Tempoh renew roadtax kereta

Tempoh renew roadtax kereta. Untuk pengetahuan anda, roadtax kereta anda mempunyai 2 tempoh semasa anda ingin menghidupkannya.

Dua tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) ini adalah dikenakan kepada pengguna kenderaan kereta.

Roadtax wajib diperbaharui kepada sesiapa sahaja pemilik kereta yang menggunakan jalan raya. Tetapi sebelum itu, kenal pasti bilakah tempoh roadtax mati kereta anda.

Artikel ini bukan sahaja untuk pengetahuan bagi anda yang mempunyai masalah tempoh renew roadtax kereta, malah untuk roadtax motor tamat lebih setahun.

Apakah dua tempoh roadtax kereta itu ?

Renew roadtax berapa tahun sekali ?

Anda mempunyai pilihan sama ada ingin membuat roadtax kereta anda secara 6 bulan atau pun 12 bulan (setahun).

Cara nak hidupkan roadtax kereta bagi 6 bulan dan 12 bulan tiada sebarang perbezaan sekalipun. Tempoh renew roadtax kereta ini sama dengan tempoh roadtax motor mati.

Namun, terdapat juga beberapa kes menyebabkan anda tidak boleh memilih salah satu pilihan yang telah diberikan ini.

Contohnya, jika anda ingin menghidupkan roadtax kereta bagi pemilik kereta yang sudah meninggal dunia, anda wajib membuat roadtax kereta selama 6 bulan sahaja.

Jadi, dalam masa setahun, anda perlu membuat roadtex kereta sebanyak 2 kali iaitu roadtax 6 bulan pertama kali dan 6 bulan bagi kali kedua.

Roadtax kereta 6 bulan ini merupakan syarat wajib yang ditentukan oleh pihak JPJ itu sendiri mengikut perkara tertentu. Melainkan road tax 6 bulan tanpa syarat wajib ianya masih boleh dibuat 2 kali dalam 1 tahun disebabkan pemilik kereta itu sendiri yang sukarela dan berkehendak tanpa siapa paksa.

Kebiasaan bagi kes kerelaan sendiri hidupkan roadtax kereta 6 bulan adalah kerana kekurangan budget disebabkan cc enjin kereta besar.

Namun, tempoh renew insurans kereta tetap wajib untuk dihidupkan selama 12 bulan.

tempoh renew roadtax kereta
Tempoh renew roadtax kereta

Bolehkah buat roadtax awal dari tarikh tamat tempoh ?

Anda boleh membuat roadtax kereta awal sebelum dari tempoh cukai jalan mati. Ada orang suka buat roadtax awal kereta takut terlupa nak hidupkan roadtax kereta.

Manakala, ada juga orang yang ingin buat roadtax kereta awal kerana tidak mahu lari budget bila tiba masa roadtax kereta mati. Jadi, memandangkan sudah ada budget, tiada masalah nak buat roadtax kereta awal.

Tetapi perlu ingat, paling awal anda boleh menghidupkan roadtax kereta adalah 2 bulan atau 60 hari sebelum roadtax kereta anda tamat atau tibanya jpj tarikh luput kenderaan anda.

Bagaimana dengan tempoh roadtax roadtax mati juga akan awal pada tahun hadapan ?

Perkara ini perlu anda ketahui. Jika anda menghidupkan roadtax seawal 2 bulan, maka anda tidak merubah tarikh mati roadtax kereta pada tahun berikutnya.

Malah, anda dikira mendapat bonus 2 bulan awal tarikh tamat roadtax kereta. Dari 12 bulan menjadi kepada 14 bulan sekiranya anda membuat awal 2 bulan roadtax kereta tersebut.

Contoh mudah seperti di bawah :

Roadtax kereta mulaRoadtax kereta tamat
1 Jun 202131 Mei 2022
31 Mac 202231 Mei 2023
Jadual 1.1

Jadual 1.1 menunjukkan tarikh permulaan roadtax kereta anda adalah pada 1 Jun 2021. Dan pada tahun hadapan tersebut, anda membuat roadtax kereta awal 2 bulan iaitu pada 31 Mac 2022.

Jadi, tarikh tamat roadtax kereta anda adalah sama dan anda mempunyai kelebihan lanjutan roadtax kereta 14 bulan awal sebelum hidupkan roadtax kereta tahun berikutnya.

Terdapat juga keburukan jika renew roadtax kereta terlalu awal

Antara keburukan jika anda renew roadtax kereta dalam tempoh awal adalah jika berlaku sebarang kemalangan.

Dalam tempoh 2 bulan awal tersebut, syarikat insurans sebelum ini masih lagi bertanggungjawab melindungi kereta anda. Malah anda boleh membuat claim pada syarikat lama.

