilik kenderaan (bukan salinan)
  2. Tidak perlu membuat laporan polis
  3. Bawa geran salinan atau original (untuk rujukan)
  4. Bawa polisi insurans tahun itu (untuk rujukan)

Leave a Reply