Hal ini kerana, insurans dan roadtax kereta baru adalah bermula sebaik sahaja tempoh insurans dan roadtax lama tamat.

Yang menjadi masalah pada masa akan datang adalah anda punya NCD kereta. Anda telah hidupkan insurans kereta baru dengan ncd kereta penuh sebelum membuat claim.

Jadi, harganya jauh lebih murah berbanding sebelum ncd digunakan. Maka juga, claim telah dibuat pada syarikat insurans lama kerana masih dalam tempoh 2 bulan awal tersebut.

Oleh itu, anda perlu membuat pembayaran baki pada syarikat insurans yang baru mengikut ncd berbaki. Kalau sebelum ini hidupkan insurans dan roadtax ncd 55%, maka anda perlu membayar baki 55% dari harga asal insurans tersebut.

Roadtax kereta anda tidak beri kesan kepada keadaan ini. Ia lebih kepada pihak syarikat insurans. Jika pembayaran tidak dibuat, akan datang untuk anda membuat claim insurans, akan menjadi masalah atau tidak boleh membuat claim langsung.

Renew roadtax kereta lebih sebulan

Jika anda terlewat dan nak hidupkan roadtax dan insurans yang lebih dari sebulan, anda wajib membuat survey dahulu.

Jika dahulu anda perlu survey harga dahulu. Namun, sekarang pihak syarikat insurans memerlukan dokumen lain sebelum anda boleh renew roadtax kereta bagi kes ini.

Antaranya adalah wajib untuk anda memberikan gambar kereta anda sebelum pihak syarikat insurans persetujui untuk boleh hidupkan insurans dan roadtax anda.

Terdapat kesan tidak renew roadtax mengikut tempoh yang sebetulnya. Ianya merupakan risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik kereta jika masih memandu kereta tersebut di atas jalan raya.

Namun, tiada sebarang inspection puspakom roadtax mati wajib dibuat bagi kes ini.

Renew roadtax kereta lebih dari setahun

Jika dahulu, syarat nak renew roadtax kereta lebih dari setahun mewajibkan anda untuk membuat inspection puspakom.

Sekarang sudah tidak lagi. Bagi anda yang lambat renew roadtax kereta dan tidak mahu terlepas tempoh 3 tahun, anda perlu menghidupkan roadtax kereta anda segera.

Anda masih lagi boleh menghidupkan cukai jalan tamat tempoh lebih setahun sama seperti ianya baru tamat semalam.

Anda adalah digalakkan untuk tidak tunggu sehingga hampir 3 tahun supaya proses menghidupkan roadtax tamat tempoh lebih setahun tidak menimbulkan masalah lain yang tidak dijangka.

Maka, tidak wujud lagi kewajipan puspakom kereta lebih setahun. Akan tetapi sekiranya anda secara sukarela untuk membuat pemeriksaan puspakom roadtax kereta mati lebih setahun ianya tidak menjadi masalah.

Bagi kes ini adalah bagi sesiapa yang berasa khuatir akan keselamatan kereta disebabkan road tax tamat tempoh lebih setahun tersebut untuk berada di atas jalan raya.

Renew roadtax kereta lebih 3 tahun

Proses inpsection puspakom wajib dibuat bagi anda yang melebihi tempoh renew roadtax kereta 3 tahun. Ada yang bertanya, perlu hidupkan insurans dulu atau buat puspakom dahulu ?

Bagaimana dengan insurans jika puspakom tidak lulus ? Jawapan kepada soalan ini adalah anda perlu hidupkan insurans terlebih dahulu.

Insurans adalah diperlukan bagi anda mengambil permit perjalanan sementara di JPJ. Permit ini bagi tujuan melindungi anda dari disaman sewaktu membawa kereta ke puspakom.

Jika puspakom masih telah lulus, insurans ini bertujuan memudahkan anda untuk buat roadtax kereta secara terus di puspakom nanti.

Renew roadtax kereta lebih 20 tahun

Kereta-kereta lama terutamanya melebihi tempoh 20 tahun dan nak renew roadtax kereta perlu melalui prosedur yang sama seperti kereta-kereta lain yang melebihi 3 tahun.

  1. Hidupkan insurans
  2. Buat temujanji puspakom
  3. Dapatkan permit perjalanan sementara di JPJ
  4. Buat inspection di puspakom
  5. Renew roadtax kereta di puspakom

Tiada sebarang denda atau bayaran lebihan untuk kereta lebih 20 tahun ini. Akan tetapi perlu diingat supaya melakukan servis secara penuh terhadap kereta tersebut sebelum bawa buat inspection di puspakom.


Posted

in

by

Tags: